Sunday, October 25, 2009

UNGODLY DEATH


UNGODLY DEATH!!Sebuah lagi band yang mempunyai pengaruh yang besar di Sarawak selepas SENSELESS di awal 90an dulu.Walaupun pencapaian mereka tidaklah sejauh SENSELESS namun nama UNGODLY DEATH amatlah disegani oleh kebanyakkan pengikut2 Metal disana!
Band yang terkenal dengan konsep Anti Christian Death Metal yang begitu kuat ini diasaskan oleh Saudara Manny pada tahun 1988 dan merupakan band yang amat digilai oleh kebanyakkan pengikut Death Metal di Kuching pada awal 90an dulu!
Walaupun mempunyai nama yang cukup besar di persada Death Metal kuching/Sarawak namun mereka hanya sempat mengeluarkan seketul demo iaitu LOST NATION pada tahun 1990.Walaupun hanya sempat mengeluarkan satu demo namun demo ini memberikan impak yang besar kepada scene Death Metal di Sarawak pada awal 90an dulu!!
Tidak banyak yang dapat diperkatakan mengenai UNGODLY DEATH ini kerana mereka tidak mempunyai rilisan yang banyak.Namun biarpun begitu musik Death Metal yang disumpah oleh UNGODLY DEATH ini cukup memberikan impak yang kuat kepada scene Ekstrim Metal di Kuching ataupun Sarawak khususnya!

UNGODLY DEATH
Manny – Vocals/Guitar
Wisma - Bass
Martino - Guitar
Murphy - Bass
Ojai – Drums

DISCOGRAPHY
LOST NATION Demo (1990)
1. Beginning of the Ancient Antichrist
2. Jesus the Scummy God
3. Rotting Christ
4. Lost Nation
5. Morbid Truism

HEADQUATERS - Kuching

No comments: