Wednesday, November 4, 2009

KREMATION

KREMATION bukanlah satu nama asing bagi peminat death metal tanahair. Band yang ditubuhkan pada 1992 ini telah diasaskan oleh Amier (gitar / vokal), Norman (Gitar), Nasth Sheir (bass) dan Bend (Drum). Walaubagaimanapun, penyertaan Bend dan Norman bersama Kremation hanya beberapa bulan sahaja disebabkan masal...ah peribadi yang mana kemudiannya diambil-alih oleh Oden (Drum) dam San Burn (Gitar) pada awal tahun 1993.
Pada tahun 1995, mereka telah mengeluarkan “Promo Tape’95” dan kerap mengadakan show bersama band-band seperjuangan seperti Verdaqah, Infernal, Worship, Larrong, Nesferator dan lain-lain lagi yang mana dianjurkan oleh pihak-pihak studio dan label underground. Di penghujung tahun yang sama, Amier telah mengambil keputusan untuk menarik diri kerana ingin menumpukan sepenuh perhatiannya pada pelajaran dan kemudiannya diikuti oleh Oden. Dengan itu, ahli yang tinggal hanyalah San Burn (sebagai pemain gitar selain turut menggantikan tempat Amier sebagai vokalis) dan Nasth Sheir (pemain bass). Maka, sekali lagi mereka berhadapan dengan masalah line-up sehingga segala aktiviti yang membabitkan KREMATION terhenti seketika dan mula menyepikan diri. Bagaimanapun, pada tahun 1997, KREMATION muncul kembali bersama material kedua daripada mereka (“Promo-Tape’97”) yang mana telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya di kalangan pengikut-pengikut setia mereka pada masa itu. Pada tahun tersebut juga menyaksikan kemasukan seorang ahli baru dalam KREMATION iaitu Rithman sebagai pemain gitar utama band tersebut. Pada sekitar tahun 1998 KREMATION masuk ke studio semula dan pada kali ni mereka telah menggunakan khidmat saudara Yazid (ex-Blackfire) sebagai producer bagi sesi rakaman E.P mereka yang berjudul REBORN. EP tersebut telah diedarkan oleh Nebiula Production pada tahun 1999. Setahun kemudian, mereka muncul pula bersama LP yang berjudul HEAD HUNTER REVENGE yang mana diedarkan oleh Musik Trax Sdn Bhd. Selepas release-nya LP tersebut, KREMATION pun terus menyepikan diri tanpa sebarang khabar berita. Dan kini, KREMATION muncul sekali lagi! Ketika ini mereka sedang dalam persiapan untuk merakamkan material terbaru yang mana akan diedarkan oleh Menjrex Nerto Production….!!!!!


KREMATION
Nasth Sheir – Bass

Sun Burns – Vocal/Guitar

Ritchman – Guitar



DISCOGRAPHY

PROMO 1995 Promo Demo (1995)

PROMO 1997 Promo Demo (1997)

REBORN Cass EP (1999) – Nebiula Productions

HEAD HUNTER REVENGE Full Length (2000) – Muzik Tracks Productions


HEADQUARTERS - Sibu

No comments: