Wednesday, January 13, 2010

BREAKING THE SILENCE GIG UPDATE!!!

Berita dukacita buat semua peminat peminat band Black Metal Sandakan KILATUS kerana Aku dimaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai pilihan selain menarik diri daripada beraksi pada 30hb ini kerana masalah line up..Agak sayang sekali kerana Aku sememangnya ingin melihat mereka menghancurkan pentas pada hari itu kerana sudah lama juga Aku tidak melihat mereka diatas stage!
NAMUN!!!Pihak METAL BLITZ ENTERTAINMENT begitu pantas sekali mempunyai pengganti dan ianya tak lain dan tak bukan iaitu 'Raja Death Metal Sandakan'MORTUARY ANCESTOR!!!!
Please tekan link di bawah ini untuk maklumat yang lebih lanjut.


BREAKING THE SILENCE (2010)

Wednesday, January 6, 2010

MAJESTIC EAST

MAJESTIC EAST ditubuhkan pada akhir tahun 1995 di daerah Membakut,tetapi atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan mereka terpaksa ‘membekukan’ pergerakkan band ini buat sementara waktu sehinggalah pada tahun 1997 apabila C.Din (Guitarist asal mereka)membuat keputusan untuk menghidupkan semula band ini.

MAJESTIC EAST kemudian secara rasminya ditubuhkan pada December 1997 dengan line up mereka pada masa itu ialah C.Din (Guitar), Rujie (Guitar) ,Pianth (Drum) ,Jasth (Bass) and Naminth (Vocal).


Majestic East (1998)

Band yang berkonsepkan ‘Eastern Metal’ ini telah mengeluarkan demo pertama mereka pada tahun 1999 yang bertajuk Exorcism corpse.Dan demo itu juga adalah demo yang pertama dan terakhir pernah dilahirkan oleh MAJESTIC EAST kerana mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang material selepas itu walaupun agak aktif bermain di gigs2 metal sekitar Kota Kinabalu.

Dipercayai mereka akan memulakan rakaman untuk material terbaru mereka pada bila bila masa sahaja dalam tahun ini dan menurut mereka muzik terbaru MAJESTIC EAST akan lebih aggresif dan laju lagi dari yang sebelumnya!Sentiasa check laman myspace MAJESTIC EAST untuk mengikuti apa2 perkembangan terbaru daripada mereka!!



MAJESTIC EAST

C.Din – Guitar

C666Sahm – Bass

Naminth – Vox

Pianth – Guitar

Jumat – Drummer


DISCOGRAPHY

Exorcism Corpse Demo (1999)


INFO

http://www.myspace.com/majesticeast


HEADQUARTERS - Membakut

UNLIGHT DAWN


UNLIGHT DAWN adalah sebuah nama baru dipersada metal tempatan,namun disebalik nama yang masih baru band ini sebenarnya dianggotai oleh beberapa orang yang sememangnya berpegalaman di arena metal bawah tanah Sabah.

Band ini ditubuhkan pada tahun 2009 dan dianggotai oleh K.Helvete(MANTAK/CROWN OV HORNS),Adiek@Impure AK(MAAR/INSIDE/HELLEGION/VICIOUS ENTITY/PSYCHOPOSER),ND(HELLEGION/HELLSTORM/SIR YOU DIE) dan Rajj@Jamil(AKAGRISH/CROWN OV HORNS/SIR YOU DIE).Membelasah corak musik speed Black Metal ala MARDUK etc!!

Mereka sempat mengeluarkan sebuah mcd yang bertajuk Unlight Dwan(S/T) di bawah EVIL DEAD PRODUCTIONS pada tahun 2009 lalu.Walaupun mcd ini adalah rakaman pertama mereka namun mcd itu sememangnya tidak mengecewakan dan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pendengar!

Tidak lama selepas mcd pertama mereka keluar dua daripada anggota asal mereka iaitu K.Helvete dan Rajj membuat keputusan untuk menarik diri daripada UNLIGHT DAWN kerana ingin menumpukan perhatian kepada band asal masing2.Dan ini meninggalkan Cuma ND bersama Adiek meneruskan perjuangan UNLIGHT DAWN.

Yang terbaru mereka akan kembali ke studio untuk merakamkan lagu baru mereka Cuma tidak dapat dipastikan untuk format apa.Dengan kali ni menurut maklumat daripada myspace mereka muzik UNLIGHT DAWN kali ni lebih kearah seperti yang mereka mahukan.Dan dengan lirik yang Berkonsepkan ‘total misanthrope’seolah2 ‘membenci’ apa saja yang berada disekitar mereka!


UNLIGHT DAWN

ND 666 – Vocal

Impure AK – Bass


DISCOGRAPHY

Unlight Dawn (S/T) mcd (2009)-Evil Dead Productions-


INFO

http://www.myspace.com/unlightdawn


HEADQUARTERS – Tuaran / Kota Kinabalu

MENTALLY MURDERED 20TH ANNIVERSARY!

Band Death Metal dari Kuching,Sarawak MENTALLY MURDERED akan mengadakan tour di sekitar Borneo pada tahun ini sempena 20 tahun kelahiran mereka!Kepada sesapa organizer2 di sekitar Sabah berminat untuk membawa masuk mereka sila lah hubungi mereka untuk urusan yang lebih lanjut!!!
MENTALLY MURDERED pada mulanya dikenali sebagai IMMORTAL pada awal 90an dulu sebelum menukar nama mereka ke PHD(Parmenant head damage)pada tahun 1994 dan kemudiannya dikenali sebagai MENTALLY MURDERED sehingga sekarang!!

http://www.myspace.com/mentally-murdered
MENTALLY MURDERED

NERMUN ZINE #8 (2009)

Di zaman paper zine yang seolah olah hendak pupus NERMUN FANZINE pula baru saja mengeluarkan isu kelapan mereka pada akhir tahun lalu setelah sekian lama menyepi.

Isu ini menampilkan interview2 dengan EVIL DEAD PRODUCTIONS,HEREAFTER,BESTIAL HORDES,KRYPT dan banyak lagi!!!!!BUY IT OR FUCKING DIE!!!!!PAPER ZINE IS NOT DEAD!!!!


Nahtiays666@yahoo.com

http://www.myspace.com/nermunzine

MORTUARY ANCESTOR-ETERNAL LEVITATION VCD

Raja Death Metal Sandakan MORTUARY ANCESTOR baru saja mengeluarkan material terbaru mereka iaitu sebuah VCD bertajuk ETERNAL LEVITATION(The Bootleg collection)yang mengandungi koleksi koleksi video show show mereka dari dulu hingga sekarang.

VCD ini dikeluarkan dalam bilangan yang amat terhad iaitu 111 keping sahaja oleh sebuah label baru dari Kota Kinabalu iaitu DERANGEMENT PROJECT ENTERTAINMENT milik Shahrul daripada band MARZUM.

Selain itu..Tshirt Eternal levitation juga boleh didapati melalui label ini!!!Sila hubungi pihak DERANGEMENT PROJECT untuk maklumat lebih lanjut!!!!!



derangement_project@yahoo.com

http://www.myspace.com/derangement_project

KILATUS

Rasanya sebagai Mat Metal di Negeri di bawah bayu ni sudah pastinya akan mengetahui tentang band ini atau sekurang kurangnya pernah mendengar nama KILATUS!

Band Black Metal yang berasal daripada Sandakan ini sememangnya boleh dinobatkan diantara band Black Metal ‘terkejam’ dari Sabah.

KILATUS ditubuhkan tidak silap Aku pada tahun 1998 di tanah Sandakan(Yang juga dikenali sebagai ‘kubu Black Metal’ terkuat di Sabah pada lewat 90an dan awal millennium dulu!)


Setakat ini KILATUS sudah pun memuntahkan 5 buah rilisan dan yang terbaru sekali adalah sebuah split cd-r bersama band Black Metal German iaitu INFERNAL RITES di bawah naungan sebuah label daripada pantai timur semenanjung Malaysia iaitu KULT666 PRODUCTIONS pada tahun 2009!

KILATUS juga adalah band yang sentiasa akan mendapat sambutan apabila mereka menghancurkan stage di sekitar Negeri di bawah Bayu ini dan juga salah sebuah band yang mempunyai ‘peranan penting’ di dalam circle Sandakan War Demon selain BARBALANS.

Agak lama juga mereka tidak beraksi diatas pentas namun pada 30 Januari 2010 ini mereka akhirnya kembali untuk menghuru harakan stage di Kota Kinabalu!!!


KILATUS

Don Sukman – Vox

Azrael Barbarity – Guitar

Eireid Modiac – Bass

MaXXXul (BARBALANS) – Guitar (Sessionist)


DISCOGRAPHY

Silence in the Nigth wind Promo Demo tape (1998)

Nakadnas Kult (Split tape with MORTUARY ANCESTOR) (1999)

Thy Light After several thunder Demo Tape/CD-R (2002)

Christrapping Warmageddon (Split with WAR 666) (2006)

War from my master Satan (Split cd-r with INFERNAL RITES) (2009)-Kult666 Productions-


HEADQUARTERSSandakan


INFO

http://www.myspace.com/kilatus

DETHINGOR



Band Brutal Death Metal yang berasal daripada Lahad Datu,Sabah ini menampilkan beberapa nama yang sememangnya disegani dikalangan pengikut ekstrim Metal Sabah iaitu Cozenn (DEMIZER/EVILYN INCARNATE/METAL BLITZ ENTERTAINMENT) dan juga Deth & RitchBC (BLIND CONFUSE).

DETHINGOR bersandarkan band2 seperti MORBID ANGEL,DYING FETUS,DEICIDE,CANNIBAL CORPSE,SAFFOCATION,BROKEN HOPE dan DERANGED sebagai influence utama kepada musik mereka!!!

Seingat Aku dulu Cozenn ada cakap yang band ni hanyalah band projek untuk rekoding sahaja dan tidak mempunyai rancangan untuk beraksi secara live.(Memori Aku ni ada masalah sikit so kalau salah tolong betulkan ye)..Dan jika betul..memang amat sayang sekali kerana DETHINGOR membawakan muzik yang amat membunuh sekali!!!

Aku agak samar-samar mengenai diskograpi dorang ni namun tak silap Aku mereka pernah mengeluar seketul demo cdr pada tahun 2008..Please check laman myspace mereka untuk info yang lebih lanjut!!!!!


DETHINGOR

Cozenn- Vox

DethBC – Guitar

RichBC –Drums


DISCOGRAPHY

Dethingor(S/T) Demo cd-r 2008


HEADQUARTERS – Lahad Datu/Kota Kinabalu/Tawau


INFO

http://www.myspace.com/dethingor


SAIR ORCHESTRA


Amat jarang sekali kita dengar band yang berasal dari Tawau dan Kalau dulu pun Aku Cuma pernah dengar nama PROPAGANDA yang bermain Thrash Metal.

Kemunculan SAIR ORCHESTRA amat menarik minat Aku!Namun tak banyak yang Aku tahu tentang mereka ini selain daripada mereka membawakan rentak Black Metal.Info yang Aku dapat ni pun Aku cedok daripada Myspace Mereka.Begitu juga dengan muzik mereka.

Muzik SAIR ORCHESTRA dari telinga Aku lebih kearah bunyian ‘Norwegian Black Metal’.

Buat masa ni mereka Cuma mempunyai sekeping demo tape yang bertajuk Keraton Iblisiah yang dirakamkan dan diedarkan pada tahun 2008 dan menurut maklumat daripada myspace SAIR ORCHESTRA mereka akan menghasilkan sebuah split release bersama band daripada Peru iaitu DEMONIC SACRIFICE tidak lama lagi!

Untuk maklumat yang lebih lanjut silalah menghantar ‘roh’ anda untuk dikorbankan buat SAIR ORCHESTRA di www.myspace.com/sair666

SAIR ORCHESTRA

Lord NurHell – Vox

Hada Beeherit – Bass

Man Sathanas – Guitar

Jaya Goatblast – Drum


DISCOGRAPHY

Keraton Iblisiah Demo (2008)


HEADQUARTERS – Tawau


INFO

http://www.myspace.com/sair666

INSIDE


Ini adalah band serpihan MAAR!Menampilkan kesemua line up yang sama dengan MAAR kecuali Ariff.
INSIDE ditubuhkan pada tahun 2000 (kalau tidak silap aku) dan telahpun melahirkan dua ketul demo iaitu Darkness…Begin pada tahun 2000 dan Hellish hate Holocaust pada tahun 2005!
Semasa demo Darkness..Begin..Mereka membawakan stail muzik yang hampir sama seperti MAAR namun berubah secara drastic kearah lebih Black/Thrash sound didalam demo kedua mereka Hellish hate Holocaust!
INSIDE sememangnya antara band yang sering menjadi sebutan di sekitar Sabah dan juga semenanjung Malaysia dan diantara band extreme metal dari Sabah yang menjadi tumpuan!Mereka juga begitu aktif sekali menghancurkan pentas2 di sekitar bandaraya Kota Kinabalu!!!
Tidak pasti bilakah INSIDE akan meramkan material terbaru mereka namun apa yang Aku tau sekarang mereka sedang giat berlatih lagu2 baru mereka untuk material ketiga mereka!!!NANTIKAN SERANGAN TERBARU DARIPADA INSIDE!!!!!!


INSIDE
Adiek- Vox/Bass
Ir’Onez – Drums
Abeth – Guitar

DISCOGRAPHY
Darkness..Begin…Demo (2000)
Hellish Hate Holocaust Demo (2005)



HEADQUARTERS – Kota Kinabalu

INFO
Rithzali N
P.O. Box 15111,
88860 Kota Kinabalu,
Sabah,
MALAYSIA

BREAKING THE SILENCE (2010)



METAL BLITZ ENTERTAINMENT sekali lagi akan menganjurkan sebuah ‘Metal show’ yang dijangka hebat pada akhir bulan Januari ini!

Gigs yang dinamakan BREAKING THE SILENCE ini adalah show khusus untuk sebuah band Death Metal lagenda Malaysia yang berasal daripada Taiping,Perak iaitu BRAIN DEAD!!!! Di samping beberapa band local sabahan yang turut beraksi sebagai ‘supporting act’ seperti CROWN OV HORNS,INSIDE,NECROMATION,MORTUARY ANCESTOR dan MANGGAS yang akan turut sama memusnahkan pentas dewan Tg Aru nanti!!!!..Ini juga adalah penampilan sulung BRAIN DEAD di negeri dibawah bayu ini!!!!So to all Sabahans Metal trooper sila dating beramai ramai dan tunjukkan sokongan kamu terhadap semua band yang akan beraksi pada hari itu!!!!!

Mengenai lokasi di Tg Aru,sememangnya agak jauh sedikit NAMUN Aku difahamkan bahawa semua transportation akan disediakan pada hari itu untuk kemudahan kepada crowd yang dating dari jauh dan juga yang tidak mempunyai kenderaan!!!SO DON’T WORRY OK!!!


BREAKING THE SILENCE

Organizer: Metal Blitz Entertainment

Date: 30 January 2010

Time: 4PM until END!!!

Tickets: RM15 Per head

Venue: Dewan Serbaguna,Tg Aru,Kota Kinabalu(Near Terminal 2 Airport!)


FEAUTURING

BRAIN DEAD (Malaysians Legendary Old School Death Metal!!!!!!!!!!)










Mortuary Ancestor(Sandakan's Godfather of Death Metal!)














Crown ov Horns (KK’S Death Metal)










Necromation ( Beaufort Death Metal)










Inside (KK’S Black/Death Metal)








Manggas ( Membakut Occult Melodic Death Metal)












INFO
http://www.myspace.com/cozenn

CROWN OF HORNS


Band Brutal Death Metal ala KRISUN dan sewaktu dengannya ini ditubuhkan pada tahun 2008 oleh dua orang anggota MANTAK iaitu Kevin dan Shaun.
Tidak banyak yang dapat diperkatan tentang CROWN OV HORNS kerana mereka masih ‘hijau’ lagi didalam scene namun mereka baru sahaja melahirkan sebuah mcd yang hebat bertajuk UNGODLY SUPREMACY di bawah naungan label yang tengah ‘hot’ di Sabah ketika ini iaitu EVIL DEAD PRODUCTIONS!!!!
CROWN OV HORNS juga akan memhancurkan pentas pertama mereka pada 30 Januari 2010 ini sebagai supporting act untuk band lagenda Malaysia BRAIN DEAD!!!Dan selepas itu khabarnya mereka akan menghuru hara kan beberapa pentas di semenanjung Malaysia tidak lama lagi!!!Jika menjadi ini adalah Sebuah pencapaian yang agak ‘ajaib’ untuk sebuah band yang baru ditubuhkan apatah lagi ianya band yang berasal dari tempat yang jauh iaitu Sabah!UNGODLY SUPREMACY!!!!!!!!!!!!!


CROWN OF HORNS
Kevin Helvete (MANTAK) – Guitar
Shaun Yazeed (MANTAK/SPLATERRED SOUL) – Drums
Raj@Jamil ( AKAGRISH ) – Vox (Sessionist)

DISCOGRAPHY
UNGODLY SUPREMACY Mcd ( 2009)- Evil Dead Productions

INFO
http://www.myspace.com/crownovhorns

HEADQUARTERS – Kota Kinabalu

AKAGRISH

AKAGRISH adalah sebuah band Death Metal baru yang begitu berpontensi sekali berasal daripada Kota Kinabalu.Aku Cuma mula dengar mengenai mereka disekitar tahun 2001 atau 2002,Namun menurut Vocalist Mereka iaitu Jamil bahawa AKAGRISH sudah ditubuhkan sejak tahun 1998 lalu semasa mereka dibangku persekolahan lagi.

Ada beberapa cerita yang Aku pernah dengar mengenai idea tentang nama band ini namun ianya tidak dapat dipastikan sama ada betul atau tidak iaitu nama band ini adalah kabungan daripada ayat AKAR dan GRISH then jadilah AKAGRISH!!..hehe..Namun SEKALI LAGI Aku nyatakan Aku tidak dapat pastikan bahawa cerita ini betul ataupun tidak dan YANG PALING BAGUS sekali kamu bertanya sendiri dengan pihak AKAGRISH!!

AKAGRISH membedal Irama Death Metal ala Tampa sound dan sememangnya selepas mendengar lagu mereka,AKAGRISH begitu kuat sekali dipengaruhi oleh DEICIDE!!!Jika sebut pasal originaliti memang ‘berat’ sedikit namun siapa peduli pasal semua tu kalau muzik dorang MEMBUNUH!!!!!!Dan Aku memang tidak!!!!

AKAGRISH begitu aktif juga membelasah pentas2 di sekitar Kota Kinabalu namun sayangnya mereka sehingga kini belum pernah lagi melahirkan material sendiri kecuali sebuah lagu yang dirakamkan khas untuk kompilasi MAXIMUM DECIBEL DESASTER pada tahun 2001 yang bertajuk ‘Live leave us’.

Aku kurang pasti mengenai mereka sekarang namun baru baru ini ada terdengar cerita yang mereka akan merakamkan keluaran sulung mereka dan sedang mengumpul material untuk itu..So sama sama kita tunggu Hentaman Death Metal daripada AKAGRISH!!!!!!!


AKAGRISH

Jamil-Bass/Vox

Pawa-Guitar

Pijal-Drum

Azmi-Drum


DISCOGRAPHY

One song entitle Live leave us for MAXIMUM DECIBEL DESASTER compilation in 2002


HEADQUATERSKota Kinabalu

GREETINGS!

Metallik Greeting kepada semua!Agak lama juga Aku tidak 'mengupdate' blog ni.Ini semua disebabkan Aku TERAMAT AMAT sibuk dengan sebuah lagi 'Kerja utama' aku didalam scene ini!Dan seperti yang Aku nyatakan sebelum ini bahawa Blog ini hanyalah sekadar hobi untuk mengisi masa lapang Aku jika betul2 tidak ada kerja lain yang nak dibuat.So maksudnya,Aku cuma akan update Blog ni pada bila2 masa sahaja yang Aku nak dan tidak ada dateline mahupun tekanan!Aku kalau boleh tak nak benda ni jadi seperti satu beban Kerja dalam hidup Aku.Apa2pun Im back Now..Enjoy dan semoga Kamu semua dapatsedikit sebanyak info mengenai scene Metal di sekitar Borneo.Dan rasanya belum terlambat untuk Aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 Kepada semua pembaca di luar sana!!Semoga 2010 ni akan menyaksikan scene Metal di sekitar Borneo ini akan lebih Bangkit lagi tidak kira apa trend sekali pun yang datang menyerang!!!

-MR KRUSHER-
(http://www.myspace.com/crushingearstone)