Sunday, October 25, 2009

BARBALANS


BARBALANS!!Satu nama yang sangat tidak asing buat pengikut2 aliran Black Metal di Utara Borneo ini(Atau mungkin juga seluruh Malaysia!).Band yang ditubuhkan bersama oleh 3 bersaudara Iaitu MaXXXul,Maharaja Namruth dan juga Waadath Natas ini sememangnya layak dinobat sebagai band Black Metal yang terbaik di kepulauan Borneo ini!
BARBALANS ditubuhkan pada tahun 1993 di Sandakan adalah juga antara band Sandakan yang terawal bermain di Kota Kinabalu (Bersama PERPETUAL).
Demo pertama mereka yang dikeluarkan pada tahun 1996 telah mendapat respon yang amat baik daripada Metallers2 di Sabah.
Long time drummer mereka Waadath Natas terpaksa mengundurkan diri daripada band ini pada tahun 2005 atas sebab kesibukan kerja dan tempatnya digantikan oleh Dark Eired yang juga bermain bass bersama KILATUS.
Demo kedua mereka yang berjudul THY SHYTAN hanya dirakamkan dan diedarkan 6 tahun kemudian iaitu pada tahun 2001.Mereka juga ada mereleasekan 4 way split bersama CLAW, LEBATUT dan WISDOM keluaran Eastern Myth Productions pada tahun 2008 dan dalam tahun yang sama juga split mereka bersama A.B.M.S 696 diedarkan melalui RDL Distro.
Sehingga kini mereka belum lagi merakamkan sebarang lagu baru mereka,mungkin diatas faktor kesibukan masing2 yang berkerja berjauhan.Cuma menurut front man mereka iaitu MaXXXul BARBALANS akan merakamkan beberapa buah lagu2 baru mereka dan akan mengeluarkan sesuatu diantara akhir tahun ini (2009) ataupun awal tahun depan (2010).Secara peribadi Aku memang menunggu keluaran terbaru BARBALANS!!!


BARBALANS
Maxxul (aka Lord Satan) - Guitar
Maharaja Narmuth - Bass
Dark Eiried - Guitar
Khaal - Vox

DISCOGRAPHY
CINDAKU (Demo) - 1996
THY SHYTAN (Demo) - 2001
MISANTROPHIC CONGEGRASION..THE BEGINNING I (4 way Split) 2008
TRUE EASTERN SODOMY (split CD) with A.B.M.S 696 – RDL Distro – 2008

HEADQUARTERS- Sandakan / Ranau

INFO
http://www.myspace.com/barbalan

1 comment:

ahchai said...

Boleh saya tau.pemain drum asal nama apa.apakah faktor beliau berundur diri dan kerja apa.