Friday, November 13, 2009

SACRAMENT


Ini band ditubuhkan pada tahun 2000 dengan menggunakan nama THE END sebelum menukarnya kepada SACRAMENT pada tahun 2006 seperti yang dikenali sekarang.
Semasa THE END mereka sempat melahirkan seketul demo yang bertajuk ‘Symbols Of Suffering’ pada tahun 2005.Di dalam demo ini konsep mereka lebih kepada Grind/Death Metal.Mereka juga sempat mengadakan beberapa persembahan pentas di sekitar Kuching semasa THE END.
Tidak lama selepas ‘Symbols Of Suffering’ demo keluar dua orang anggota mereka iaitu Korneli dan Lan bertindak meninggalkan band ini dan ini menyaksikan kemasukan Ritchie(MENTALLY MURDERED) sebagai sessionist drum.
Selepas menghadapi pertukaran line up Mereka kemudiannya menukar nama band ni daripada THE END kepada SACRAMENT lantas menukar konsep mereka lebih kearah Death/Thrash Metal!
SACRAMENT merakamkan dan mengedarkan demo kedua mereka(pertama menggunakan nama SACRAMENT)pada tahun 2006 yang bertajuk ‘Religious Plague’.
Dan selepas demo ‘Religious Plague’ ini keluar Mereka membawa masuk Afzal dari Kherow selaku drummer baru mereka menggantikan tempat Ritchie.
Mereka aktif bermain gigs-gigs sekitar Kuching dan pernah menjadi ‘supporting act’ untuk band-band ternama Malaysia seperti SIL KHANNAZ,LANGSUYR,HAYAGRIVA etc.
SACRAMENT buat masa ini didalam rangka kerja untuk keluaran ketiga mereka namun Aku tak pasti bilakah ianya akan keluar.Dari sumber yang Aku dapat kali ni muzik SACRAMENT akan lebih kearah old School Death Metal seperti BOLT THROWER,TERRORIZER,DEICIDE dan yang sewaktu dengannya..Sama-samalah kita tunggu yeee…

SACRAMENT
Alex Jayson – Vox
Boi Billy – Bass
Dwin – Guitar
Afzal – Drums

DISCOGRAPHY

1. SYMBOLS OF SUFFERING Demo (2005)
2. RELIGIOUS PLAGUE Demo (2006)

HEADQUARTERS
-Kuching


INFO
www.myspace.com/kayau

No comments: