Thursday, October 22, 2009

SIR YOU DIE


Band ni boleh la digelar otai dalam scene Metal Sabah/Borneo ni..ditubuhkan pada tahun 1990/91 di bandaraya Kota Kinabalu dengan nama MORBID SATAN yang kemudian menukarnya kepada SIR YOU DIE pada tahun 1993.Di awal penubuhan(Morbid Satan) muzik mereka lebih cenderung kearah Thrash/Black Metal ala Early Sepultura, Early Sarcofago etc dan berubah kepada lebih kearah Death/Grind setelah menukar nama mereka kepada SIR YOU DIE!
Pada tahun 1996 SIR YOU DIE melembutkan sedikit rentak musik mereka lebih kearah gothic rock berinfluencekan Sentenced dan Carcass(Era Swansong).
Mereka senyap seketika dan kembali beraksi pada tahun 2001 sehinggalah sekarang dan dikhabarkan SIR YOU DIE akan memasuki studio tidak lama lagi untuk merakamkan material pertama mereka setelah hampir 19 tahun bergelumang di dalam underground Metal scene! Cuma Toy dan Frank sahaja line up asal yang masih berperang bersama SIR YOU DIE manakala posisi yang lain diisi dengan menggunakan khidmat sessionist daripada AKARGRISH dan UNLIGHT DAWN. BEHOLD SIR!YOU WILL DIE!!!!


SIR YOU DIE
TOY- DRUMS
FRANK – BASS

HEADQUATERS-Kota Kinabalu

No comments: