Saturday, October 24, 2009

EVILYN INCARNATE

Band Grind/Death ni mula ditubuhkan pada tahun 1998 oleh dua orang kuat METAL BLITZ ENTERTAINMENT iaitu Mie dan Cozzen .Mereka juga adalah antara band yang begitu aktif di sekitar lewat 90an dan awal millennium.
Aku kurang pasti bagaimana mereka mendapat nama untuk band ni Cuma kalau tak silap Aku ianya dipetik daripada salah sebuah lagu Entombed daripada album Clandestine.
Mereka telah beberapa kali bertukar line up sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.Cuma Mie sahaja anggota asal yang tidak pernah meninggalkan band ni.
Sungguhpun mereka begitu aktif dan antara band yang ‘well-known’ di sekitar Sabah ni namun sehingga sekarang mereka masih lagi belum ada mengeluarkan sebarang material sendiri.Sebabnya kurang pasti..
EVILYN INCARNATE telah di ‘re-activated’ kan kembali pada tahun 2007 lalu dengan Cuma Mie dan Cozzen sahaja line up asal dan sekarang tengah mengumpul material2 sendiri untuk debut rilisan mereka nanti!!
EVILYN INCARNATE
Mie Evilyn – Drums
Cozzen – Vox

HEADQUATERS-Kota Kinabalu

No comments: