Sunday, October 25, 2009

SENSELESS



Sebuah nama yang cukup besar di persada Death Metal Borneo (Malahan seluruh Malaysia!).Ditubuhkan pada tahun 1989 dengan menggunakan nama SENSELESS DEATH dan sempat mengeluarkan seketul demo dengan nama SENSELESS DEATH yang bertajuk TERMINAL OF DEATH pada tahun 1990 sebelum menukar nama mereka daripada SENSELESS DEATH kepada SENSELESS sahaja pada tahun 1991 dan mengeluarkan 2 ketul demo yang ‘Berhantu’ iaitu PROFANATION OF HORROR demo pada tahun 1991 dan REPULSION INTO REPUGNANT demo pada tahun 1993.
SENSELESS kemudiannya dilamar oleh VSP pada tahun berikutnya (1994) dan terus terbang ke Kuala Lumpur untuk merakamkan debut album mereka di King Studio.
Album yang Aku anggap KLASIK iaitu EPIDEMIC METALLITY EQUILIBRIUM (EME) menyerang scene Bawah tanah tempatan pada tahun 1994!!! Sayangnya semasa album ini keluar trend Black Metal sudahpun menguasai scene Metal tempatan mengakibatkan fokus yang sepatutnya diberikan terhadap album ini tidak seperti apa yang mereka ‘deserve’.Namun secara peribadi Aku berpendapat EPIDEMIC METALLITY EQUILIBRIUM adalah album Death Metal tempatan yang terbaik pernah dihasilkan pada masa itu selain SUFFERCATION-Day Of Darkness dan SIL KHANNAZ – Conception Of Madness!!
SENSELESS mengeluarkan album kedua mereka 2 tahun selepas EME iaitu pada tahun 1996 dibawah naungan Psychic Scream Entertainment yang bertajuk FANTASY OF MY OWN.Musik mereka amatlah berlainan didalam album ni berbanding dengan keluaran2 mereka sebelum ni dimana pengaruh Carcass era Heartwork dan Swansong amatlah kuat!
Selepas itu mereka sempat Mengeluarkan Sebuah split album bersama sebuah lagi band dari Kuching iaitu SPUTUM yang bertajuk METAL BLAST PROJECT keluaran EMI Malaysia.Itu adalah keluaran terakhir mereka sebelum senyap dipersada Metal tempatan.
Front Man ataupun orang kuat mereka Zul@The Abyss telahpun meninggalkan kita buat selama lamanya pada tahun 2007 yang lalu dan ini adalah satu kehilangan besar buat persada ekstrim Metal tempatan (Sarawak terutamanya).Tidak dapat dipastikan samada anggota2 SENSELESS yang lain akan terus menyambung pergerakkan band ini di masa hadapan ataupun membiarkan nama SENSELESS terus berkubur.Aku difahamkan juga para Metaller2 Kuching ada membuat satu show sebagai Tribute kepada Arwah Zul yang bertajuk TRIBUTE TO THE ABYSS.
Apapun,SENSELESS tetap akan menjadi sebuah band Death Metal Lagenda daripada kepulauan Borneo dan keseluruhan Malaysia!











SENSELESS
Zul - Guitar (R.I.P. 2007)
Pyann - Drums
Andy - Vocals/Guitar
Brian – Bass

DISCOGRAPHY
TERMINAL OF DEATH Demo (1990)
PROFANATION OF HORROR Demo (1991)
REPULSION INTO REPUGNANT Demo (1993)
EPIDEMIC METALLITY EQUILIBRIUM Full length (1994)-VSP
FANTASY OF MY OWN Full length (1996) – Psychic Scream Entertainment
METAL BLAST PROJECT Split Album with SPUTUM (2000) – EMI Malaysia

HEADQUATERS - Kuching

No comments: