Thursday, October 22, 2009

DEMIZER


Sebuah band Melodic Death Metal yang ditubuhkan pada tahun 1998 dengan nama ZERO namun menukar nama mereka ke DEMIZER setahun selepas itu setelah mengalami beberapa pertukaran line up.
DEMIZER (1999)

Nama DEMIZER adalah gabungan daripada nama lama mereka ZER dan juga Demise.Nama band ini diberikan oleh bekas gitar utama mereka Irwan.
DEMIZER boleh la dikatakan band yang sangat popular di Sabah pada awal tahun 2000 lalu.Band ini juga adalah antara band Sabah yang begitu menonjol dan berjaya beberapa tahun dulu.Muzik mereka begitu kuat sekali dipengaruhi oleh sound Gothenburg Death Metal terutamanya In Flames.
DEMIZER sempat melahirkan seketul Demo tape yang bertajuk EMOTION RUN DEEP pada tahun 2000 dan sebuah kaset EP di bawah Nebiula Production yang bertajuk HAND OF HATE pada tahun 2003.Mereka juga pernah tampil di dalam kompilasi Panggilan Pulau Puaka keluaran Psychic screams entertainment pada tahun 2000 dengan sebuah lagu khas bertajuk Insilence Ordeal di mana sedikit sebanyak melonjakkan nama mereka didalam persada Metal tempatan.
DEMIZER muncul buat pertama kalinya setelah 4 tahun menghilangkan diri pada tahun lalu tetapi menampilkan hampir kesemua line up yang baru kecuali Cozen dan Rezoy.



DEMIZER
COZZEN-VOCALS
REZOY-GUITAR
AZLAN-DRUM
BOBO-BASS
WAN SCARLET-GUITAR


DISCOGRAPHY
1. EMOTIONS RUN DEEP (Demo) 2000
2. HAND OF HATE (EP) 2003 (Nebiula Productions)

HEADQUATERS-Kota Kinabalu

No comments: