Friday, October 30, 2009

LARRONZ


LARRONZ ditubuhkan oleh saudara Tajudin @ Supreme Vayoh dengan menggunakan nama LARRONG pada tahun 1992 dengan memainkan irama Death Metal di awal penubuhan mereka.Band ini juga adalah pengasas kepada scene atapun organisasi Metal di tengah Sarawak yang dikenali sebagai UNHOLY TRIANGLE!
Di zaman LARRONG mereka mengeluarkan demo pertama mereka pada tahun 1993 bertajuk CURSE OF DEVASTATION dengan memainkan irama Death Metal.Dari telinga Aku demo ini banyak dipengaruhi oleh muzik SILENT DEATH dan Selepas senyap untuk beberapa tahun mereka kembali dengan mengeluarkan sebuah demo yang bagus bertajuk THE EASTERN SHAMAN pada tahun 1996!Dimana kalai ini rentak muzik LARRONG mengalami perubahan kearah Eastern Black Metal ala AS SAHAR/LANGSYUIR!!Demo ini mendapat sambutan yang begitu baik sekali didalam scene Metal seluruh Malaysia.
Walaupun belum pernah bermain di luar Sarawak namun LARRONZ begitu aktif sekali menghancurkan pentas2 di seluruh Sarawak!Pengasas mereka iaitu Tajudin @ Supreme Vayoh juga adalah bos kepada sebuah label yang begitu giat menganjurkan gigs2 Metal di sekitar Sarawak iaitu MENJREX NERTO PRODS.

Tidak silap Aku,Mereka sepatutnya mengeluarkan sebuah kaset EP bersama Nebiula Productions pada tahun 2000 yang lalu namun projek itu terus senyap selepas itu.Aku rasa tak jadi la tu…Sebabnya tidak pula diketahui kenapa?Kecoh juga berita pasal EP mereka tu di dalam fanzine2 Sarawak masa tu!Sayang betul..
Mereka menukar nama mereka kepada LARRONG pada tahun 2002 dan mengeluarkan rilisan terakhir mereka iaitu sebuah MCD yang bertajuk DAKAN PERANA TANA pada tahun 2003 lalu keluaran Knight Records.
Mereka masih lagi aktif dipersada Metal bawah tanah tempatan walaupun sudah lama tidak mengeluarkan apa2 material.LARRONZ adalah sebuah band yang begitu disegani di seluruh Sarawak dan merupakan sebuah band yang mempunyai nama yang besar dari Kawasan UNHOLY TRIANGLE selain daripada KREMATION.




LARRONZ
Supreme Vayoh - Guitar
Alaiz - Vox
Akraz - Bass

DISCOGRAPHY
CURSE OF DEVASTATION Demo ( 1993 )
THE EASTERN SHAMAN Demo ( 1996 )
DAKAN PERANA TANA MCD ( 2003) – Knight Records

INFO
http://www.myspace.com/larrong
http://www.angelfire.com/theforce/larronz/

HEADQUATERS – Matu

2 comments:

AJ said...

aku tak tau plak drg tukar nama jadi larronz.. thanks for the info. drummer thy only knight pernah jadi session drummer for recording 2 lagu time larrong

Unknown said...

masih guna nama Larrong..admin kasi edit...
update news @ myspace.com/larrong

supreme vayoh aka xudin