Wednesday, January 6, 2010

SAIR ORCHESTRA


Amat jarang sekali kita dengar band yang berasal dari Tawau dan Kalau dulu pun Aku Cuma pernah dengar nama PROPAGANDA yang bermain Thrash Metal.

Kemunculan SAIR ORCHESTRA amat menarik minat Aku!Namun tak banyak yang Aku tahu tentang mereka ini selain daripada mereka membawakan rentak Black Metal.Info yang Aku dapat ni pun Aku cedok daripada Myspace Mereka.Begitu juga dengan muzik mereka.

Muzik SAIR ORCHESTRA dari telinga Aku lebih kearah bunyian ‘Norwegian Black Metal’.

Buat masa ni mereka Cuma mempunyai sekeping demo tape yang bertajuk Keraton Iblisiah yang dirakamkan dan diedarkan pada tahun 2008 dan menurut maklumat daripada myspace SAIR ORCHESTRA mereka akan menghasilkan sebuah split release bersama band daripada Peru iaitu DEMONIC SACRIFICE tidak lama lagi!

Untuk maklumat yang lebih lanjut silalah menghantar ‘roh’ anda untuk dikorbankan buat SAIR ORCHESTRA di www.myspace.com/sair666

SAIR ORCHESTRA

Lord NurHell – Vox

Hada Beeherit – Bass

Man Sathanas – Guitar

Jaya Goatblast – Drum


DISCOGRAPHY

Keraton Iblisiah Demo (2008)


HEADQUARTERS – Tawau


INFO

http://www.myspace.com/sair666

No comments: