Thursday, November 5, 2009

DARK POWER

Jojie(Dark Power)


Ini adalah maklumat terbaru yang Aku dapat sendiri daripada pengasas band ni iaitu Jojie!!!(Tak payah masuk keluar kampong pun..hehe).
DARK POWER adalah band yang berstatuskan sebagai ‘lagenda’ di arena musik bawah tanah negeri dibawah Bayu ni dan merupakan band generasi pertama ataupun band yang mula-mula sekali membawakan penyakit muzik Ekstrim Metal di Sabah.
Ditubuhkan pada tahun 1986 oleh dua orang anak muda yang bernama Jojie dan Zaini di Tg Aru,Kota Kinabalu.Pada masa itu DARK POWER banyak dipengaruhi oleh band-band seperti Metallica,Slayer,Sepultura,Death,Kreator,Venom, Onslaught, Possessed dan banyak lagi!Semasa itu band2 sebegini sememangnya terlalu ‘underground’ buat peminat2 muzik keras di Sabah ni.
DARK POWER tidak pernah mengeluarkan sebarang material namun menurut Jojie,Mereka mempunyai banyak lagu-lagu sendiri namun tidak mempunyai kesempatan untuk merakamkannya pada waktu itu.
Jojie yang juga pernah tinggal dan bekerja di Kuching(Sarawak) pada tahun 1990 mempunyai hubungan yang rapat dengan nama2 besar di sana seperti Senseless,Sputum etc.
Beliau juga masih lagi aktif lagi bermain muzik walaupun dressing dah tak ‘semetal’ dulu lagi(hehe)dan sering menggunakan khidmat daripada anggota2 MORBIUS untuk membantu beliau.
Walaupun mempunyai banyak stok lagu namun tidak pula dapat dipastikan samada DARK POWER akan mengabdikannya didalam bentuk rakaman pada masa ini.Aku telahpun menghantar beberapa soalan Interview bersama beliau..Tunggu saja lah K.
Dan sekali lagi kepada yang tidak tahu,DARK POWER adalah pelopor muzik ekstrim Metal di negeri di bawah Bayu ini.THIS IS THE DARK POWER!!!!


DARK POWER
Jojie
Zaini

HEADQUARTERS – Kota Kinabalu

INTERVIEW

1 comment:

AJ said...

yeah long live jojie...jangan lupa ronnie..legend juga tu