Sebenarnya ini adalah interview pertama yang Aku buat sebelum Jojie(DARK POWER)namun atas kesibukan beliau hanya baru sekarang beliau dapat menjawap soalan ini.'Kenapa Jorn?'..Kalau kamu kenal Jorn sudah tentu kamu tau kenapa Aku pilih beliau untuk ditemuramah didalam blog ini!!!!Mari Mula!!!
INTERVIEW
1.Apa khabar Jorn?Mcm mana hidup sebagai cikgu di KL sekarang?Kesihatan pula macam mana?dah ok?
(Jorn)-Alhamdulillah aku sihat di sini. kehidupan sebagai seorang pendidik ni berbeza dgn dulu,mesti cover depan student..attitude kena jaga..pepatah Melayu kata guru kencing berdiri murid kencing berlari..so kena slow-slow dan berhati-hati nnt kantoi la cikgu layan Death Metal, jadi isu pulak nanti..ha..ha..ha..(Ni la yang boringnya jadi staf Govt ni-Mr Krusher) kesihatan?masih dalam treatment doktor, kena banyak bersabar,ini semua ujian dari Allah.Aku yakin ada hikmah disebalik kejadian..
2.Ceritakan sikit macam mana kau boleh terjerumus didalam underground scene mula2 dulu.Mcm mana situasi underground scene di Sabah(KK khususnya)pada masa itu?
(Jorn)-Aku mula sebagai seorang Mat Rock, dulu aku minat dgn Search, May, Rusty Blade, Rockers, Saxon etc.Akhir 80an aku dikenalkan oleh abang aku muzik yang lebih kaw-kaw,aku dah terpengaruh dgn style muzik Iron Maiden, Metallica, Death SS, Motorhead,Slayer, Rigor Mortis, Mortal Sin,Sepultura etc.Dan lepas tu datang lagi satu gerne musik Death Metal dan Grindcore..aku dah berjinak dgn Entombed, Dismember, Obituary, Deicide, Carcass, Napalm Death, Suffocation etc.Tahun 1988-1990 aku selalu pergi tengok Battle of the Band sebab time tu tak ada gig.Selain itu, aku tak miss jugak tengok konsert ROCK macam Search, Sofea, Wings, Lefthanded, Rusty Blade, Ramli Sarip kat dewan Serbaguna KK. Pada tahun 1989 aku beli LimeWire Megazine, dalam majalah tu ada menceritakan sedikit pasal Malaysia u/g scene, menyatakan tentang band2 u/g Malaysia mcm Hijrah, Picagari, Punisher, Rotor, Black Fire.lps tu dlm ruangan zine ada alamat Aziz VFTE(Vortex from The East) Zine,lps tu aku semakin hendak mencari info ttg u/g scene..tak lama dlm tahun 1990an lps tu release Lp Cromok ‘Image Of Purity’, Mini Kaset FTG ‘ Freedom’s Thats Gone dan Suffercation ‘Days of Darkness' etc.Pada waktu itu scene di KK sangat kecil, tak ramai lagi paham dgn muzik u/g ni..Morbius dan Morbituary band awal metal yang involved dlm Death Metal scene.Morbius byk join battle of the band pada waktu itu,cover lagu thrash metal.Ramai follower Morbius waktu itu, tapi ramai sekadar kena demam muzik metal ja..pada waktu tu mereka hanya kenal cassete saja..info semata2 dari kedai kaset ja.mereke blum kenal zine,flyers, gig dan yang berkaitan dgn u/g aktiviti.bisala waktu tu ramai yang masih baru dlm scene,blum terdedah dgn apa itu u/g activity .
Jorn
(Di zaman teruna..hehe)
(Di zaman teruna..hehe)
3.Kau juga mempunyai sebuah label iaitu TWIN TOWERRING INFERNO PRODS pada pertengahan 90an dulu dan begitu aktif sekali menganjurkan gigs2 metal pada masa itu.Boleh ceritakan sikit tentang TWIN TOWERRING PRODS dan macam mana idea untuk menubuhkan label tu keluar?
(Jorn)-Idea penubuhan TTIP ni adalah idea dari Gunawan 2nd editor MAD zine.dia yang bagi nama TTIP ini.Waktu itu aku masih dlm Comasoul Ent bersama saudara Wan.sekian lama dgn Comasoul Ent aku ambil keputusan tumpukan TTIP dan menganjurkan gigs u/g pada waktu itu.Pernah menjadi kontroversi jugak waktu itu aku anjur gig alternative music,ramai blame dan kutuk aku..aku buat donno ja lah,malas nak layan.pada waktu itu buat gig 100% pure metal mmg tak berbaloi,sentiasa aku rugi.so aku buat gig alternative band utk cover balik modal gig aku.itu cara orang bisnes..tapi kawan2 yang fanatik ni susah mau terima..lps tu aku buat gig campur lak Metal dgn alternative..tu pun ada yang tak puas hati..bilang aku ni tak true metal la..ha..ha..ha..manusia mcm tu la byk komen ja.tapi sekarang yang member2 yang fanatik true metal tu dah hilang ditelan zaman..kemana mereka ya?mau trace jugak ni..(haha...Itu memang betul Jorn!,sampai sekarang pun macam tu..apa ja yang kita buat ada jak 'sora sora sumbang',mata merah etc..haha!So drpd pikir apa yang dorang nda suka baik kita buat apa yang kita suka!!kalau masih nda puas hati juga,nanti belanja tsin tao..hehe-Mr Krusher)
4.Dengan kedudukan geography Kita yang jauh dengan Pusat musik Malaysia(Kuala Lumpur), Ditambah lagi masa tu belum pun ada internet ataupun tambang murah air asia so selain surat menyurat,photostate flyers apa lagi yang kamu lakukan untuk memperkenalkan scene Sabah kepada luar?
(Jorn)-Pada masa itu mmng terhad nak melakukan promosi ttg u/g scene di sabah,org2 di Semenanjung tak tahu yang sabah ada u/g scene..so perkembangan utuk menyebarkan dan memperkenalkan scene Sabah di sana semata-mta lebih kepada flayer atau surat menyurat.. ramai org kat semenanjung ni anggap Sabah dan Sarawak ni satu tempat yang ketinggalan pada waktu itu.sampai ada Mamat di Semenanjung ni ‘FUCK OFF” scene Sabah & Sarawak scene..katanya scene kita ni trendy la..anti betul mamat tu dengan band2 dari Borneo ketika itu(Orang yang 'advance' tidak akan bercakap mengenai kemunduran sesuatu negeri/negara..Mereka akan memandang sama tak kira apapun..yang befikirang macam tu..sebenarnya TRIP maju.hehe) tapi sekarang aku tak dengar lagi tentang mamat yang kutuk2 scene Sabah & Sarawak ni..hi..hi..Siapa yang trendy ya???mana perginya orang itu.hilang ditelan zaman jugak la..ha..ha..ha..ha..
5..Idea untuk menganjurkan gigs pula?Kenapa?Kenapa pilih dewan Tg Aru sebagai venue?Tempat lain takde ka?Cerita sikit pasal situasi gigs2 metal anjuran kau pada masa itu dr segi crowd,band etc..
(Jorn)-Idea buat gig di TG Aru adalah idea Wan Comasoul Entertainment.Pada waktu itu dewan Tg Aru agak jauh dari pusat bandar dan dewannya kecil dan senang nak urus.Kita pun fikir juga resiko waktu tu klu buat di pusat bandar, takut kena kacau oleh polis dan MPKK.itu yang buat jauh.Pada masa tu ramai tak kenal apa tu musik u/g..lagipun sewa dewan Tg Aru ini murah berbanding dgn di KK.First gig u/g di dewan Tg Aru dianjurkan tanpa permit polis..sain mati punya..ha..ha..ha..start dari 2nd gig baru la ada permit polis, itu pun terpaksa bagitahu OCPD yang kami buat ‘battle of the band’ untuk mengasah bakat-bakat remaja yang terpendam dalam muzik Rock..Kalau cakap gig u/g, takut tak lulus permit..ha..ha.ha..Situasi gig masa itu tergantung gig apa yang dianjurkan,klu gig u/g metal,boleh dibilang berapa org yang datang. Kalau gig band2 alternative, penuh la dewan,waktu itu lagi tengah demam muzik Nirvana, Pearl Jam..Pengalaman yang tak dapt dilupakan, aku pernah anjur gig metal crowd hanya 88 orang sahaja.ha..ha..ha..Mengenai band pula, band2 yang main masih kurang pengalaman dalam showmanship,masih malu2 lagi.Aku masih ingat waktu first gig u/g, ramai mat2 Rock yang datang join gig tu,mereka terkejut tengok waktu itu crowd2 headbanging kat depan stage..ada sorang Mat Rock dari Menggatal bisik dengan aku,katanya ‘punya ganas dorang tu brader,goyang2 kepala, ndak paning ka tu brader.’.aku senyum ja..oh ya, second gig di Tg Aru pernah kena rush polis sebab dpt komen dari penduduk sekitar katanya terlalu bising..nasib waktu tu permit dari polis dan MPKK ada.lega bro.
6.Kau juga adalah editor kepada MAD zine.Boleh explain pasal zine tu?(CTH-Berapa isu,band2,artwork,nama etc)
(Jorn)-MAD (Massa Apeal Distortion) Zine relesaed 2 issue.First issue release pada tahun 1995, artwork banyak di ilhamkan oleh Frank Sir You Die, utk fisrt issue aku berganding dgn Gunawan utk siapkan zine ini.dan 2nd issue release tahun 1998 di Indonesia.Dan Joe Arifin Sebagai 2nd editor.2nd issue aku buat split zine dgn Morbid Noise Zine dari Jakarta.Nino Trauma byk bantu dalam nak release 2nd issue ni.aku serah mastercopy dgn dia lepas dia yng relese under Morbid Noise Production. Band2 yang ada dlm 1st issue Thy Serpent, Dessecration, Sodomized, Groinchurn, Goden etc..2nd issue Acheron,Inquistor, Homicide etc.
7.DESPERATE CONTRACIVE...Cerita sikit pasal band ni Jorn.Band ni kira mempunyai nama yang besar di persada Metal Sabah tapi Kenapa tak pernah mengeluarkan material sendiri?
(Jorn)-Band ni ditubuhkan oleh Romi(Guitars) dan Idris (Drums) tahun 1991dengan nama Sepulchral. 1994 aku masuk dan Pada tahun 1995, aku tukar nama ke Desperate Contraceive @DC.susah jugak aku nak expaline kenapa DC tak release material ni..ha..ha..ha..pada waktu itu kedudukan kami jauh2..Romi di Sandakan, Idris di Ranau dan aku, Majid dan Sly di KK..jarang sangat kami dapat lepak buat lagu sendiri.waktu tu sibuk dgn profesion masing2.itu yang ambil jalan mudah bawa cover songs ja lah..ada juga terlintas nak buat lagu sendiri,riff2 dah siap dibuat oleh Sly dan Romie tapi tergendala sbb byk masalah dalaman dan luaran..so, sampai sekarang kami tak ada meterial.Kalau ada rezeki 2010 ni release material Desperate Contaraceive..lagu dah ada.
8.Kau sudah berada didalam Underground(Metal) scene di Sabah sejak tahun 1990an lagi dan boleh la dianggap sebagai 'orang Lama' didalam scene Kita.Apa perbezaan yang kau nampak diantara scene sekarang dan dulu?
(Jorn)-Kalau orang lama si Jojie Dark Power yang lama tu..beliau2 sudah dia tu..ha..ha..ha..gurau ja..(hahahaha...alaa Jie,ketara ba tua suda!haha!-Mr Krusher) banyak perubahan scene dulu dan sekarang. Dulu material lambat dan susah nak dapat,nak tengok live band2 dari Tampa Florida pun susah..video live banyak dapatkan dari kawan2 dari Semenanjung.video death metal mana ada jual kat kedai2. aku rasa video ‘Thrash n Burn’ antara video terbaik ketika itu..punya best dapat tengok video tu.T Shirt pun pada waktu itu buat sendiri ‘handmade’ ha..ha..ha..main lukis logo didepan dan aku rasa dah gah waktu tu.Frank Sir You Die banyak dapat tempahan buat artwork di t shirt time tu.memang cantik kalau di buat,puas hati tau..ha..ha..ha..Dulu nak rakam demo di KK pun sangatlah susah, tidak ada studio yang mencapai standard quality dan paham dengan muzik metal..pernah ketika dahulu studio2 jammnig di KK melarang band2 Death Metal jam sebab dikuatiri instrument akan hancur.Memang waktu tu siapa main muzik death metal dipandang serong dan ganas.Generasi sekarang sudah senang dan semua ada didepan mata, perlu apa2 info buka internet..dahulu memang agak susah nak dapatkan info,dapat info pun dah basi.kaset2 metal yang dijual pun terhad..siapa cepat dia dapat kaset tu..ha..ha..ha..tak sempat beli pinjam la dubbing.sampai tahap kaset2 terpaksa order dari Semenanjung la..
(Jorn)-Susah nak cakap gak ni,band mana yang usaha lebih pasti akan pergi lebih jauh..kalau band tu malas nak usaha utk hasilkan material..seumur2 mcm tu lah..jadilah band sekadar utk band main performe gig ja..banyak band macam ni termasuk band aku sendiri..ha..ha..ha..Aku tak berapa tahu sangat sekarang perkembangan band2 di Sabah sebab aku di Semenanjung dan sibuk dgn profesi perguruan..Macam Mantak dah go international perlu dicontohi band2 baru yang lain..Di Malaysia kalau nak 100% tumpukan dengan bidang muzik u/g metal ni memang susah nak hidup berbeza dengan di USA dan Europe..nak jadikan musician sebagai profesion, tepaksa berkorban la jadi mainstream band..banyak band2 u/g di Malaysia terpaksa jadi mainstream, itu pun susah nak hidup jugak..so music ni sebagai freelance lah..
10.Kau pernah melanjutkan pelajaran di Indonesia pada akhir 90an dulu dan begitu aktif juga dengan underground scene di sana sampai menubuhkan sebuah band dan sempat juga menganjurkan beberapa gigs Metal disana(kalau tidak silap aku).Cerita sikit pasal scene di Indonesia pada waktu itu Bro.Macam mana kau boleh berkenalan dengan geng2 dekat sana?Sapa yang banyak membantu kau disana?
(Jorn)-Di Semarang, Indonesia aku join community u/g di sana namanya Scattered Brains Society (SBS). Lutfi Debronze Art (Syndrome,Clamity) yang bawa aku join community tu.dia banyak tolong aku dan kenalkan kwn2 u/g disana.selain tu ada beberapa community u/g lain di sana, tapi aku tak kenal sgt.SBS sahaja ada lebih 100 orang ahli.
Community u/g di sana tersusun secara sistematik siap ada ketua, setiausaha, bendahari dan AJK2..lps tu ada meeting lak..ada yuran ahli lagi tu..ha..ha..ha..aku sempat organize gig under SBS,kita bekerjasama secara kolektif..mmg kenangan buat aku..kat Indonesia rasuah sangat dasyat bro..aku dan kwn2 terpaksa bagi wang pelicin kepada ketua polis daerah dan datuk bandar Semarang utk dapat permit gig..klu tak bagi tak akan lulus la permit tu. Scene Indonesia aku akui memang gah dan kat situ akau gelar “Land of Brutal Death’..boleh dikatakan band yang yang ditubuhkan cenderung ke aliran tu..black metal ada la sedikit..itu pun menakutkan jugak,siap puja2 atas stage lagi..bakar kemayan,sembelih arnab utk sacrifice dan bakar sampah pun ada..ha..ha..ha...dasyat betul..sampai hancur2 arnab tu dorang kerjakan..ha..ha..ha..yang aku nak tergelak waktu kat Surabaya ada band black metal sembelih burung merpati..kesian burung tu..nak beli kambing mahal kot..ha..ha..ha..ada yang time gig bawa tulang paha lembu la..kah..kah..kah..tulang lembu korban mana la dorang curi tu..lepas ja habis gig tu mamat2 tu jadi baik lak,lepak2 makan bakso..Ramai kawan2 yang bantu aku di sana antaranya Lutfi Debronze, Frank Grind Buto, Rudy Murdock, Kancil Morbiddust,Sofian Fogflame Records, Gendon Mortal Scream, Samir Slowdeath/Tengkorak, Nino Trauma, Doni Ordoth, Poer Corporation of Bleeding dan byk lagi aku pun dah lupa.
11.Cerita juga mengenai band kau di Indonesia iaitu CONTRACIVE..Nama dekat2 sama je gan band kat sini,kurang Desperate aje?hehe...Kenapa menubuhkan band ni?Siapa anggota2 yang terlibat didalam CONTRACIVE ni?
(Jorn)-Contraceive band aku formed kat Indonesia pada tahun 1998.aku tubuhkan band ni lebih kepada konsep thrash metal.Desperate Contraceive lebih ke Death Metal.aku rasa perlu tubuhkan Contraceive kerana pada masa itu aku tengok muzik thrash dah makin dianak tirikan di pentas2 gig di Indonesia,boleh dihitung dengan jari band yang main trash metal pada masa itu, yang lain band2 cenderung ke brutal death.Pada waktu itu band yng cenderung ke Thrash Metal antarnya Betrayer, Mortus, Syndrom dan Violator..Aku diketawakan bila nak buat band thrash, kawan2 cakap aku ketinggalan zaman.
Darknest Hourst gig
(Yogyakarta 1998)
(Yogyakarta 1998)
Pada masa tu demam brutal death memang tak dapat nak kawal, sehingga dorang ni lupa kepada roots muzik, kebanyakkan poser yang berlagak lebih dan mereka rasa mereka lah pendengar muzik yang paling heavy..itu yang jadi bodoh sombong..aku pernah diminta berhentikan show oleh crowd time gig di Semarang, katanya tak Brutal..pada waktu tu Contarceive lepas cover lagu Sepultura ‘Warrior of Death’..memang aku akui yang band brutal death berlambak kat Indonesia tetapi hanya sedikit yang ada quality, yang lain main hentam je,lirik lagu pun tak da..harap growl ja hebat..waktu itu line up Contraceive dipinjam dari Radical Corpse iaitu Rudy Murdock guitar, Nophie Lead Guitar dan Yus Drums.dan Peng Q bass dari Judas Iscariot.
Jorn with Slowdeath in Inferno Studio
(Surabaya 1998)
(Surabaya 1998)
12..Lepas kau balik dari Indon..apa yang kau nampak dengan scene Metal di Sabah?
(Jorn)-Lepas balik dari Indon, aku tengok banyak perubahan scene Sabah ni, banyak band2 baru muncul dan organizer2 gig pun makin maju.Gig dah dianjurkan ditempat yang lebih baik dari sebelum ini..Band2 berlumba2 release material dan gig pun makin rancak dianjurkan dan crowd makin ramai datang support gig..scene u/g muncul di pekan2 kecil macam di Keningau, Ranau, Tuaran, Menggatal etc dan boleh dikatakan sekarang u/g scene sudah ada dimerata-rata tempat di seluruh Sabah..aku respect dengan perubahan macam ini.ada pelapis utk teruskan perjuangan dalam seni muzik u/g metal.
13.Ok..sebelum tutup kes..Tak teringin ke nak tengok scene Sabah ni mempunyai identity sendiri seperti Gothenburg,Tampa ataupun Belo Horizonte?
(Jorn)-Memang aku nak tengok scene sabah ni ada identiti sendiri, tapi aku rasa lama lagi nak dapat mencapai identiti ni,mesti kena kerja keras jugak untuk mencari identiti sound sabahan metal..ok Mr Krusher..thanks for interview.keep our metal flag standing by ROAR..
Alrite,Itu sajalah dulu cerita2 Aku dengan Jorn..maaf ianya agak ringkas tetapi Aku yakin banyak pengalaman yang kita boleh share dengan beliau menerusi interview ini..Dan untuk JORN!!!Terima Kasih sebab sudi meluangkan masa untuk crushingearstone.blogspot.com!!!!Seperti sedia maklum beliau agak kurang sihat sejak 6 atau 7 tahun lalu dan harapnya beliau cepat sembuh dan kembali mengganas di persada Ekstrim Metal tempatan!!!
jorncontra@hotmail.com
TTIP MYSPACE SITE
www.myspace.com/jornjoe
3 comments:
yeargh....aku pernah berutus surat dan beli MAD zine masa tuh. tak silap tahun 95-96. Supporter dari borneo...hail
tq naz cos interview ni adalh sbg penghargaan trhdp usaha saudara Jorn. Aku sbg penaung ke2 TTTIP ingin memaklumkan di sini saudara Jorn sdg menghidapi leukemia tahap 3. Beliau skg sdg cuti sakit & berehat di rumahnya d Klang, Selangor. Mudah2an beliau sembuh segera- Joe
rest in peace brother jorn.. we gonna miss u al fatihah....
Post a Comment