Friday, October 30, 2009

UNITHEISM


Segalanya bermula pada September 1992,apabila tiga anak muda berminat untuk menubuhkan kumpulan muzik yang berasaskan genre Black Death Metal di bandaraya Kuching,Sarawak dengan line up pertama ,Azam Aryanism-drums/vokal,Amin Mizt –gitar/vokal,dan Dean-gitar/vokal..Masalah mula timbul apabila Dean keluar dengan alasan melanjutkan pelajaran.
1994,UNITHEISM meneruskan perjuangan dengan pengambilan ahli-ahli baru dan posisi baru berubah,Azam Aryanism-vokal,Amin Mizt –gitar,Andy-gitar Ejam –bass dan Faisal-drums.Mereka mula mencipta lagu-lagu sendiri dengan aspirasi dari DARKTHRONE,SAMAEL,ROTTING CHRIST,UNGODLY DEATH,VARATHRON dan banyak lagi.Masalah sekali lagi timbul apabila Faisal menarik diri.Setelah berbincang,mereka meneruskan komitmen dengan meminjam Firwan-gitar dan Maulud-drums dari band APOSTASY (R.I.P)
September 1994,genap dua tahun ditubuhkan,mereka berjaya merakan studio demo yang pertama “LORD OF EVERY NATION” dengan 4 tracks dan intro dengan konsep Black Death Metal sekaligus menarik perhatian berpuluh-puluh fanzine tempatan dan luar negara.Lagu mereka juga dimuatkan pada dua buah kompilasi tape pada masa itu iaitu PURI SILUMAN PEJAJARAN (PSP) COMP TAPE dan PSORIASIS PRIGG volume II.Demo tersebut telah berjaya dijual /trade melebihi 200 copy di dalam dan luar negara.Ia adalah satu kepuasan yang tidak terhingga bagi mereka.
2 Disember 1995,mereka dijemput untuk bermain gig di Sri Aman atas undangan Menjrex Nerto productions,ini adalah pendedahan pertama bagi UNITHEISM Bermain gig diluar bandaraya Kuching.
Penghujung 1996,sekali lagi timbul masalah apabila vokalis dan mainman mereka,Azam Aryanism melanjutkan pelajaran di semenanjung selama 3 tahun.perjuangan dan aktiviti mereka terhenti seketika.
Akhir tahun 1998,mereka mula merakamkan single trax promo untuk demo kedua mereka yang akan keluar,sayang sekali kerana tidak dapat dikeluarkan kerana masalah sound yang tidak menepati nilai sebuah demo.
Ogos 1999,bermula lagi kebangkitan dan perjuangan UNITHEISM setelah lama dilanda badai yang tidak pernah berhenti menggugat perjuangan,mereka dijemput bermain gig sempena Hari Kemerdekaan di Kuching Waterfront.Disamping itu,Azam Aryanism juga menubuhkan SARAWAK METAL FORCE newsletter/productions, untuk membantu memperkenalkan band-band tempatan sebagai sokongan kepada local scene.Selepas itu ,tawaran gig yang diterima semakin banyak,”EXTREME EXPOSE” gig di Kota Sentosa,”SARAWAK METAL FORCE “ Part 1 di Jupiter Discoteque,”SARAWAK METAL FORCE” Part III “ Hail Miri Hail” di bandar Miri,dan ” SARAWAK METAL FORCE “ Part IV di Kuching membuktikan mereka masih lagi meneruskan lagi iltizam hitam mereka..
Pelaksanaan hasrat mereka sekali lagi tergugat apabila salah seorang tunggak utama,Amin Mizt-bass menarik diri atas alasan peribadi beberapa bulan sebelum merakamkan EP pertama.Serentak dengan itu,mereka menarik seorang lagi muka baru,Miji untuk bermain di posisi bass.Akhirnya, lengkaplah ahli baru UNITHEISM dengan Azam Aryanism-vokal,Andy-gitar,Cortal –gitar ,Miji bass ,Ejam –drums dan seorang sessionist keyboard,Juan.
Disember 2000,setelah hampir 2 tahun tertangguh,akhirnya mereka berjaya merakamkan EP pertama “BEHIND THE CRACKED IDOLS” di ZANZIBAR studio Kuching dengan 4 buah lagu.EP ini dirancang dikeluarkan oleh label dari semenanjung tapt tertangguh. Ia berkonsepkan Black Death Metal serta sedikit elemen teknikal dan progresif.
Sementara menunggu EP keluar,mereka mempromosikan lagu-lagu baru di beberapa buah gig seperti “Kuching Youth Music Festival’2002,”Kembalikan Nostalgia” 2002,”SARAWAK METAL FORCE “Part 5 di Miri bersama Mantak,Kherow,Seven Signs dan beberapa buah band lagi.Selepas itu,line up saling bertukar ganti,yang kekal bersama Unitheism adalah Azam Aryanism/vox,Cortal/gitar dan Miji(R.I.P) di posisi bass..
Penghujung 2003,tanda-tanda perpecahan sudah timbul apabila mereka tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya..Gig terakhir di Waterworld,Kuching pada Disember 2003 adalah gig terakhir dan sempat memainkan kesemua lagu baru tetapi tidak sempat dirakamkan..
UNITHEISM dibubarkan pada awal tahun 2004,dengan meninggalkan 2 buah hasil karya rasmi mereka..”LORD OF EVERY NATION’ 1994,dan “BEHIND THE CRACKED IDOLS” khusus untuk generasi metal akan datang..
Pada Disember2008,DARK LEGEND DISTRO and STUDIO,kenalan lama Azam Aryanism bersetuju mengedarkan EP yang tertangguh,sebagai menunaikan ‘janji’kepada peminat mereka yang telah lama menunggu....This is UNITHEISM ultimate promise...FINALLY DONE...



#PETIKAN DI PETIK 100% DARIPADA BIO MEREKA!

UNITHEISM
Azam Aryanism - Vox
Miji(RIP) - Bass
Cortal - Guitar
Faisal - Drums

DISCOGRAPHY
LORD OF EVERY NATION Demo (1994)
THE BLACK ART OF ILMU JAHAT Demo (1999)
BEHIND THE CRACKED IDOL MCD (2008)-RDL Distro

HEADQUARTERS-Kuching

No comments: