Saturday, November 21, 2009

JORN CONTRA (INTERVIEW)

JORN??…Sapa tu? Mungkin kat luar Sabah nama ni agak kurang dikenali,Tapi untuk pengetahuan semua,beliau sebenarnya tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pengikut2 Metal Bawah tanah Sabah yang telah berkecimpung sejak tahun 90an dulu(Sekarang ni tak tau le..)Beliau adalah salah seorang yang bertanggungjawap menaikkan nama scene Metal Sabah(Terutamanya Kota Kinabalu)pada sekitar pertengahan tahun 90an dulu dan beliau juga amat disegani oleh kebanyakkan pengikut2 Ekstrim Metal di Negeri di bawah Bayu ini dulu.Beliau adalah front man kepada band DESPERATE CONTRACIVE/CONTRACIVE,mempunyai sebuah label yang bernama TWIN TOWERRING INFERNO PRODUCTIONS dan juga editor kepada MAD Zine.
Sebenarnya ini adalah interview pertama yang Aku buat sebelum Jojie(DARK POWER)namun atas kesibukan beliau hanya baru sekarang beliau dapat menjawap soalan ini.'Kenapa Jorn?'..Kalau kamu kenal Jorn sudah tentu kamu tau kenapa Aku pilih beliau untuk ditemuramah didalam blog ini!!!!Mari Mula!!!

JORN


INTERVIEW
1.Apa khabar Jorn?Mcm mana hidup sebagai cikgu di KL sekarang?Kesihatan pula macam mana?dah ok?

(Jorn)-Alhamdulillah aku sihat di sini. kehidupan sebagai seorang pendidik ni berbeza dgn dulu,mesti cover depan student..attitude kena jaga..pepatah Melayu kata guru kencing berdiri murid kencing berlari..so kena slow-slow dan berhati-hati nnt kantoi la cikgu layan Death Metal, jadi isu pulak nanti..ha..ha..ha..(Ni la yang boringnya jadi staf Govt ni-Mr Krusher) kesihatan?masih dalam treatment doktor, kena banyak bersabar,ini semua ujian dari Allah.Aku yakin ada hikmah disebalik kejadian..

2.Ceritakan sikit macam mana kau boleh terjerumus didalam underground scene mula2 dulu.Mcm mana situasi underground scene di Sabah(KK khususnya)pada masa itu?

(Jorn)-Aku mula sebagai seorang Mat Rock, dulu aku minat dgn Search, May, Rusty Blade, Rockers, Saxon etc.Akhir 80an aku dikenalkan oleh abang aku muzik yang lebih kaw-kaw,aku dah terpengaruh dgn style muzik Iron Maiden, Metallica, Death SS, Motorhead,Slayer, Rigor Mortis, Mortal Sin,Sepultura etc.Dan lepas tu datang lagi satu gerne musik Death Metal dan Grindcore..aku dah berjinak dgn Entombed, Dismember, Obituary, Deicide, Carcass, Napalm Death, Suffocation etc.Tahun 1988-1990 aku selalu pergi tengok Battle of the Band sebab time tu tak ada gig.Selain itu, aku tak miss jugak tengok konsert ROCK macam Search, Sofea, Wings, Lefthanded, Rusty Blade, Ramli Sarip kat dewan Serbaguna KK. Pada tahun 1989 aku beli LimeWire Megazine, dalam majalah tu ada menceritakan sedikit pasal Malaysia u/g scene, menyatakan tentang band2 u/g Malaysia mcm Hijrah, Picagari, Punisher, Rotor, Black Fire.lps tu dlm ruangan zine ada alamat Aziz VFTE(Vortex from The East) Zine,lps tu aku semakin hendak mencari info ttg u/g scene..tak lama dlm tahun 1990an lps tu release Lp Cromok ‘Image Of Purity’, Mini Kaset FTG ‘ Freedom’s Thats Gone dan Suffercation ‘Days of Darkness' etc.Pada waktu itu scene di KK sangat kecil, tak ramai lagi paham dgn muzik u/g ni..Morbius dan Morbituary band awal metal yang involved dlm Death Metal scene.Morbius byk join battle of the band pada waktu itu,cover lagu thrash metal.Ramai follower Morbius waktu itu, tapi ramai sekadar kena demam muzik metal ja..pada waktu tu mereka hanya kenal cassete saja..info semata2 dari kedai kaset ja.mereke blum kenal zine,flyers, gig dan yang berkaitan dgn u/g aktiviti.bisala waktu tu ramai yang masih baru dlm scene,blum terdedah dgn apa itu u/g activity .
Jorn
(Di zaman teruna..hehe)


3.Kau juga mempunyai sebuah label iaitu TWIN TOWERRING INFERNO PRODS pada pertengahan 90an dulu dan begitu aktif sekali menganjurkan gigs2 metal pada masa itu.Boleh ceritakan sikit tentang TWIN TOWERRING PRODS dan macam mana idea untuk menubuhkan label tu keluar?

(Jorn)-Idea penubuhan TTIP ni adalah idea dari Gunawan 2nd editor MAD zine.dia yang bagi nama TTIP ini.Waktu itu aku masih dlm Comasoul Ent bersama saudara Wan.sekian lama dgn Comasoul Ent aku ambil keputusan tumpukan TTIP dan menganjurkan gigs u/g pada waktu itu.Pernah menjadi kontroversi jugak waktu itu aku anjur gig alternative music,ramai blame dan kutuk aku..aku buat donno ja lah,malas nak layan.pada waktu itu buat gig 100% pure metal mmg tak berbaloi,sentiasa aku rugi.so aku buat gig alternative band utk cover balik modal gig aku.itu cara orang bisnes..tapi kawan2 yang fanatik ni susah mau terima..lps tu aku buat gig campur lak Metal dgn alternative..tu pun ada yang tak puas hati..bilang aku ni tak true metal la..ha..ha..ha..manusia mcm tu la byk komen ja.tapi sekarang yang member2 yang fanatik true metal tu dah hilang ditelan zaman..kemana mereka ya?mau trace jugak ni..(haha...Itu memang betul Jorn!,sampai sekarang pun macam tu..apa ja yang kita buat ada jak 'sora sora sumbang',mata merah etc..haha!So drpd pikir apa yang dorang nda suka baik kita buat apa yang kita suka!!kalau masih nda puas hati juga,nanti belanja tsin tao..hehe-Mr Krusher)

4.Dengan kedudukan geography Kita yang jauh dengan Pusat musik Malaysia(Kuala Lumpur), Ditambah lagi masa tu belum pun ada internet ataupun tambang murah air asia so selain surat menyurat,photostate flyers apa lagi yang kamu lakukan untuk memperkenalkan scene Sabah kepada luar?

(Jorn)-Pada masa itu mmng terhad nak melakukan promosi ttg u/g scene di sabah,org2 di Semenanjung tak tahu yang sabah ada u/g scene..so perkembangan utuk menyebarkan dan memperkenalkan scene Sabah di sana semata-mta lebih kepada flayer atau surat menyurat.. ramai org kat semenanjung ni anggap Sabah dan Sarawak ni satu tempat yang ketinggalan pada waktu itu.sampai ada Mamat di Semenanjung ni ‘FUCK OFF” scene Sabah & Sarawak scene..katanya scene kita ni trendy la..anti betul mamat tu dengan band2 dari Borneo ketika itu(Orang yang 'advance' tidak akan bercakap mengenai kemunduran sesuatu negeri/negara..Mereka akan memandang sama tak kira apapun..yang befikirang macam tu..sebenarnya TRIP maju.hehe) tapi sekarang aku tak dengar lagi tentang mamat yang kutuk2 scene Sabah & Sarawak ni..hi..hi..Siapa yang trendy ya???mana perginya orang itu.hilang ditelan zaman jugak la..ha..ha..ha..ha..
Jorn and the gang

5..Idea untuk menganjurkan gigs pula?Kenapa?Kenapa pilih dewan Tg Aru sebagai venue?Tempat lain takde ka?Cerita sikit pasal situasi gigs2 metal anjuran kau pada masa itu dr segi crowd,band etc..

(Jorn)-Idea buat gig di TG Aru adalah idea Wan Comasoul Entertainment.Pada waktu itu dewan Tg Aru agak jauh dari pusat bandar dan dewannya kecil dan senang nak urus.Kita pun fikir juga resiko waktu tu klu buat di pusat bandar, takut kena kacau oleh polis dan MPKK.itu yang buat jauh.Pada masa tu ramai tak kenal apa tu musik u/g..lagipun sewa dewan Tg Aru ini murah berbanding dgn di KK.First gig u/g di dewan Tg Aru dianjurkan tanpa permit polis..sain mati punya..ha..ha..ha..start dari 2nd gig baru la ada permit polis, itu pun terpaksa bagitahu OCPD yang kami buat ‘battle of the band’ untuk mengasah bakat-bakat remaja yang terpendam dalam muzik Rock..Kalau cakap gig u/g, takut tak lulus permit..ha..ha.ha..Situasi gig masa itu tergantung gig apa yang dianjurkan,klu gig u/g metal,boleh dibilang berapa org yang datang. Kalau gig band2 alternative, penuh la dewan,waktu itu lagi tengah demam muzik Nirvana, Pearl Jam..Pengalaman yang tak dapt dilupakan, aku pernah anjur gig metal crowd hanya 88 orang sahaja.ha..ha..ha..Mengenai band pula, band2 yang main masih kurang pengalaman dalam showmanship,masih malu2 lagi.Aku masih ingat waktu first gig u/g, ramai mat2 Rock yang datang join gig tu,mereka terkejut tengok waktu itu crowd2 headbanging kat depan stage..ada sorang Mat Rock dari Menggatal bisik dengan aku,katanya ‘punya ganas dorang tu brader,goyang2 kepala, ndak paning ka tu brader.’.aku senyum ja..oh ya, second gig di Tg Aru pernah kena rush polis sebab dpt komen dari penduduk sekitar katanya terlalu bising..nasib waktu tu permit dari polis dan MPKK ada.lega bro.

6.Kau juga adalah editor kepada MAD zine.Boleh explain pasal zine tu?(CTH-Berapa isu,band2,artwork,nama etc)

(Jorn)-MAD (Massa Apeal Distortion) Zine relesaed 2 issue.First issue release pada tahun 1995, artwork banyak di ilhamkan oleh Frank Sir You Die, utk fisrt issue aku berganding dgn Gunawan utk siapkan zine ini.dan 2nd issue release tahun 1998 di Indonesia.Dan Joe Arifin Sebagai 2nd editor.2nd issue aku buat split zine dgn Morbid Noise Zine dari Jakarta.Nino Trauma byk bantu dalam nak release 2nd issue ni.aku serah mastercopy dgn dia lepas dia yng relese under Morbid Noise Production. Band2 yang ada dlm 1st issue Thy Serpent, Dessecration, Sodomized, Groinchurn, Goden etc..2nd issue Acheron,Inquistor, Homicide etc.

7.DESPERATE CONTRACIVE...Cerita sikit pasal band ni Jorn.Band ni kira mempunyai nama yang besar di persada Metal Sabah tapi Kenapa tak pernah mengeluarkan material sendiri?

(Jorn)-Band ni ditubuhkan oleh Romi(Guitars) dan Idris (Drums) tahun 1991dengan nama Sepulchral. 1994 aku masuk dan Pada tahun 1995, aku tukar nama ke Desperate Contraceive @DC.susah jugak aku nak expaline kenapa DC tak release material ni..ha..ha..ha..pada waktu itu kedudukan kami jauh2..Romi di Sandakan, Idris di Ranau dan aku, Majid dan Sly di KK..jarang sangat kami dapat lepak buat lagu sendiri.waktu tu sibuk dgn profesion masing2.itu yang ambil jalan mudah bawa cover songs ja lah..ada juga terlintas nak buat lagu sendiri,riff2 dah siap dibuat oleh Sly dan Romie tapi tergendala sbb byk masalah dalaman dan luaran..so, sampai sekarang kami tak ada meterial.Kalau ada rezeki 2010 ni release material Desperate Contaraceive..lagu dah ada.

8.Kau sudah berada didalam Underground(Metal) scene di Sabah sejak tahun 1990an lagi dan boleh la dianggap sebagai 'orang Lama' didalam scene Kita.Apa perbezaan yang kau nampak diantara scene sekarang dan dulu?

(Jorn)-Kalau orang lama si Jojie Dark Power yang lama tu..beliau2 sudah dia tu..ha..ha..ha..gurau ja..(hahahaha...alaa Jie,ketara ba tua suda!haha!-Mr Krusher) banyak perubahan scene dulu dan sekarang. Dulu material lambat dan susah nak dapat,nak tengok live band2 dari Tampa Florida pun susah..video live banyak dapatkan dari kawan2 dari Semenanjung.video death metal mana ada jual kat kedai2. aku rasa video ‘Thrash n Burn’ antara video terbaik ketika itu..punya best dapat tengok video tu.T Shirt pun pada waktu itu buat sendiri ‘handmade’ ha..ha..ha..main lukis logo didepan dan aku rasa dah gah waktu tu.Frank Sir You Die banyak dapat tempahan buat artwork di t shirt time tu.memang cantik kalau di buat,puas hati tau..ha..ha..ha..Dulu nak rakam demo di KK pun sangatlah susah, tidak ada studio yang mencapai standard quality dan paham dengan muzik metal..pernah ketika dahulu studio2 jammnig di KK melarang band2 Death Metal jam sebab dikuatiri instrument akan hancur.Memang waktu tu siapa main muzik death metal dipandang serong dan ganas.Generasi sekarang sudah senang dan semua ada didepan mata, perlu apa2 info buka internet..dahulu memang agak susah nak dapatkan info,dapat info pun dah basi.kaset2 metal yang dijual pun terhad..siapa cepat dia dapat kaset tu..ha..ha..ha..tak sempat beli pinjam la dubbing.sampai tahap kaset2 terpaksa order dari Semenanjung la..

Jorn in action (1996)

9.Ada antara band kita yang kau nampak boleh pergi Jauh?

(Jorn)-Susah nak cakap gak ni,band mana yang usaha lebih pasti akan pergi lebih jauh..kalau band tu malas nak usaha utk hasilkan material..seumur2 mcm tu lah..jadilah band sekadar utk band main performe gig ja..banyak band macam ni termasuk band aku sendiri..ha..ha..ha..Aku tak berapa tahu sangat sekarang perkembangan band2 di Sabah sebab aku di Semenanjung dan sibuk dgn profesi perguruan..Macam Mantak dah go international perlu dicontohi band2 baru yang lain..Di Malaysia kalau nak 100% tumpukan dengan bidang muzik u/g metal ni memang susah nak hidup berbeza dengan di USA dan Europe..nak jadikan musician sebagai profesion, tepaksa berkorban la jadi mainstream band..banyak band2 u/g di Malaysia terpaksa jadi mainstream, itu pun susah nak hidup jugak..so music ni sebagai freelance lah..

10.Kau pernah melanjutkan pelajaran di Indonesia pada akhir 90an dulu dan begitu aktif juga dengan underground scene di sana sampai menubuhkan sebuah band dan sempat juga menganjurkan beberapa gigs Metal disana(kalau tidak silap aku).Cerita sikit pasal scene di Indonesia pada waktu itu Bro.Macam mana kau boleh berkenalan dengan geng2 dekat sana?Sapa yang banyak membantu kau disana?


(Jorn)-Di Semarang, Indonesia aku join community u/g di sana namanya Scattered Brains Society (SBS). Lutfi Debronze Art (Syndrome,Clamity) yang bawa aku join community tu.dia banyak tolong aku dan kenalkan kwn2 u/g disana.selain tu ada beberapa community u/g lain di sana, tapi aku tak kenal sgt.SBS sahaja ada lebih 100 orang ahli.

L-R Ero,Dudi Ordoth and Jorn
(Jakarta 1997)

Community u/g di sana tersusun secara sistematik siap ada ketua, setiausaha, bendahari dan AJK2..lps tu ada meeting lak..ada yuran ahli lagi tu..ha..ha..ha..aku sempat organize gig under SBS,kita bekerjasama secara kolektif..mmg kenangan buat aku..kat Indonesia rasuah sangat dasyat bro..aku dan kwn2 terpaksa bagi wang pelicin kepada ketua polis daerah dan datuk bandar Semarang utk dapat permit gig..klu tak bagi tak akan lulus la permit tu. Scene Indonesia aku akui memang gah dan kat situ akau gelar “Land of Brutal Death’..boleh dikatakan band yang yang ditubuhkan cenderung ke aliran tu..black metal ada la sedikit..itu pun menakutkan jugak,siap puja2 atas stage lagi..bakar kemayan,sembelih arnab utk sacrifice dan bakar sampah pun ada..ha..ha..ha...dasyat betul..sampai hancur2 arnab tu dorang kerjakan..ha..ha..ha..yang aku nak tergelak waktu kat Surabaya ada band black metal sembelih burung merpati..kesian burung tu..nak beli kambing mahal kot..ha..ha..ha..ada yang time gig bawa tulang paha lembu la..kah..kah..kah..tulang lembu korban mana la dorang curi tu..lepas ja habis gig tu mamat2 tu jadi baik lak,lepak2 makan bakso..Ramai kawan2 yang bantu aku di sana antaranya Lutfi Debronze, Frank Grind Buto, Rudy Murdock, Kancil Morbiddust,Sofian Fogflame Records, Gendon Mortal Scream, Samir Slowdeath/Tengkorak, Nino Trauma, Doni Ordoth, Poer Corporation of Bleeding dan byk lagi aku pun dah lupa.

L-R Jorn(Contracive),Kokok(Creation) and Gorge (Slowdeath)
(Surabaya 1998)

11.Cerita juga mengenai band kau di Indonesia iaitu CONTRACIVE..Nama dekat2 sama je gan band kat sini,kurang Desperate aje?hehe...Kenapa menubuhkan band ni?Siapa anggota2 yang terlibat didalam CONTRACIVE ni?

(Jorn)-Contraceive band aku formed kat Indonesia pada tahun 1998.aku tubuhkan band ni lebih kepada konsep thrash metal.Desperate Contraceive lebih ke Death Metal.aku rasa perlu tubuhkan Contraceive kerana pada masa itu aku tengok muzik thrash dah makin dianak tirikan di pentas2 gig di Indonesia,boleh dihitung dengan jari band yang main trash metal pada masa itu, yang lain band2 cenderung ke brutal death.Pada waktu itu band yng cenderung ke Thrash Metal antarnya Betrayer, Mortus, Syndrom dan Violator..Aku diketawakan bila nak buat band thrash, kawan2 cakap aku ketinggalan zaman.

Darknest Hourst gig
(Yogyakarta 1998)
Pada masa tu demam brutal death memang tak dapat nak kawal, sehingga dorang ni lupa kepada roots muzik, kebanyakkan poser yang berlagak lebih dan mereka rasa mereka lah pendengar muzik yang paling heavy..itu yang jadi bodoh sombong..aku pernah diminta berhentikan show oleh crowd time gig di Semarang, katanya tak Brutal..pada waktu tu Contarceive lepas cover lagu Sepultura ‘Warrior of Death’..memang aku akui yang band brutal death berlambak kat Indonesia tetapi hanya sedikit yang ada quality, yang lain main hentam je,lirik lagu pun tak da..harap growl ja hebat..waktu itu line up Contraceive dipinjam dari Radical Corpse iaitu Rudy Murdock guitar, Nophie Lead Guitar dan Yus Drums.dan Peng Q bass dari Judas Iscariot.

Jorn with Slowdeath in Inferno Studio
(Surabaya 1998)


12..Lepas kau balik dari Indon..apa yang kau nampak dengan scene Metal di Sabah?

(Jorn)-Lepas balik dari Indon, aku tengok banyak perubahan scene Sabah ni, banyak band2 baru muncul dan organizer2 gig pun makin maju.Gig dah dianjurkan ditempat yang lebih baik dari sebelum ini..Band2 berlumba2 release material dan gig pun makin rancak dianjurkan dan crowd makin ramai datang support gig..scene u/g muncul di pekan2 kecil macam di Keningau, Ranau, Tuaran, Menggatal etc dan boleh dikatakan sekarang u/g scene sudah ada dimerata-rata tempat di seluruh Sabah..aku respect dengan perubahan macam ini.ada pelapis utk teruskan perjuangan dalam seni muzik u/g metal.

Live in Semarang (1998)

13.Ok..sebelum tutup kes..Tak teringin ke nak tengok scene Sabah ni mempunyai identity sendiri seperti Gothenburg,Tampa ataupun Belo Horizonte?

(Jorn)-Memang aku nak tengok scene sabah ni ada identiti sendiri, tapi aku rasa lama lagi nak dapat mencapai identiti ni,mesti kena kerja keras jugak untuk mencari identiti sound sabahan metal..ok Mr Krusher..thanks for interview.keep our metal flag standing by ROAR..

JORN CONTRA



Alrite,Itu sajalah dulu cerita2 Aku dengan Jorn..maaf ianya agak ringkas tetapi Aku yakin banyak pengalaman yang kita boleh share dengan beliau menerusi interview ini..Dan untuk JORN!!!Terima Kasih sebab sudi meluangkan masa untuk crushingearstone.blogspot.com!!!!Seperti sedia maklum beliau agak kurang sihat sejak 6 atau 7 tahun lalu dan harapnya beliau cepat sembuh dan kembali mengganas di persada Ekstrim Metal tempatan!!!

EMAIL
jorncontra@hotmail.com


TTIP MYSPACE SITE
www.myspace.com/jornjoe

Friday, November 13, 2009

MILITANT ATTACK

Sebuah band Old School Thrash Metal dari Kuching yang menggelarkan diri mereka sebagai MILITANT ATTACK ditubuhkan pada tahun 2007!MILITANT ATTACK tampil dengan watak yang begitu berbeza sekali berbanding band band Kuching yang lain!

MILITANT ATTACK

Sungguhpun baru 2 tahun menggila di persada scene Ekstrim Metal tanah air Mereka sudahpun melahirkan 3 buah demo iaitu Violent Riot Demo,Mortal Slave Rehearsal Demo (Kedua2nya pada tahun 2008!) dan yang terbaru ialah Hostile Takeover Demo (2009)!

MILITANT ATTACK

Band yang dipegaruhi oleh Vio-lence,Nuclear Assault,Testament,Sacred Reich,Megadeth dan yang sewaktu dengannya ini juga besar kemungkinan adalah satu satunya band ‘retro Thrash’ yang wujud di bandaraya Kuching pada masa ini!So..Watch out your back or die by the Thrash attack from Cat Fucking City!!!



MILITANT ATTACK
Junk-Guitar
Worm-Guitar
Matt-Vox
Kevin-Drums

Boy Achong-Bass


DISCOGRAPHY

1. VIOLENT RIOT Demo (2008)

2. MORTAL SLAVE Rehearsal Demo (2008)

3. HOSTILE TAKEOVER Demo (2009)


HEADQUARTERS
– Kuching


INFO

http://www.myspace.com/militantattack

BUTCHERER

Aku sebenarnya sudah lama mengetahui akan kewujudan BUTCHERER sejak zaman ‘surat-menyurat’ lagi.Jadi nama band ni tidaklah begitu asing lagi buat Aku.Ingatkan band ni dah mati rupanya masih lagi hidup dan aktif juga menghancurkan pentas2 disekitar Sarawak!
BUTCHERER ditubuhkan di daerah Matu(Sarawak) pada tahun 1994.Mereka memainkan muzik yang berkonsepkan Brutal Doom Death Metal.Sebenarnya Aku sendiri pun tak pasti macam mana bunyi ‘Brutal Doom Death Metal ni?Tapi besar kemungkinan adalah ‘sound Black Metal dari Greece’. Kerana muzik mereka sememangnya banyak pengaruh daripada bunyian ‘Greek Black Metal 90an’!

Influence utama mereka adalah seperti Rotting Christ,Varathron dan yang sewaktu dengannya.(Nah!Confirm lah Greek sound!!..hehe)
Biarpun sudah lama ditubuhkan BUTCHERER hanya melahirkan demo pertama mereka pada tahun 2000 yang bertajuk GABANG GHOST yang mengandungi dua buah lagu iaitu ‘Sacrifice to lord of hell’ dan ‘Misteri Lubuk Puaka’.
Dikhabarkan BUTCHERER akan kembali ke studio untuk merakamkan material kedua mereka pada tahun ini Cuma Aku tidak berapa pasti dalam bentuk apakah ianya akan dikeluarkan.BUTCHERER adalah salah satu nama yang masih bertahan didalam kelompok UNHOLY TRIANGLE!!!


BUTCHERER
Jarrot – Guitar
Amen-Guitar/Vox

Amo-Bass
Anam-Drums


DISCOGRAPHY

GABANG GHOST Demo (2000)


HEADQUARTERS-Matu

INFO

http://www.myspace.com/butcherer94

IMMOLATE

IMMOLATE..merupakan band underground yang ditubuhkan tahun 1998 di Kampung Tian Matu,Mukah Sarawak..Semasa awal penubuhan IMMOLATE line-up asal iaitu BAALZEBUB(VARAHIEM),AER-ELLY(PILI) anak jati kaum Melanau Matu..Lebih Senomnim dengan music black/thrash metal…Banyak di pengaruhi Band Oversea iaitu Mortuary Drape,Burzum,Kreator,Bathory dan tak lupa juga band eastern metal seperti as-sahar,langsuyr,hayagriva dimana masa itu band ini mempunyai hala tuju dan perjuangan ketimuran…Bagi Immolate Band WORSHIP adalah band idola mereka di sebabkan band tersebut adalah satu-satunya band UNDERGROUND yang lahir di Kampung Tian yang berkonsepkan death metal music..Selalu bertukar pendapat dengan band WORSHIP akhirnya IMMOLATE melahirkan lagu sulung yang berjudul Onslaught infinity…lirik berunsur peperangan antara kemarahan haiwan klon dan manusia berjiwa iblis…walaupun liriknya seolah-olah berfantasi, tetapi ianya di buat untuk kesedaran kita jika kita mementingkan ego, apa-apa boleh berlaku tanpa di sekat diri sendiri Lirik serta lagu tersebut adalah hasil dari BAALZEBUB(VARAHIEM)…Lagu ini tidak dikeluarkan atas sebab hasil rakaman yang tidak memuaskan. Tentera IMMOLATE tahun 2000 merekrudkan MAYHEMMAT(AMED)- guitar/voice, BARNABAZ(MADIR)-DRUMIMMOLATE semakin kukuh dengan kelebihan MAYHEMMAT (AMED) yang kebetulan minat menerusi pengubahan lirik yang berunsurkan cerita-cerita mistik dan alam bomoh kaum melanau kuno. Hampir kesemua lirik IMMOLATE adalah hasil perahan idea urat otak MEYHAMET(AMET) yang merupakan vocalist utama IMMOLATE. Terdapat juga lirik yang disumbangkan oleh line up ISTIDRAJ dari Singapura iaitu Ian selaku vocalist band tersebut.Menurut kata amet,lagu yang dihasilkan olehnya banyak dipengaruhi oleh unsur seperti etnik dan kepercayaan suku kaum Melanau Pagan.Lirik yang dihasilkan juga diselitkan dengan perjalanan semasa sakaratul maut dan pesirtiwa malam kliwon.Terdapat pelbagai pengajaran melalui penghayatan lagu tersebut.

Setelah sekian lama BARNABAZ(MADIR) Hidup dalam IMMOLATE, Band ANUM berkonsepkan pop rock melanau berminat megambil beliau untuk posisi drum band tersebut. Pendapat beliau menyertai band ANUM tiada salahnya hanya mengambil pengalaman disebabkan IMMOLATE jarang berkumpul setelah beliau banyak masa di Bandar Sibu di sebabkan faktor kerja. Pengalam BARNABAZ bersama band pop rock melanau ini sempat mengetuk drum padu khas untuk penggemar music pop rock melanau sekitar dua gig dan selalu juga jamming bersama band tersebut pada masa permulaan band ANUM. Pengasas band IMMOLATE iaitu BAALZEBUB (varahiem) ialah tulang belakang band ini.Kesemua susunan serta perubahan lagu adalah dari petikan gitar BAALZEBUB dan pertolongan MAYHEMMAT. Lagu IMMOLATE IN NIGHT CLEWOON adalah yang paling banyak di ubah berbeza dari lagu-lagu yang lain,ia di ubah sehingga 4 kali. Bagi pendapat BAALZEBUB penciptaan lagu yang dibuat dia adalah mempunyai nilai,jiwa,kekuatan tersendiri. Selama berkecimpung dalam music underground ini persahabatan underground adalah yang paling menarik. Sesiapa yang sejiwa underground sahaja yang mengetahui apa itu sahabat dalam underground. Kami mudah bercampur walaupun tidak kenal antara satu sama lain,music adalah menyatukan kami. Line up baru yang di masukkan tahun 2009 iaitu BLACK (FARID) di masukkan posisi bassist IMMOLATE setelah AER-ELLY(PILI) menyuarakan pengunduran beliau dalam IMMOLATE… Latar belakang BLACK(FARID) iaitu selaku one man band kumpulan SON OF DARKNESS. Bertunjangkan music Viking metal. Berinfluencedkan band amon amath,bathory dan seangkatan music Viking di sekitar dunia ni. Pernah menyertai gig PRIMEAR tahun 2004 semasa band SON OF DARKNESS masih berinfirasikan music black/death metal band..

Immolate without Corpse paint

IMMOLATE
Mayhemat – Vocal
Black – Bass
Ba’alzebub – Guitar
Barbabaz – Drum


HEADQUARTERS-Matu

INFO
http://www.myspace.com/immolatetian


NOTE
Diambik 666% daripada bio mereka!

ROB-BLITZ

Aku menggelar band ni sebagai ‘Anak angkat’ UNGODLY DEATH.Kenapa?Sebab dari segi muzik,liriks dan juga cara pembawaan mereka sememangnya 90% mengikut UNGODLY DEATH dan ditambah lagi watak Manny(UNGODLY DEATH) yang boleh dianggap sebagai ‘penasihat’ kepada band ni.Begitu juga dengan nama band ni ‘ROB-BLITZ’ juga diberi oleh Manny(UNGODLY DEATH) sendiri kepada mereka.
ROB-BLITZ ditubuhkan pada tahun 1998 di Kuching dengan memainkan muzik Metal-Core dan kemudian menukar rentak mereka kearah Death Metal setelah dihasut oleh Orang kuat UNGODLY DEATH Manny!!

Demo pertama mereka dilahirkan pada tahun 2002 yang bertajuk ‘From the beginning to the Ancient’ yang mengandungi 5 buah lagu.Dan material kedua mereka dikeluarkan pada tahun 2004,namun demo kedua mereka ini hanyalah menyajikan lagu-lagu cover daripada band idola mereka iaitu UNGODLY DEATH..Tajuk pun ‘Tribute to Ungodly Death’ jadi material kedua ini bolehlah dianggap sebagai rakaman penghormatan mereka terhadap UNGODLY DEATH!!!
ROB-BLITZ adalah antara band extreme Metal Kuching yang begitu aktif sekali menjahamkan stage-stage di sekitar Sarawak!
Sekarang ROB-BLITZ tengah dalam perancangan untuk merakamkan material ketiga mereka pada bila-bila masa saja dari sekarang!Tunggu hentaman Death Metal dari ROB-BLITZ!!!


ROB-BLITZ
Mr Cael-Vox
El-Guitar
Boy-Guitar
Sheriff-Bass

DISCOGRAPHY
1. FROM THE BEGINNING TO THE ANCIENT Demo (2002)
2. TRIBUTE TO UNGODLY DEATH Demo (2004)

HEADQUARTERS-Kuching

INFO
http://www.myspace.com/robblitz

SACRAMENT


Ini band ditubuhkan pada tahun 2000 dengan menggunakan nama THE END sebelum menukarnya kepada SACRAMENT pada tahun 2006 seperti yang dikenali sekarang.
Semasa THE END mereka sempat melahirkan seketul demo yang bertajuk ‘Symbols Of Suffering’ pada tahun 2005.Di dalam demo ini konsep mereka lebih kepada Grind/Death Metal.Mereka juga sempat mengadakan beberapa persembahan pentas di sekitar Kuching semasa THE END.
Tidak lama selepas ‘Symbols Of Suffering’ demo keluar dua orang anggota mereka iaitu Korneli dan Lan bertindak meninggalkan band ini dan ini menyaksikan kemasukan Ritchie(MENTALLY MURDERED) sebagai sessionist drum.
Selepas menghadapi pertukaran line up Mereka kemudiannya menukar nama band ni daripada THE END kepada SACRAMENT lantas menukar konsep mereka lebih kearah Death/Thrash Metal!
SACRAMENT merakamkan dan mengedarkan demo kedua mereka(pertama menggunakan nama SACRAMENT)pada tahun 2006 yang bertajuk ‘Religious Plague’.
Dan selepas demo ‘Religious Plague’ ini keluar Mereka membawa masuk Afzal dari Kherow selaku drummer baru mereka menggantikan tempat Ritchie.
Mereka aktif bermain gigs-gigs sekitar Kuching dan pernah menjadi ‘supporting act’ untuk band-band ternama Malaysia seperti SIL KHANNAZ,LANGSUYR,HAYAGRIVA etc.
SACRAMENT buat masa ini didalam rangka kerja untuk keluaran ketiga mereka namun Aku tak pasti bilakah ianya akan keluar.Dari sumber yang Aku dapat kali ni muzik SACRAMENT akan lebih kearah old School Death Metal seperti BOLT THROWER,TERRORIZER,DEICIDE dan yang sewaktu dengannya..Sama-samalah kita tunggu yeee…

SACRAMENT
Alex Jayson – Vox
Boi Billy – Bass
Dwin – Guitar
Afzal – Drums

DISCOGRAPHY

1. SYMBOLS OF SUFFERING Demo (2005)
2. RELIGIOUS PLAGUE Demo (2006)

HEADQUARTERS
-Kuching


INFO
www.myspace.com/kayau

DESPERATE CONTRACIVE

DESPERATE CONTRACIVE (2003)

DESPERATE CONTRACIVE
adalah sebuah nama yang begitu gah sekali di Sabah terutamanya pada zaman pertengahan 1990an.Pada masa itu DESPERATE CONTRACIVE merupakan band yang sering menjadi perhatian di gigs-gigs sekitar Kota Kinabalu dan merupakan band yang seringkali mendapat sokongan yang ramai daripada crowd-crowd pada masa itu!DESPERATE CONTRACIVE juga adalah band yang melibatkan seorang ‘nama besar’ di scene Metal KK pada pertengahan 90an iaitu Jorn(TWIN TOWERING INFERNO PRODUCTIONS/MAD ZINE).
Band ini sebenarnya sudahpun ditubuhkan sejak tahun 1991 lagi di daerah Ranau(Tempat band ni mula bertapak)oleh saudara Romie(Yang juga guitarist kepada satu lagi band Death Metal hebat dari Sabah MORTUARY ANCESTOR)dengan menggunakan nama SEPULCHRAL yang berkiblatkan irama Thrash Metal..Namun pada masa itu mereka hanya banyak memainkan lagu-lagu cover dari Metallica, Anthrax dan sewaktu dengannya.Line up mereka pada masa itu adalah Romie(Guitar),Anto(vox/bass) dan Idris(Drum).
Mereka kemudiannya menukar nama mereka kepada DAMNATION pada tahun 1994..sebab apa?Aku pun tak tau..Kena Tanya Romie sendiri.
Band ni hanya menggunakan nama DESPERATE CONTRACIVE pada tahun 1995 setelah kemasukkan dua ‘orang kuat kk’ iaitu Jorn dan Sly.Dimasa inilah DESPERATE CONTRACIVE mula mencipta nama di dalam scene bawah tanah Sabah dengan begitu aktif sekali menggegarkan stage-stage sekitar Kota Kinabalu pada waktu itu!!


DESPERATE CONTRACIVE(1996)

DESPERATE CONTRACIVE mula senyap setelah front man mereka Jorn melanjutkan pelajaran di Indonesia pada akhir 1996.Namun mereka sempat juga bermain sebuah show di Sandakan pada tahun 96/97(Tak ingat mana yg betul) dengan menggunakan khidmat vokalis daripada THY ONLY KNIGTH iaitu Azhar@Ajai menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Jorn untuk sementara waktu.
Di Indonesia,Jorn ada membuat sebuah band iaitu CONTRACIVE dan begitu aktif juga disana.Namun tidak pula dapat dipastikan samada CONTRACIVE ini adalah kesinambungan daripada DESPERATE CONTRACIVE ataupun sebuah ‘band yang berbeza’?

CONTRACIVE(Neo-Desperate Contracive)

Setelah hampir 9 tahun senyap daripada menghancurkan pentas di Kota Kinabalu,DESPERATE CONTRACIVE kembali membuat persembahan pertama mereka sejak 9 tahun di gigs SUPREME SONIC anjuran daripada gabungan TWIN TOWERING INFERNO PRODUCTIONS dan METAL BLITZ ENTERTAINMENT!!Di show ini hanya Sly,Romie dan Jorn line up yang asal disamping meminjam khidmat daripada Zul(MISCUSI/SPLATERRED SOUL)di posisi bass dan Suhaimi(EVILYN INCARNATE/VICIOUS ENTITY/EX-MI SCUSI)di posisi drum.Sambutan?Memang Membunuh!!!Namun kembali senyap selepas itu sebelum kembali lagi pada tahun 2008 lalu untuk gigs 14 tahun TWIN TOWERING INFERNO PRODUCTIONS!!!
Terbaru,Mereka kini sedang dalam pembikinan material pertama mereka yang dijangka akan keluar pada tahun hadapan(2010)!So..Sama samalah kita tunggu!!!

Jorn(Orang Kuat Desperate Contracive!)

DESPERATE CONTRACIVE (SEPULCHRAL)-1991-
Romie-Guitar(MORTUARY ANCESTOR)
Anto-Bass/Vokal
Idris-Drum

DESPERATE CONTRACIVE
Jorn-Vokal

Romie-Guitar
(MORTUARY ANCESTOR)
Sly-Guitar


SESSIONIST

Shaun Yazeed(MANTAK/CROWN OF HORNS)-Drums
Kevin ( MANTAK/CROWN OF HORNS/EX-UNLIGHT DAWN)-Bass



DISCOGRAPHY

BLIND CONSPIRATION Demo (1999)


HEADQUARTERS
-Kota Kinabalu


INFO
jorncontra@hotmail.com
JORN

INFECTED

INFECTED(2009)

INFECTED secara rasminya ditubuhkan pada penghujung tahun 1998 selepas salah seorang anggota AZARIAL secara kebetulan telah bertemu dengan salah seorang anggota BEGOTH. Pertemuan ini secara tidak sengaja apabila Razlee diajak oleh adik(Din) kepada Hamzah yang terdahului mengenali Limat untuk jamming bersama. Sesi jamming tanpa dirancang telah bertukar menjadi serius untuk menubuhkan sebuah band yang berkonsepkan Death/Thrash Metal dengan dipengaruhi stail SEPULTURA(lama) dan SLAYER. Line up pada ketika itu adalah Limat(BEGOTH) sebagai vocal/gitar, Hamzah diposisi bass/vocal, Halim bermain gitar dan Razlee sebagai pemain dram. Halim dan Hamzah merupakan adik beradik yang memang meminati irama metal tetapi belum pernah menubuhkan atau join mana2 band lagi. Perkenalan Hamzah dengan Limat ketika bekerja di tempat yang sama membawa kepada keinginan untuk penubuhan band. Impian ini berjaya direalisasikan apabila adik kepada Hamzah memperkenalkan Razlee kepada mereka.

INFECTED(1998)

INFECTED aktif jamming dan juga pernah bermain di fun fair Sipitang. INFECTED juga pernah menyertai battle of the band daerah Sipitang secara suka-suka tanpa menghiraukan sama ada menang atau tidak, dengan tujuan untuk memperkenalkan INFECTED kepada metalhead daerah Sipitang. Kewujudan INFECTED telah sampai ke pengetahuan saudara Cozenn pemilik METAL BLITZ ENTERTAINMENT sebagai penganjur gigs yang aktif. Ini membawa kepada jemputan untuk menyertai gigs di Kota Kinabalu pada awal tahun 2000.
Perancangan untuk melahirkan demo memang ada memandangkan keserasian semua INFECTED semakin kuat. Malangnya hasrat ini tidak tercapai setelah Razlee menarik diri daripada INFECTED untuk mendirikan rumahtangga pada tahun 2003. Ditambah malang INFECTED gagal untuk mencari pengganti beliau oleh kerana daerah Sipitang kekurangan pemain dram yang serius bermain irama metal. Semenjak itu, INFECTED tidak aktif, saudara Limat(BEGOTH) juga menarik diri kerana komitmen dengan keluarga dan kerjaya. INFECTED hanya tinggal dua beradik yang masih aktif mencari line up baru.
Tahun awal 2009 membawa perkhabaran gembira untuk INFECTED apabila Razlee kembali aktif bermain muzik. Ditambah lagi Hamzah berjaya membuka sebuah studio iaitu ARTPUTRA MUSICAL TRAINING CENTRE untuk jamming dan rakaman juga perniagaan percetakan untuk baju, banner, kad kahwin dan lain-lain. Situasi ini menaikkan semangat INFECTED untuk terus aktif dengan kemudahan studio sendiri. Kali ini INFECTED masih dengan anggota asal, hanya Limat(BEGOTH) tidak lagi bersama mereka. Tugas vocal digalas sepenuhnya oleh saudara Hamzah. Pengaruh muzik masih lagi ke arah SEPULTURA(lama). Namun kali ini lebih ke arah death yang agak teknikal. Perancangan untuk melahirkan stuff kembali membara. Ada beberapa lagu telah berjaya disiapkan,Hanya menuggu masa yang sesuai untuk dirakamkan!


INFECTED

Hamzah-vocal/bass
Halim-guitar
Razlee-drums

INFECTED(1998-2002)

Limat(BEGOTH)-vocal/guitar
Halim-guitar
Hamzah-bass/vocal
Razlee-drums


HEADQUARTERS-Sipitang


NOTE
Petikan ini diambik bulat-bulat daripada bio mereka!

AZARIAL


Band yang menggelar diri mereka AZARIAL ini wujud sekitar tahun 1995 dianggotai oleh dua orang sahabat iaitu Razakh(gitar) dan Razlee(drum/vocal).
Sebelum AZARIAL mereka mereka menggunakan nama BURZUYAH sebagai moniker pada tahun 1994 dengan line up yang sama kecuali di posisi vocal iaitu Roszan. Dan hanya menukarnya kepada AZARIAL apabila Roszan menarik diri pada tahun 1995.
Semasa menggunakan nama BURZUYAH,mereka lebih berkonsepkan black/death metal dengan pengaruh dari DARK THRONE, ROTTING CHRIST, MARDUK etc dan bila menukar kepada AZARIAL, konsep mereka lebih kearah Death Metal dengan sedikit pengaruh Grind(Kira Grind/Death ah). AZARIAL pernah melahirkan sebuah Promo reh yang bertajuk ‘The Arisen’ pada tahun 1996 yang mengandugi 3 buah lagu termasuk sebuah lagu hasil ciptaan daripada Suhaimie (NEUROSIS/DEATHROBE/MANGGAS).The Arisen demo mendapat sambutan yang agak baik oleh metallers Beaufort dan Membakut ketika itu.
AZARIAL mula senyap apabila guitarist mereka Razakh berhijrah ke semenanjung Malaysia pada tahun 1997 dan ditambah lagi dengan perpindahan Razlee ke daerah Sipitang yang menyebabkan mereka sukar untuk bergerak.Line up mereka ada menubuhkan sebuah lagi band selepas AZARIAL iaitu INFECTED.
Razlee


AZARIAL

Razlee – Drum/Vokal
Razakh – Gitar

DISCOGRAPHY
THE ARISEN Promo Demo (1996)

HEADQUARTERS – Beaufort

INFO
Razlee Kassim

SMK Pangiran Omar
Peti Surat 29
89857 Sipitang
Sabah
Malaysia
razlee77@gmail.com

NOTE
Thanks to Razlee for the info!!!

Tuesday, November 10, 2009

KERUNTUK


Band yang ditubuhkan pada tahun 2005 ini adalah bekas side projek Brian (MENTALLY MURDERED dan DYSFUNCTIONAL HARMONIZER).
Mereka menggelarkan konsep muzik mereka lebih kearah Black/Thrash/Death Metal.Tapi dari telinga Aku macam lebih kearah Black Metal jak.

Pada tahun 2007 tiga orang anggota asal mereka iaitu Brian,Boy Gavin dan T-Mun membuat keputusan untuk meninggalkan band ni disebabkan beberapa masalah dalaman mereka dan meninggalkan Pet keseorangan sebelum menarik seorang anggota INSACRED untuk membantu beliau.
Apapun tidak banyak yang dapat diperkatan mengenai KERUNTUK kerana mereka masih terlalu baru lagi didalam scene namun setakat ini mereka sudah melahirkan dua ketul demo iaitu ‘No room for the deaf’ dan baru2 ini mengeluarkan satu self title demo dibawah Eastern Voice Productions!

KERUNTUK

Pat - Vocal, Guitar & Bass
Voon - Drums
EX-MEMBERS

Boy Gavin - Vocal
T-mun - Bass
Bryan – Drums


DISCOGRAPHY
1.NO ROOM FOR THE DEAF Demo (2005)
2.SELF TITLE Demo (2009)-Eastern Voice Productions


HEADQUARTERS
– Kuching

INFO
http://www.myspace.com/keruntuk

Thursday, November 5, 2009

DARK POWER (INTERVIEW)


Seperti yang Aku janjikan sebelum ini,Disini aku sajikan sebuah interview bersama pengasas kepada band DARK POWER dan juga Orang Lama didalam scene Metal Sabah ini!!Ini adalah interview yang julung kali dibuat bersama DARK POWER!!!!Dan diharap segala 'kemisterian' tentang mereka sudah terjawap didalam interview ini!!!Thanks alot to Bro Jojie kerana sudi meluangkan masa untuk menjawap soalan2 Aku!!!!!!Jom Teruskan!!!


1. Salam Bro,Apa buat sekarang?Nampak macam makin sihat?hehe..
(Jojie)-Salam Bro..Bukan sihat ni Bro…Ni fizikal yang boleh bawa penyakit..Tapi sekarang ni hari-hari p gym..buang apa yang patut Bro…

2. Masih layan Metal lagi?
(Jojie)-Masih layan Metal Bro…Tetap dan berpencen..Nda berpaling arah ni..STAY METAL!

3.Kau telah lama berkecimpung di dalam scene metal bawah tanah Sabah ni dan bolehlah dianggap sebagai ‘veteran’ yang hidup di era generasi pertama scene kita.Boleh cerita sikit macam mana mula-mula layan muzik berat ni dulu?Dalam tahun berapa?
(Jojie)-mmm…Sebelum masuk Rock/Metal,Saya lebih kearah electro pop…band icon..DEPECHE MODE..Sampai sekarang masih minat Bro.Jatuh cinta sama metal ni Bro..pada tahun 1986..masa tu tu 1st time dengar METALLICA album Master of Puppet-Metallica sama Sepultura..Kaset2 dibawa oleh kawan masa dia balik bercuti study dari Australia..Dari sana Saya import kaset2 dari sana pasal di KK time tu belum ada.Yang ada Cuma rock2 jiwang.1986 dengar band Onslaugth,Venom,Megadeth..banyak lagi Hardcore/speed/Thrash Metal..1989 baru starts band2 yang lebih heavy..Death metal/grindcore/industrial.Demo2 Saya lebih kepada stail GODFLESH.Saya guna drum machine masa tu.Saya lebih kearah Solo Musician.

4. Macam mana keadaan scene metal di Sabah(KK khususnya)pada masa tu?Banyak ka band Metal yang wujud? Authority masa tu macam mana?Ada takut2 tengok kamu?Ataupun muka ‘lain macam ja’ kalau nampak group kamu masa tu?hehe
(Jojie)-mm..Time 1986 tu Bro..macam belum ada band2 metal…Tapi peminat2 Metal tu dah ada..Kebanyakkan terdiri daripada student-student universiti dan executive2.Time tu juga authority pun tak kacau lah..pasal kami tak kacau orang..bab appearance pun tak lah ganas sangat..Cuma pakai jean dgn baju hitam..Imported Metal Tshirt..thru mail order Bro.
Masa tu..Orang boleh nilai mana stail rock dan mana Metal…Metal simple jah…And rock U tau lah Bro…kena pakai Jean yang ketat & banyak accessories.Mmm Boleh dikatakan Metallers time tu dari golongan pekerja2 executive/pelajar2 Universiti. Appearance Saya pun tak nampak macam Metal juga Bro..smart casual.Tidak semestinya Metal kena ubah cara pakaian..Saya praktik the real ‘Underground’..Banyak orang tak sangka..Waahhh ko heavy juga ahhh….(hahaha-ED)

Jojie(Dimasa muda)

5. Seperti sedia maklum,Kamu ada menubuhkan sebuah band yang bergelar DARK POWER pada tahun 80an dulu.Musik kamu sebenarnya lebih kearah apa? Influence pula band apa?
(Jojie)-mmm...DARK POWER tu actually asal dari nama lagu yang Saya dengan satu member jamm selalu..Dari sana kena panggil DARK POWER.Nama band tu AGRESSOR..AGRESSOR tu macam kearah Thrash/Death Metal.DARK POWER Cuma dua orang jah member Bro..Saya guitarist & Zaini drummer.(Kalau gitu ada lg ni sebelum DP-ED)

6. Setahu Aku,DARK POWER tidak pernah mengeluarkan material sendiri dizaman kamu aktif.Kenapa begitu?Atau mungkin ada tapi kami tidak mengetahuinya?..DARK POWER ada buat lagu sendiri ka masa tu?
(Jojie)-Ada juga lah lagu2 buat sendiri..Tapi kami nda ambik serius..Nda ingat sudah lagu2 kami tu..Buat secara spontan jah di studio jamming TG Aru kepunyaan Aband si Zaini.

7.Dimasa zaman kamu,ada lagi sebuah band yang berasal daripada Labuan bernama NECROHELL yang memainkan rentak Death Metal dan pernah mengeluarkan dua buah demo.Dari apa yang Aku dengar Kau agak rapat juga dengan dorang ni..Boleh cerita sikit pasal band tu?
(Jojie)-mmm..Nda berapa ingatlah band Labuan tu Bro…Saya rapat dengan MORBIUS@TORMENTOR..Time tu dorang masih Rock..Tapi mula bergerak kearah underground.

8.Sekarang scene dah semakin maju,kemudahan pun dah semakin banyak..band2 baru amat senang sekali mempromosikan band mereka.Hanya dengan ‘menekan mouse’ satu dunia dah boleh tau mengenai band itu..Jauh sekali dengan zaman 80an dulu…Apa pandangan kau mengenai perkara ni?Positif atau negative?
(Jojie)-Bagi Saya POSITIVE..Dulu pakai fanzine jah..Mana ada HP gan Internet time tu. RTM music FM pun hari2 promo Metal dari Jan 2 sampai 5. Senang dah dorang..Ok Juga tu.

9.Apa band Metal dari Sabah yang menarik minat kau dimasa ini?
(Jojie)-Band Metal sekarang..mmm…Nda tau Bro…Nda ambik perkembangan..Insyaalah Saya ikuti perkembangan. MORBIUS masih lagi okay..N KLASIK!!!

10.Bah..Itu sajalah Bro..Aku pun nda mau ganggu kau lama sangat..Last sekali,Ada harapan ka tengok DARK POWER mengganas kembali di masa terdekat?
(Jojie)-DARK POWER..Sentiasa ada sampai sekarang..DARK POWER Cuma one man band..DARK POWER IS JOJIE AND JOJIE IS DARK POWER…Saya bergerak sendiri jah Bro…’Lone Musician’.
Tunggu perkembangan Saya di reverbnation/youtube..TAURUS69 A.K.A DARK POWER.Tengah dalam proses buat lagu yang bertajuk Seventh heaven Seventh Hell inspired by Iron Maiden’s Seventh son of the seventh son…Lain2 title macam Dark Power dan Hatred…Tapi campur2 Bro..Genre Metal/Electro pop/New age/Ambient.(Cool!!-ED).Tunggu special tools untuk kasi complete Bro..NO RUSH!!!!!

#Last word dari dia- SALAM METAL!!!!