Friday, November 13, 2009

DESPERATE CONTRACIVE

DESPERATE CONTRACIVE (2003)

DESPERATE CONTRACIVE
adalah sebuah nama yang begitu gah sekali di Sabah terutamanya pada zaman pertengahan 1990an.Pada masa itu DESPERATE CONTRACIVE merupakan band yang sering menjadi perhatian di gigs-gigs sekitar Kota Kinabalu dan merupakan band yang seringkali mendapat sokongan yang ramai daripada crowd-crowd pada masa itu!DESPERATE CONTRACIVE juga adalah band yang melibatkan seorang ‘nama besar’ di scene Metal KK pada pertengahan 90an iaitu Jorn(TWIN TOWERING INFERNO PRODUCTIONS/MAD ZINE).
Band ini sebenarnya sudahpun ditubuhkan sejak tahun 1991 lagi di daerah Ranau(Tempat band ni mula bertapak)oleh saudara Romie(Yang juga guitarist kepada satu lagi band Death Metal hebat dari Sabah MORTUARY ANCESTOR)dengan menggunakan nama SEPULCHRAL yang berkiblatkan irama Thrash Metal..Namun pada masa itu mereka hanya banyak memainkan lagu-lagu cover dari Metallica, Anthrax dan sewaktu dengannya.Line up mereka pada masa itu adalah Romie(Guitar),Anto(vox/bass) dan Idris(Drum).
Mereka kemudiannya menukar nama mereka kepada DAMNATION pada tahun 1994..sebab apa?Aku pun tak tau..Kena Tanya Romie sendiri.
Band ni hanya menggunakan nama DESPERATE CONTRACIVE pada tahun 1995 setelah kemasukkan dua ‘orang kuat kk’ iaitu Jorn dan Sly.Dimasa inilah DESPERATE CONTRACIVE mula mencipta nama di dalam scene bawah tanah Sabah dengan begitu aktif sekali menggegarkan stage-stage sekitar Kota Kinabalu pada waktu itu!!


DESPERATE CONTRACIVE(1996)

DESPERATE CONTRACIVE mula senyap setelah front man mereka Jorn melanjutkan pelajaran di Indonesia pada akhir 1996.Namun mereka sempat juga bermain sebuah show di Sandakan pada tahun 96/97(Tak ingat mana yg betul) dengan menggunakan khidmat vokalis daripada THY ONLY KNIGTH iaitu Azhar@Ajai menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Jorn untuk sementara waktu.
Di Indonesia,Jorn ada membuat sebuah band iaitu CONTRACIVE dan begitu aktif juga disana.Namun tidak pula dapat dipastikan samada CONTRACIVE ini adalah kesinambungan daripada DESPERATE CONTRACIVE ataupun sebuah ‘band yang berbeza’?

CONTRACIVE(Neo-Desperate Contracive)

Setelah hampir 9 tahun senyap daripada menghancurkan pentas di Kota Kinabalu,DESPERATE CONTRACIVE kembali membuat persembahan pertama mereka sejak 9 tahun di gigs SUPREME SONIC anjuran daripada gabungan TWIN TOWERING INFERNO PRODUCTIONS dan METAL BLITZ ENTERTAINMENT!!Di show ini hanya Sly,Romie dan Jorn line up yang asal disamping meminjam khidmat daripada Zul(MISCUSI/SPLATERRED SOUL)di posisi bass dan Suhaimi(EVILYN INCARNATE/VICIOUS ENTITY/EX-MI SCUSI)di posisi drum.Sambutan?Memang Membunuh!!!Namun kembali senyap selepas itu sebelum kembali lagi pada tahun 2008 lalu untuk gigs 14 tahun TWIN TOWERING INFERNO PRODUCTIONS!!!
Terbaru,Mereka kini sedang dalam pembikinan material pertama mereka yang dijangka akan keluar pada tahun hadapan(2010)!So..Sama samalah kita tunggu!!!

Jorn(Orang Kuat Desperate Contracive!)

DESPERATE CONTRACIVE (SEPULCHRAL)-1991-
Romie-Guitar(MORTUARY ANCESTOR)
Anto-Bass/Vokal
Idris-Drum

DESPERATE CONTRACIVE
Jorn-Vokal

Romie-Guitar
(MORTUARY ANCESTOR)
Sly-Guitar


SESSIONIST

Shaun Yazeed(MANTAK/CROWN OF HORNS)-Drums
Kevin ( MANTAK/CROWN OF HORNS/EX-UNLIGHT DAWN)-Bass



DISCOGRAPHY

BLIND CONSPIRATION Demo (1999)


HEADQUARTERS
-Kota Kinabalu


INFO
jorncontra@hotmail.com
JORN

2 comments:

AJ said...

ko lupa RAY drummer and ejaan bukan contracive but contraceive. Aku pernah jd sessionist drg pg sandakan dulu...itu jak

Sound Pecah Telinga said...

Duiii naa...ada nama ko kena sebut tu Jai..jan risau k?hehehehehe..ko akan senantiasa di highligh kan..hehehe....