Sunday, October 25, 2009

A SHORT HISTORY OF SARAWAK'S METAL SCENE


Scene Metal di Sarawak sememangnya amat terkenal sejak era awal 90an lagi terutamanya di Kuching dimana lahirnya ramai band2 Death Metal yang bagus dari sana.Nama2 seperti SENSELESS,UNGODLY DEATH,IMMORTAL(Sekarang MENTALLY MURDERED),LOST INFEDEL,BLOCKHEAD,UNITISHEIM,VORMIT,SPUTUM dan banyak lagi sememangnya tidak asing lagi buat pengikut scene bawah tanah tempatan pada tahun 90an dulu.
SENSELESS sememangnya adalah nama yang paling kuat bertakhta di keseluruhan scene Death Metal Kuching pada tahun 90an dulu selain UNGODLY DEATH.
Selepas Kuching Scene Metal bawah tanah di Sarawak menular ke daerah2 utama Sarawak seperti Sibu,Miri dan Bintulu.Dan scene Metal yang paling terkenal daripada area pedalaman Sarawak sudah tentu lah Scene yang mereka gelar sebagai UNHOLY TRIANGLE yang merangkumi kawasan Matu Daro dan Sibu.Band2 seperti LARRONG(Juga dipercai sebagai pengasas scene extreme Metal kawasan UNHOLY TRIANGLE),KREMATION,WORSHIP,BUTCHERER,(sekadar menyebut beberapa nama)adalah nama2 band yang lahir dari sana.Di kawasan bintulu pula lahir sebuah band yang menggelar diri mereka CURSE OF GODS.
Pada masa ini sungguhpun tidak dapat menyaingi era kegemilangan scene Death Metal mereka pada awal 90an dahulu namun scene ekstrim Metal di Sarawak tidak pupus begitu sahaja.Malahan semakin ramai band2 baru yang bertindak sebagai pelapis timbul untuk menggantikan tempat senior2 mereka dahulu.Band2 baru seperti SHAMANIC RITES,KURASAKUASA,JELMAAN dan beberapa nama yang baru Aku dengar seperti DEATH MILITIA dan INSACRED bangkit untuk mengembalikan era zaman kegemilangan scene Metal Sarawak disamping beberapa nama lama yang masih lagi aktif seperti VORMIT,MENTALITY MURDERED(Dulunya IMMORTAL),LARRONG,KREMATION yang masih lagi aktif mengganas di persada Metal Sarawak!!
Bah..Aku terpaksa berhenti disini,Mungkin banyak lagi yang Aku tidak nyatakan mengenai scene metal di Sarawak kerana pengetahuan yang amat sedikit namun harapnya article ringkas ini sedikit sebanyak dapat menarik minat pengikut2 Metal tempatan untuk memandang semula ke Sarawak sebagai salah satu tempat yang juga melahirkan ramai band2 Metal hebat!!

3 comments:

Ijau D. Koceng said...

bintulu skrg byk pengaruh punk dan emo...

Sound Pecah Telinga said...

Normal la tu..semua tempat pun begitu.Cuba pegi KK ni?hehe

nyindbei said...

bro,betul kasi beliak mata sma telinga kmu pnya artikel ni...
informatif jugak
makseh byk2...