Apa yang kamu tau pasal musik scene di Sabah?Marsha AF?Felix AF?Nikki?Ataupun mat ‘pop rock’ yang masuk AF tu??Tak pun Ujie Rashid?(hehe)..Iskh boring ah nama2 tu(kecuali Auntie Ujie Rashid..hehe)Memang memualkan lebih2 lagi yang masuk reality tv tu atas alasan susah mau naik kalau tak join program2 bodoh tu.Tapi sekarang ni kita bukan hendak bercerita pasal tu suma..Palui la tu!!Buang karan jak!!Aku sebenarnya ingin bercerita mengenail scene musik yang lebih ‘bermakna’ lagi..iaitu musik ekstrim(Metal/underground) yang wujud di sekitar utara Borneo ini sejak dulu lagi!
Musik ekstrim di Sabah ni sebenarnya telah wujud sejak pertengahan 80an lagi(mungkin baru jika dibandingkan dengan lain2 tempat di M’sia).Apa yang Aku maksudkan musik ekstrim ni adalah sperti,Thrash,Death,Black Metal Bukan Rock kangkang!Band2 yang wujud pada masa itu kebanyakkannya berpengkalan di area Pantai barat Sabah terutamanya di KK.Begitu juga di area lain seperti Labuan,Sipitang dan Membakut. Dari apa yang aku tau antara band yang mula2 sekali memainkan musik sebegini di sini adalah DARK POWER yang memainkan musik berkiblatkan Thrash Metal.Masa tu mereka tidak mempunyai lagu sendiri(atau mungkin ada?)dan hanya banyak menghentam lagu2 cover dari Possessed,Slayer,Sodom etc.Namun sayangnya mereka terkubur sebelum sempat merakamkan material mereka sendiri.
Ada sebuah band lagi yang wujud pada sekitar itu,iaitu band death Metal daripada Pulau Labuan NECROHELL.Mereka sempat melahirkan 2 buah demo yang bertajuk Satanic Massacre dan satu tu aku lupa tajuk dia.maaf ye…Ada banyak lagi band ‘generasi pertama’ yang ditubuhkan pada waktu itu tetapi kebanyakkan mereka tidak sempat mengeluarkan material sendiri dan mati sebelum tiba waktunya.
Tahun 1989-94 adalah tahun dimana Death Metal begitu kuat menguasai scene musik keras di sini dimana banyak band2 yang ditubuhkan pada waktu itu!!Nama2 seperti MORBIUS, MORBID SATAN (Kemudiannya bertukar kepada SIR YOU DIE), MORBITUARY, BEGOTH, KALABANGAN, DEATHROBE(Yg kemudian menukar nama ke NEUROSIS),KERRASUK,dan banyak lagi yang Aku pun tak ingat.Cuma malangnya kebanyakkan mereka tidak ada mengeluarkan material sendiri kecuali KALABANGAN dan NEUROSIS.MORBITUARY juga sempat merakamkan dua buah lagu sendiri namun tidak pernah diedarkan sehingga sekarang.
1995-1997 menyaksikan lebih ramai band2 baru yang ditubuhkan seperti THY ONLY KNIGHT,BARBALANS,PERPETUAL,MANTAK,MORTUARY ANCESTOR,AROMATIC CORPSE,DIRE SILLHOUTTE,PRAKANS,DESPERATE CONTRACIVE,DIENATION,AZARIAL dan banyak lagi!!Di masa ini scene Metal Sabah lebih tertumpu di bahagian pantai timur terutamanya Sandakan!Mereka juga sempat mengeluarkan sebuah kompilasi khas untuk band2 Sandakan iaitu GLORIOUS NADKADNAS pada tahun 1996 atau 97 tidak silap Aku.
Walaupun scene Metal telah lama wujud disini namun tidak dinafikan bahawa tahun 1999-2001 adalah tahun kegemilangan buat scene Metal di Sabah (KK khususnya).Pada masa inilah wujudnya generasi baru yang begitu ramai dan setiap kali gigs2 diadakan Jumlah crowd yang datang paling kurang pun 700 orang!!Pada tahun ini jugalah tertubuhnya beberapa band yang kemudiannya dikenali ramai hampir ke seluruh pelosok Negara seperti DEMIZER, PSYCHO (Kemudiannya FOETAL CARNAGE),EVILYN INCARNATE,MAAR,VICIOUS ENTITY,NASRUHAK dan banyak lagi!
Selepas era ni,banyak juga band2 baru yang ditubuhkan.Tetapi tidak dapat Aku nyatakan disini kerana tidak ingat kebanyakkan nama2 band tu,namun begitu mereka juga bermain dengan bagus sekali!
Sebenarnya kalau nak diikutkan memang panjang lagi story ni tetapi memandangkan aku pun weak sudah ni..Jadi nantilah kalau aku rajin2 Aku sambung balik.Adios!
P/S- Kesemuanya cerita2 tentang zaman2 awal scene Metal sini(pada tahun 80an) adalah based daripada apa yang aku dengar daripada senior2 yang sudah ‘berperang’ pada waktu itu!Bukan main suka hati ja cerita.
SELAMAT TAHUN 2017
7 years ago
10 comments:
aku mengesahkan cerita kau ni sebagai betul...
dan disahkan benar oleh aku juga..
wooiii gambar blogger profile tu aku macam kenal jer hahahahahahahaha
Adeh!!Ani..Jai vs Ajai ni..HEHEHEHE
hahahaha si ajai tu blogger yang terlampau.. bukan macam aku.... penuh dgn sopan santun dan budi bahasa....
ngam tu tangahnya
lagi sejarah2 begini pls
Jai:aku kutip dr blog mu...hahaha lawa ku tengok nanti ku tukar lg ni..hahahah...yeahh...best juga ada juga org buat sejarah scene sabah.. bah sandakan lagi...amacam??
Saja buang boring
Aromatic corpse...kenangan ku
Post a Comment