Sunday, October 25, 2009

MANTAK


Walaupun band ni terdiri daripada budak2 KK namun ianya ditubuhkan di Labuan pada tahun 1995 dengan menggunakan nama WAFFAT sebelum menukarnya kepada MANTAK pada tahun 1996 kerana ‘perlanggaran’ nama dengan sebuah band yang berasal dari Utara Malaysia Perlis.
Demo pertama diedarkan pada tahun 1998 yang bertajuk THE BORNEO CHAOSMAKERS yang mengandungi 4 buah lagu.Setahun selepas itu(1999) MANTAK sekali lagi memasuki studio untuk merakamkan demo kedua mereka yang bertajuk SAKHTYANIC DOCTRINE yang diedarkan pada tahun yang sama.
Pada pertengahan 1999 Naz(Front man)telah kembali ke tempat asalnya iaitu di Kota Kinabalu Sabah dan diikuti oleh Lee dan Boy.MANTAK meneruskan pergerakkan mereka dengan berheadquaterskan di KK selepas itu.

Pada tahun 2000 kaset EP pertama mereka yang berjudul DARK BORNEO ART telah diedarkan oleh sebuah label dari selatan tanah air iaitu Muzik Box Productions.DARK BORNEO ART juga akan direleasekan semula oleh Evil Dead Productions dalam bentuk CD pada tahun hadapan.
Pada tahun 2001 mereka menandatangani kontrak album bersama Nebiula Productions dan mengeluarkan album pertama mereka EYE OF DEVIANT di bawah Nebiula productions pada tahun 2002.
Setelah giat menghancurkan beberapa stage MANTAK kembali ke studio untuk merakamkan album kedua mereka yang berjudul POLYMORPHOUS PERVERSION di Nebiula Sound Studio(Kuala Lumpur)pada tahun 2003 dan dikeluarkan pada tahun yang sama juga!POLYMORPHOUS PERVERSION juga di re-releasekan dalam bentuk CD oleh sebuah label yang berpengkalan di Amerika Syarikat iaitu Old Cemetery Records.
Pada tahun berikutnya iaitu 2004 Mereka kembali ke Nebiula sound Studio untuk merakamkan 4 buah lagu.Yang menampilkan rakaman semula lagu lama mereka sebuah lagu baru dan satu cover song.Lagu2 itu kemudiannya diriliskan pada tahun 2005 dalam bentuk 7”Vynil oleh sebuah label dari Peranchis iaitu Legion of Death Recs.Dengan ini juga MANTAK menjadi band extreme Metal pertama dari Malaysia yang mengeluarkan material dalam bentuk piring hitam.
Mereka mengeluarkan beberapa split release dengan beberapa label antarabangsa sebelum sebelum dilamar oleh sebuah label Extreme Metal yang terkenal dari France iaitu Drakkar productions pada tahun 2006.
Mereka kemudiannya merakamkan album ketiga mereka pada akhir 2006 di RAM studio(Kota Kinabalu).Album yang berjudul SABAHELL’S BLASPHEMER itu mula diedarkan kepada pasaran Ekstrim Metal antarabangsa pada tahun 2007!
Selepas itu Mereka juga aktif mengeluarkan split2 bersama beberapa band ekstrim metal yang dianggap sebagai allies.
Awal tahun 2009 mereka sempat mengeluarkan sebuah MCD yang berjudul 666 dengan sebuah label tempatan iaitu EvilDead Productions.MCD ini mengandungi 4 buah lagu baru termusuk 2 buah cover song daripada Tankard dan Black Sabbath.666 juga bakal dikeluarkan dalam bentuk 7” vynil EP oleh Gempita/Morbid Invasion Records akhir tahun ini(2009).
Tidak lama selepas itu MANTAK meninggalkan Drakkar Productions untuk bekerja sama dengan Old Cemetery records untuk album keempat mereka!Sejurus selepas itu MANTAK mula bekerja di studio untuk merakamkan lagu2 baru mereka untuk dimuatkan kedalam album keempat mereka.
Rakaman itu telahpun selesai dan mengandungi 12 buah lagu baru!Album keempat mereka kali ini bertajuk DIABOLICAL PSYCHOLUST!DIABOLICAL PSYCHOLUST bakal dikeluarkan pada November 2009.Selain OCR sebuah label dari France iaitu Chalice of Blood Angel productions juga akan mengeluarkannya didalam bentuk 12” vynil LP dalam kuantiti yang terhad(333 copies!)!Begitu juga dengan Evil Dead Productions yang akan mengeluarkannya dalam bentuk kaset juga didalam kuantiti yang terhad iaitu 111 keping!
Untuk info yang lebih lanjut tentang MANTAK sila layari laman web mereka di www.mantakhz.com ataupun di laman myspace mereka di myspace.com/mantakhz.


MANTAK
Naz – Guitar/Vox
Kevin Helvete – Bass
Shaun Yazeed – Drums

DISCOGRAPHY

FULL LENGTH
EYE OF DEVIANT (2002) – Nebiula Productions
POLYMORPHOUS PERVERSION (2003) – Nebiula Productions
POLYMORPHOUS PERVERSION Re-Release(2007) – Old Cemetery Records
SABAHELL’S BLASPHEMER (2007)- Drakkar Productions
DIABOLICAL PSYCHOLUST (2009) – Old Cemetery Records,Chalice Of Blood Angel Prods(Limited 12” LP version) & Evil Dead Productions (Limited Cassette Tape version)

EP & SINGLES
DARK BORNEO ART Cass EP( 2000 ) – Muzik Box Productions
THY SEXXXMAGEDDON Single (2005) – Self Released
EASTERN SEXXXRIGALUST 7”EP ( 2005 ) – Legion Of Death Records
666 MCD ( 2009 ) – Evil Dead Productions

SPLIT
BACK TO ATTACK Split tape with MORTUARY ANCESTOR ( 1999) – Dark Zone Unity Prods
RAPING GODS LAW Split 7” EP with AMPUTATOR (2006) – Old Cemetery Records
NEKROSIMON – THE ART OV BLASPHEMIES Split with ENSHADOWED ( 2007) – Deathrash Armageddon Records
BAPTIZED BY BEERS Split 7”EP with BARBATOS ( 2008 ) – Necromancer Records
THE EASTERN DESEKRATORZ Split CD with ABIGAIL ( 2008 ) – Old Cemetery Records

DEMO TAPE
THE BORNEO CHAOSMAKERS (Demo) 1998 – Self Released
SAKHTYANIC DOCTRINE ( Demo ) 1999 – Self Released

HEADQUARTERS – Kota Kinabalu

INFO
www.mantakhz.com
www.myspace.com/mantakhz

No comments: