Wednesday, January 13, 2010

BREAKING THE SILENCE GIG UPDATE!!!

Berita dukacita buat semua peminat peminat band Black Metal Sandakan KILATUS kerana Aku dimaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai pilihan selain menarik diri daripada beraksi pada 30hb ini kerana masalah line up..Agak sayang sekali kerana Aku sememangnya ingin melihat mereka menghancurkan pentas pada hari itu kerana sudah lama juga Aku tidak melihat mereka diatas stage!
NAMUN!!!Pihak METAL BLITZ ENTERTAINMENT begitu pantas sekali mempunyai pengganti dan ianya tak lain dan tak bukan iaitu 'Raja Death Metal Sandakan'MORTUARY ANCESTOR!!!!
Please tekan link di bawah ini untuk maklumat yang lebih lanjut.


BREAKING THE SILENCE (2010)

Wednesday, January 6, 2010

MAJESTIC EAST

MAJESTIC EAST ditubuhkan pada akhir tahun 1995 di daerah Membakut,tetapi atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan mereka terpaksa ‘membekukan’ pergerakkan band ini buat sementara waktu sehinggalah pada tahun 1997 apabila C.Din (Guitarist asal mereka)membuat keputusan untuk menghidupkan semula band ini.

MAJESTIC EAST kemudian secara rasminya ditubuhkan pada December 1997 dengan line up mereka pada masa itu ialah C.Din (Guitar), Rujie (Guitar) ,Pianth (Drum) ,Jasth (Bass) and Naminth (Vocal).


Majestic East (1998)

Band yang berkonsepkan ‘Eastern Metal’ ini telah mengeluarkan demo pertama mereka pada tahun 1999 yang bertajuk Exorcism corpse.Dan demo itu juga adalah demo yang pertama dan terakhir pernah dilahirkan oleh MAJESTIC EAST kerana mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang material selepas itu walaupun agak aktif bermain di gigs2 metal sekitar Kota Kinabalu.

Dipercayai mereka akan memulakan rakaman untuk material terbaru mereka pada bila bila masa sahaja dalam tahun ini dan menurut mereka muzik terbaru MAJESTIC EAST akan lebih aggresif dan laju lagi dari yang sebelumnya!Sentiasa check laman myspace MAJESTIC EAST untuk mengikuti apa2 perkembangan terbaru daripada mereka!!



MAJESTIC EAST

C.Din – Guitar

C666Sahm – Bass

Naminth – Vox

Pianth – Guitar

Jumat – Drummer


DISCOGRAPHY

Exorcism Corpse Demo (1999)


INFO

http://www.myspace.com/majesticeast


HEADQUARTERS - Membakut

UNLIGHT DAWN


UNLIGHT DAWN adalah sebuah nama baru dipersada metal tempatan,namun disebalik nama yang masih baru band ini sebenarnya dianggotai oleh beberapa orang yang sememangnya berpegalaman di arena metal bawah tanah Sabah.

Band ini ditubuhkan pada tahun 2009 dan dianggotai oleh K.Helvete(MANTAK/CROWN OV HORNS),Adiek@Impure AK(MAAR/INSIDE/HELLEGION/VICIOUS ENTITY/PSYCHOPOSER),ND(HELLEGION/HELLSTORM/SIR YOU DIE) dan Rajj@Jamil(AKAGRISH/CROWN OV HORNS/SIR YOU DIE).Membelasah corak musik speed Black Metal ala MARDUK etc!!

Mereka sempat mengeluarkan sebuah mcd yang bertajuk Unlight Dwan(S/T) di bawah EVIL DEAD PRODUCTIONS pada tahun 2009 lalu.Walaupun mcd ini adalah rakaman pertama mereka namun mcd itu sememangnya tidak mengecewakan dan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pendengar!

Tidak lama selepas mcd pertama mereka keluar dua daripada anggota asal mereka iaitu K.Helvete dan Rajj membuat keputusan untuk menarik diri daripada UNLIGHT DAWN kerana ingin menumpukan perhatian kepada band asal masing2.Dan ini meninggalkan Cuma ND bersama Adiek meneruskan perjuangan UNLIGHT DAWN.

Yang terbaru mereka akan kembali ke studio untuk merakamkan lagu baru mereka Cuma tidak dapat dipastikan untuk format apa.Dengan kali ni menurut maklumat daripada myspace mereka muzik UNLIGHT DAWN kali ni lebih kearah seperti yang mereka mahukan.Dan dengan lirik yang Berkonsepkan ‘total misanthrope’seolah2 ‘membenci’ apa saja yang berada disekitar mereka!


UNLIGHT DAWN

ND 666 – Vocal

Impure AK – Bass


DISCOGRAPHY

Unlight Dawn (S/T) mcd (2009)-Evil Dead Productions-


INFO

http://www.myspace.com/unlightdawn


HEADQUARTERS – Tuaran / Kota Kinabalu

MENTALLY MURDERED 20TH ANNIVERSARY!

Band Death Metal dari Kuching,Sarawak MENTALLY MURDERED akan mengadakan tour di sekitar Borneo pada tahun ini sempena 20 tahun kelahiran mereka!Kepada sesapa organizer2 di sekitar Sabah berminat untuk membawa masuk mereka sila lah hubungi mereka untuk urusan yang lebih lanjut!!!
MENTALLY MURDERED pada mulanya dikenali sebagai IMMORTAL pada awal 90an dulu sebelum menukar nama mereka ke PHD(Parmenant head damage)pada tahun 1994 dan kemudiannya dikenali sebagai MENTALLY MURDERED sehingga sekarang!!

http://www.myspace.com/mentally-murdered
MENTALLY MURDERED

NERMUN ZINE #8 (2009)

Di zaman paper zine yang seolah olah hendak pupus NERMUN FANZINE pula baru saja mengeluarkan isu kelapan mereka pada akhir tahun lalu setelah sekian lama menyepi.

Isu ini menampilkan interview2 dengan EVIL DEAD PRODUCTIONS,HEREAFTER,BESTIAL HORDES,KRYPT dan banyak lagi!!!!!BUY IT OR FUCKING DIE!!!!!PAPER ZINE IS NOT DEAD!!!!


Nahtiays666@yahoo.com

http://www.myspace.com/nermunzine

MORTUARY ANCESTOR-ETERNAL LEVITATION VCD

Raja Death Metal Sandakan MORTUARY ANCESTOR baru saja mengeluarkan material terbaru mereka iaitu sebuah VCD bertajuk ETERNAL LEVITATION(The Bootleg collection)yang mengandungi koleksi koleksi video show show mereka dari dulu hingga sekarang.

VCD ini dikeluarkan dalam bilangan yang amat terhad iaitu 111 keping sahaja oleh sebuah label baru dari Kota Kinabalu iaitu DERANGEMENT PROJECT ENTERTAINMENT milik Shahrul daripada band MARZUM.

Selain itu..Tshirt Eternal levitation juga boleh didapati melalui label ini!!!Sila hubungi pihak DERANGEMENT PROJECT untuk maklumat lebih lanjut!!!!!



derangement_project@yahoo.com

http://www.myspace.com/derangement_project

KILATUS

Rasanya sebagai Mat Metal di Negeri di bawah bayu ni sudah pastinya akan mengetahui tentang band ini atau sekurang kurangnya pernah mendengar nama KILATUS!

Band Black Metal yang berasal daripada Sandakan ini sememangnya boleh dinobatkan diantara band Black Metal ‘terkejam’ dari Sabah.

KILATUS ditubuhkan tidak silap Aku pada tahun 1998 di tanah Sandakan(Yang juga dikenali sebagai ‘kubu Black Metal’ terkuat di Sabah pada lewat 90an dan awal millennium dulu!)


Setakat ini KILATUS sudah pun memuntahkan 5 buah rilisan dan yang terbaru sekali adalah sebuah split cd-r bersama band Black Metal German iaitu INFERNAL RITES di bawah naungan sebuah label daripada pantai timur semenanjung Malaysia iaitu KULT666 PRODUCTIONS pada tahun 2009!

KILATUS juga adalah band yang sentiasa akan mendapat sambutan apabila mereka menghancurkan stage di sekitar Negeri di bawah Bayu ini dan juga salah sebuah band yang mempunyai ‘peranan penting’ di dalam circle Sandakan War Demon selain BARBALANS.

Agak lama juga mereka tidak beraksi diatas pentas namun pada 30 Januari 2010 ini mereka akhirnya kembali untuk menghuru harakan stage di Kota Kinabalu!!!


KILATUS

Don Sukman – Vox

Azrael Barbarity – Guitar

Eireid Modiac – Bass

MaXXXul (BARBALANS) – Guitar (Sessionist)


DISCOGRAPHY

Silence in the Nigth wind Promo Demo tape (1998)

Nakadnas Kult (Split tape with MORTUARY ANCESTOR) (1999)

Thy Light After several thunder Demo Tape/CD-R (2002)

Christrapping Warmageddon (Split with WAR 666) (2006)

War from my master Satan (Split cd-r with INFERNAL RITES) (2009)-Kult666 Productions-


HEADQUARTERSSandakan


INFO

http://www.myspace.com/kilatus