Aku sebenarnya sudah lama mengetahui akan kewujudan BUTCHERER sejak zaman ‘surat-menyurat’ lagi.Jadi nama band ni tidaklah begitu asing lagi buat Aku.Ingatkan band ni dah mati rupanya masih lagi hidup dan aktif juga menghancurkan pentas2 disekitar Sarawak!
BUTCHERER ditubuhkan di daerah Matu(Sarawak) pada tahun 1994.Mereka memainkan muzik yang berkonsepkan Brutal Doom Death Metal.Sebenarnya Aku sendiri pun tak pasti macam mana bunyi ‘Brutal Doom Death Metal ni?Tapi besar kemungkinan adalah ‘sound Black Metal dari Greece’. Kerana muzik mereka sememangnya banyak pengaruh daripada bunyian ‘Greek Black Metal 90an’!
Influence utama mereka adalah seperti Rotting Christ,Varathron dan yang sewaktu dengannya.(Nah!Confirm lah Greek sound!!..hehe)
Biarpun sudah lama ditubuhkan BUTCHERER hanya melahirkan demo pertama mereka pada tahun 2000 yang bertajuk GABANG GHOST yang mengandungi dua buah lagu iaitu ‘Sacrifice to lord of hell’ dan ‘Misteri Lubuk Puaka’.
Dikhabarkan BUTCHERER akan kembali ke studio untuk merakamkan material kedua mereka pada tahun ini Cuma Aku tidak berapa pasti dalam bentuk apakah ianya akan dikeluarkan.BUTCHERER adalah salah satu nama yang masih bertahan didalam kelompok UNHOLY TRIANGLE!!!
BUTCHERER
Jarrot – Guitar
Amen-Guitar/Vox
Amo-Bass
Anam-Drums
DISCOGRAPHY
GABANG GHOST Demo (2000)
HEADQUARTERS-Matu
INFO
http://www.myspace.com/butcherer94
Friday, November 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment