
Aku menggelar band ni sebagai
‘Anak angkat’ UNGODLY DEATH.Kenapa?Sebab dari segi muzik,liriks dan juga cara pembawaan mereka sememangnya 90% mengikut
UNGODLY DEATH dan ditambah lagi watak
Manny(UNGODLY DEATH) yang boleh dianggap sebagai
‘penasihat’ kepada band ni.Begitu juga dengan nama band ni
‘ROB-BLITZ’ juga diberi oleh
Manny(UNGODLY DEATH) sendiri kepada mereka.
ROB-BLITZ ditubuhkan pada tahun 1998 di Kuching dengan memainkan muzik Metal-Core dan kemudian menukar rentak mereka kearah Death Metal setelah dihasut oleh Orang kuat
UNGODLY DEATH Manny!!

Demo pertama mereka dilahirkan pada tahun 2002 yang bertajuk
‘From the beginning to the Ancient’ yang mengandungi 5 buah lagu.Dan material kedua mereka dikeluarkan pada tahun 2004,namun demo kedua mereka ini hanyalah menyajikan lagu-lagu cover daripada band idola mereka iaitu
UNGODLY DEATH..Tajuk pun
‘Tribute to Ungodly Death’ jadi material kedua ini bolehlah dianggap sebagai rakaman penghormatan mereka terhadap
UNGODLY DEATH!!!ROB-BLITZ adalah antara band extreme Metal Kuching yang begitu aktif sekali menjahamkan stage-stage di sekitar Sarawak!
Sekarang
ROB-BLITZ tengah dalam perancangan untuk merakamkan material ketiga mereka pada bila-bila masa saja dari sekarang!Tunggu hentaman Death Metal dari
ROB-BLITZ!!!
ROB-BLITZMr Cael-VoxEl-GuitarBoy-GuitarSheriff-BassDISCOGRAPHY1. FROM THE BEGINNING TO THE ANCIENT Demo (2002)2. TRIBUTE TO UNGODLY DEATH Demo (2004)HEADQUARTERS-KuchingINFOhttp://www.myspace.com/robblitz
No comments:
Post a Comment