Thursday, October 22, 2009

MORBITUARY


MORBITUARY juga adalah antara band Death Metal terawal yang berasal dari Kota Kinabalu.Band ini diasaskan oleh saudara Hanip@Grind pada tahun 1991,Hanip juga adalah boss kepada label GRIND EMPIRE PRODUCTIONS dan juga editor SABAHAN NEWSLETTER.
Nama MORBITUARY adalah gabungan dua nama band Death Metal tersohor dunia iaitu Morbid Angel dan Obituary.
Mereka sempat merakamkan 2 buah lagu pada tahun 1996 iaitu Holocaust dan Blood and Tears namun malangnya kedua2 lagu ini tidak pernah diedarkan secara rasmi Cuma beberapa rakan terdekat sahaja yang sempat mendengarnya.Secara peribadi,Aku sangat berharap kedua2 lagu mereka ini dapat dijual kalau tidak pun mereka meramkannya kembali.
MORBITUARY sudah tidak lagi aktif dipersada underground tempatan sekarang..Harap2 mereka akan kembali untuk menggegarkan scene Metal Tempatan di masa hadapan.

HEADQUATERS-Kota Kinabalu

No comments: