Wednesday, January 6, 2010

UNLIGHT DAWN


UNLIGHT DAWN adalah sebuah nama baru dipersada metal tempatan,namun disebalik nama yang masih baru band ini sebenarnya dianggotai oleh beberapa orang yang sememangnya berpegalaman di arena metal bawah tanah Sabah.

Band ini ditubuhkan pada tahun 2009 dan dianggotai oleh K.Helvete(MANTAK/CROWN OV HORNS),Adiek@Impure AK(MAAR/INSIDE/HELLEGION/VICIOUS ENTITY/PSYCHOPOSER),ND(HELLEGION/HELLSTORM/SIR YOU DIE) dan Rajj@Jamil(AKAGRISH/CROWN OV HORNS/SIR YOU DIE).Membelasah corak musik speed Black Metal ala MARDUK etc!!

Mereka sempat mengeluarkan sebuah mcd yang bertajuk Unlight Dwan(S/T) di bawah EVIL DEAD PRODUCTIONS pada tahun 2009 lalu.Walaupun mcd ini adalah rakaman pertama mereka namun mcd itu sememangnya tidak mengecewakan dan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pendengar!

Tidak lama selepas mcd pertama mereka keluar dua daripada anggota asal mereka iaitu K.Helvete dan Rajj membuat keputusan untuk menarik diri daripada UNLIGHT DAWN kerana ingin menumpukan perhatian kepada band asal masing2.Dan ini meninggalkan Cuma ND bersama Adiek meneruskan perjuangan UNLIGHT DAWN.

Yang terbaru mereka akan kembali ke studio untuk merakamkan lagu baru mereka Cuma tidak dapat dipastikan untuk format apa.Dengan kali ni menurut maklumat daripada myspace mereka muzik UNLIGHT DAWN kali ni lebih kearah seperti yang mereka mahukan.Dan dengan lirik yang Berkonsepkan ‘total misanthrope’seolah2 ‘membenci’ apa saja yang berada disekitar mereka!


UNLIGHT DAWN

ND 666 – Vocal

Impure AK – Bass


DISCOGRAPHY

Unlight Dawn (S/T) mcd (2009)-Evil Dead Productions-


INFO

http://www.myspace.com/unlightdawn


HEADQUARTERS – Tuaran / Kota Kinabalu

2 comments:

JAIRO said...

sekali buat entri terus banyak.. harga berapa ko kena di malam?

Sound Pecah Telinga said...

120!!!!!balum masuk yg kana belanja 30 30 lg!!!HEHEHEHEHEHE