Wednesday, January 6, 2010

MAJESTIC EAST

MAJESTIC EAST ditubuhkan pada akhir tahun 1995 di daerah Membakut,tetapi atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan mereka terpaksa ‘membekukan’ pergerakkan band ini buat sementara waktu sehinggalah pada tahun 1997 apabila C.Din (Guitarist asal mereka)membuat keputusan untuk menghidupkan semula band ini.

MAJESTIC EAST kemudian secara rasminya ditubuhkan pada December 1997 dengan line up mereka pada masa itu ialah C.Din (Guitar), Rujie (Guitar) ,Pianth (Drum) ,Jasth (Bass) and Naminth (Vocal).


Majestic East (1998)

Band yang berkonsepkan ‘Eastern Metal’ ini telah mengeluarkan demo pertama mereka pada tahun 1999 yang bertajuk Exorcism corpse.Dan demo itu juga adalah demo yang pertama dan terakhir pernah dilahirkan oleh MAJESTIC EAST kerana mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang material selepas itu walaupun agak aktif bermain di gigs2 metal sekitar Kota Kinabalu.

Dipercayai mereka akan memulakan rakaman untuk material terbaru mereka pada bila bila masa sahaja dalam tahun ini dan menurut mereka muzik terbaru MAJESTIC EAST akan lebih aggresif dan laju lagi dari yang sebelumnya!Sentiasa check laman myspace MAJESTIC EAST untuk mengikuti apa2 perkembangan terbaru daripada mereka!!



MAJESTIC EAST

C.Din – Guitar

C666Sahm – Bass

Naminth – Vox

Pianth – Guitar

Jumat – Drummer


DISCOGRAPHY

Exorcism Corpse Demo (1999)


INFO

http://www.myspace.com/majesticeast


HEADQUARTERS - Membakut

1 comment:

JAIRO said...

ni band budak kampung aku ni.. support them....

p/s: bro ready ko masa gig nanti jumpa kita sana