Saturday, October 24, 2009
MI SCUSI
Band Horror Punk yang diwakili oleh 4 orang 'pesakit Mental' ini sememangnya antara band yang paling ‘gila-gila’ sekali pernah wujud di Utara Borneo ni.Kenapa?cuba-cubalah berkenalan dengan mereka ni eh…hehehehe..
Dengan pengaruh The Misfits yang begitu kuat band ini ditubuhkan pada tahun 1997 dengan menggunakan nama HYSTERIA yang diwakili oleh Jairo,Stone dan Mawie tetapi kemudiannya ditukarkan nama band ini oleh JAIRO pada MI SCUSI pada tahun 2006 dengan menggunakan regimen baru!Iaitu Jai,Mie,Zul dan Pancho…Mereka juga pernah meminjam drummer FOETAL CARNAGE Mr Sodomz semasa Mie bekerja di semenanjung.Namun posisi itu diambil semula oleh Mie setelah sekembalinya dia daripada semenanjung.
Nama MI SCUSI dipetik daripada salah satu dialog dari sebuah movie lawak bodoh EUROTRIP(Dialog daripada seorang ‘Horny man’ Italy didalam Train!)ntah napa nama ni dipilih sebenarnya?hehe.
Aku sendiri pun tidak pasti samada band ni pernah mereleasekan sebarang material ataupun tidak?Kerana belum ada apa2 lagi berita rasmi mengenainya setakat yang Aku tau,Cuma mereka sememangnya sudah merakamkan beberapa buah lagu sendiri antaranya ialah SOMETIMES I FEEL LIKE A VAMPIRE dimana boleh didengar melalui laman myspace mereka.
Dan baru baru ini,Drummer mereka Mie mengundurkan diri daripada band ni atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan dan tempat Mie digantikan oleh satu lagi ‘Orang Gila’ yang bernama Raem.Raem juga adalah drummer kepada NEUROSIS dan MANGGAS.
Selain daripada aktif menghancurkan stage2 di KK ni MI SCUSI juga akan memasuki studio pada bila bila masa saja dari sekarang untuk merakamkan beberapa buah lagu baru untuk projek split mereka dengan sebuah band dari KK juga..band apa?Tunggu new daripada mereka!!!
MI SCUSI
Jairo - Vocal / Guitar
Zul - Vocal / Bass
Cho - Guitar
Raem – Drum
HEADQUATERS-Kota Kinabalu/Membakut
INFO
www.myspace.com/miscusi514
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
rok kacuping...
Hahahaha!!Ani namanya rok cumel!!hehe
Post a Comment