Friday, November 13, 2009

INFECTED

INFECTED(2009)

INFECTED secara rasminya ditubuhkan pada penghujung tahun 1998 selepas salah seorang anggota AZARIAL secara kebetulan telah bertemu dengan salah seorang anggota BEGOTH. Pertemuan ini secara tidak sengaja apabila Razlee diajak oleh adik(Din) kepada Hamzah yang terdahului mengenali Limat untuk jamming bersama. Sesi jamming tanpa dirancang telah bertukar menjadi serius untuk menubuhkan sebuah band yang berkonsepkan Death/Thrash Metal dengan dipengaruhi stail SEPULTURA(lama) dan SLAYER. Line up pada ketika itu adalah Limat(BEGOTH) sebagai vocal/gitar, Hamzah diposisi bass/vocal, Halim bermain gitar dan Razlee sebagai pemain dram. Halim dan Hamzah merupakan adik beradik yang memang meminati irama metal tetapi belum pernah menubuhkan atau join mana2 band lagi. Perkenalan Hamzah dengan Limat ketika bekerja di tempat yang sama membawa kepada keinginan untuk penubuhan band. Impian ini berjaya direalisasikan apabila adik kepada Hamzah memperkenalkan Razlee kepada mereka.

INFECTED(1998)

INFECTED aktif jamming dan juga pernah bermain di fun fair Sipitang. INFECTED juga pernah menyertai battle of the band daerah Sipitang secara suka-suka tanpa menghiraukan sama ada menang atau tidak, dengan tujuan untuk memperkenalkan INFECTED kepada metalhead daerah Sipitang. Kewujudan INFECTED telah sampai ke pengetahuan saudara Cozenn pemilik METAL BLITZ ENTERTAINMENT sebagai penganjur gigs yang aktif. Ini membawa kepada jemputan untuk menyertai gigs di Kota Kinabalu pada awal tahun 2000.
Perancangan untuk melahirkan demo memang ada memandangkan keserasian semua INFECTED semakin kuat. Malangnya hasrat ini tidak tercapai setelah Razlee menarik diri daripada INFECTED untuk mendirikan rumahtangga pada tahun 2003. Ditambah malang INFECTED gagal untuk mencari pengganti beliau oleh kerana daerah Sipitang kekurangan pemain dram yang serius bermain irama metal. Semenjak itu, INFECTED tidak aktif, saudara Limat(BEGOTH) juga menarik diri kerana komitmen dengan keluarga dan kerjaya. INFECTED hanya tinggal dua beradik yang masih aktif mencari line up baru.
Tahun awal 2009 membawa perkhabaran gembira untuk INFECTED apabila Razlee kembali aktif bermain muzik. Ditambah lagi Hamzah berjaya membuka sebuah studio iaitu ARTPUTRA MUSICAL TRAINING CENTRE untuk jamming dan rakaman juga perniagaan percetakan untuk baju, banner, kad kahwin dan lain-lain. Situasi ini menaikkan semangat INFECTED untuk terus aktif dengan kemudahan studio sendiri. Kali ini INFECTED masih dengan anggota asal, hanya Limat(BEGOTH) tidak lagi bersama mereka. Tugas vocal digalas sepenuhnya oleh saudara Hamzah. Pengaruh muzik masih lagi ke arah SEPULTURA(lama). Namun kali ini lebih ke arah death yang agak teknikal. Perancangan untuk melahirkan stuff kembali membara. Ada beberapa lagu telah berjaya disiapkan,Hanya menuggu masa yang sesuai untuk dirakamkan!


INFECTED

Hamzah-vocal/bass
Halim-guitar
Razlee-drums

INFECTED(1998-2002)

Limat(BEGOTH)-vocal/guitar
Halim-guitar
Hamzah-bass/vocal
Razlee-drums


HEADQUARTERS-Sipitang


NOTE
Petikan ini diambik bulat-bulat daripada bio mereka!

No comments: