Thursday, November 5, 2009

THE GLORIOUS NAKADNAS!!

‘The Glorious Nakadnas’..Itulah jolokan kepada scene Metal di sebelah pantai timur Sabah iaitu Sandakan satu ketika dulu!Sandakan sememangnya sebuah daerah yang begitu sinonim dengan scene Metal mereka yang begitu aktif sekali terutamanya pada akhir pertengahan tahun 90an dulu dengan melahirkan begitu banyak sekali band2 Metal yang hebat dan merupakan pangkalan Metal kedua terbesar di Sabah selepas Bandaraya Kota Kinabalu.

Pada akhir pertengahan tahun 1990an selepas scene Metal di Kota Kinabalu senyap buat seketika,Sandakan seolah2 bangkit untuk ‘merampas takhta’ sebagai sebuah pengkalan Metal yang berkuasa di Negeri Sabah ini!.Dengan melahirkan nama2 yang besar dan disegani seperti MORTUARY ANCESTOR,BARBALANS,PERPETUAL,KERRASUK,KILATUS,DIRE SILLHOUTE,PRAKANS,TANGKAL HITAM,ZALNABUR,KARKAPAN,DISTRUST dan banyak lagi sememangnya membuktikan bahawa Sandakan adalah satu pengkalan Metal baru yang bertapak di pantai timur Sabah!

Aku sebenarnya kurang pasti bagaimana scene ekstrim Metal disana bermula,Namun dari pemahaman Aku KERRASUK adalah antara band pelopor yang terawal sekali memuntahkan irama Ekstrim Metal disana sebelum timbulnya band2 yang lain pada awal 90an dulu.

Aku masih ingat lagi semasa akhir pertengahan tahun90an dulu dimana hampir kesemua Metallers di Sabah memandang kearah Sandakan sebagai sebuah headquarters besar yang sangat aktif dengan kegiatan Metal mereka.Perkara ini bukan sahaja terjadi kepada para Metaller di Sabah malahan juga di keseluruhan Malaysia!Dimana waktu tu begitu banyak band2 yang berasal daripada Sandakan ditampilkan di fanzine2 seluruh Negara.

KERRASUK, MORTUARY ANCESTOR, BARBALANS dan PERPETUAL adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di arena Metal bawah tanah tempatan pada waktu itu(malahan hinggalah sekarang!).

Mereka juga pernah mengumpulkan band2 terbaik mereka untuk disatukan didalam sebuah kompilasi yang bertajuk GLORIOUS NADKANAS keluaran Dark Zone Unity Productions (Milik front man MORTUARY ANCESTOR)pada tahun 1997/98(tak ingat plak Aku tapi antara 2 tahun ni la)Ini juga adalah kompilasi yang pertama menampilkan band2 Metal local(dengan lagu khas!) pernah dibuat dikepulauan Borneo.(Jika Aku silap sila betulkan).

Namun sama seperti scene2 ditempat lain,Sandakan juga tidak lari daripada ‘masalah dalaman’ yang menimpa mereka dimana tercetusnya perselisihan faham diantara BARBALANS dan PERPETUAL pada tahun 1997/98 dimana menyebabkan perpecahan diantara dua kelompok Metal di sana pada waktu itu.Namun semuanya sudahpun pulih pada masa ini.(Jangan plak korang memandai2 bawa cerita pula lepas ni!).

Sandakan pernah digelar sebagai ‘Norway’ Sabah kerana melahirkan begitu banyak sekali band2 Black Metal dan juga merupakan port Black Metal terbesar diSabah pada era akhir 90an dulu.Hal ini juga menyebabkan scene mereka selalu diejek,diperli dan menjadi bahan gurauan oleh para2 Metallers dari tempat lain.Sungguhpun menyedari akan hal itu namun itu semua tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang menyebarkan sayap2 band mereka ke luar Sandakan!

Zaman kegemilangan Nakadnas mula pudar pada awal tahun millennium lalu dan terus tenggelam pada pertengahan tahun 2000 lalu dengan hanya meninggalkan beberapa nama sahaja yang masih bernafas.

Scene Nakadnas yang begitu terkenal satu ketika dulu kini seolah2 hanya menjadi sebuah sejarah di arena Metal tempatan.Amat jarang sekali sudah kita mendengar gigs2 Metal yang dianjurkan disana(malahan tidak ada langsung!)ketika ini tidak seperti dahulu.

Namun sejak akhir-akhir ini sebuah ‘organisasi’ yang menggelarkan diri mereka sebagai SANDAKAN WAR DEMON yang diwakili oleh pengikut2 Black Metal disana ditubuhkan untuk bangkit mengembalikan era kegemilangan Scene Metal Sandakan!!Ini adalah satu perkara yang sangat baik buat scene Metal disana!

Walaupun tidak sekuat dulu,nama2 seperti MORTUARY ANCESTOR,BARBALANS,PERPETUAL dan KILATUS masih lagi mengganas dipersada Metal bawah tanah Sabah dengan terus 'berperang' untuk mengembalikan semula era zaman kegemilangan Sandakan sebagai sebuah pengkalan ekstrim Metal yang terpenting di negeri dibawah bayu ini seperti pada akhir pertengahan tahun 1990an dulu!!

Banyak lagi yang dapat kita cerita mengenai scene metal di Sandakan sebenarnya cuma Aku dah tak larat dah ni(hehe).Dan biar apapun yang akan diperkatakan selepas ini sememanya kita tidak dapat menafikan bahawan Sandakan sememangnya merupakan sebuah kubu metal yang begitu kuat sekali di Sabah pada akhir pertengahan tahun 90an dahulu!!!

No comments: