Friday, October 30, 2009

SHAMANIC RITES


Sebuah band generasi baru yang membawakan irama Black/Death Metal ini berasal daripada kawasan UNHOLY TRIANGLE Sarawak.
SHAMANIC RITES ditubuhkan pada tahun 2000 di Matu,Sarawak ini adalah pengganas baru yang begitu berpotensi sekali daripada Bumi Kenyalang!

Mereka telah melahirkan 2 ketul demo,1 EP,satu 4 way split dan baru baru ini telah melahirkan sebuah full length album yang bertajuk INFILTRATE MUTILATE CARNAGE INSTIGATE di bawah gabungan Eastern Voice productions dan Khakan Productions!
SHAMANIC RITES begitu aktif sekali menghancurkan stage2 di sekitar Sabah dan Sarawak tapi tidak pasti pula kalau mereka pernah bermain di semenanjung Malaysia?
Muzik Black/Death mereka begitu kuat sekali dipengaruhi oleh IMPIETY dan juga BEHEMOTH!
SHAMANIC RITES adalah pelapis terbaik untuk merampas kedudukan LARRONG dan KREMATION sebagai pengganas yang amat berkuasa daripada kawasan UNHOLY TRIANGLE!!


SHAMANIC RITES
Akramienz - Bass, Vocals
Abzhan - Guitar
Necro Larqam - Guitar
Ahryiemanz – Drums

DISCOGRAPHY
FROM THE DARKEST DEPTHS Demo (2000)
RITES Demo (2002)
UNION OF EASTERN LEGACY 4 Way Split (2005)
ULTIMATE COLLECTION OF UNHOLY POWER EP (2006) – Eastern Voice Productions
INFILTRATE MUTILATE CARNAGE INSTIGATE Full Length (2009) –Eastern Voive Prods/Khakan Productions

INFO
http://www.myspace.com/shamanicrites
http://www.angelfire.com/moon/shamanicrites/

HEADQUARTERS–Matu

UNITHEISM


Segalanya bermula pada September 1992,apabila tiga anak muda berminat untuk menubuhkan kumpulan muzik yang berasaskan genre Black Death Metal di bandaraya Kuching,Sarawak dengan line up pertama ,Azam Aryanism-drums/vokal,Amin Mizt –gitar/vokal,dan Dean-gitar/vokal..Masalah mula timbul apabila Dean keluar dengan alasan melanjutkan pelajaran.
1994,UNITHEISM meneruskan perjuangan dengan pengambilan ahli-ahli baru dan posisi baru berubah,Azam Aryanism-vokal,Amin Mizt –gitar,Andy-gitar Ejam –bass dan Faisal-drums.Mereka mula mencipta lagu-lagu sendiri dengan aspirasi dari DARKTHRONE,SAMAEL,ROTTING CHRIST,UNGODLY DEATH,VARATHRON dan banyak lagi.Masalah sekali lagi timbul apabila Faisal menarik diri.Setelah berbincang,mereka meneruskan komitmen dengan meminjam Firwan-gitar dan Maulud-drums dari band APOSTASY (R.I.P)
September 1994,genap dua tahun ditubuhkan,mereka berjaya merakan studio demo yang pertama “LORD OF EVERY NATION” dengan 4 tracks dan intro dengan konsep Black Death Metal sekaligus menarik perhatian berpuluh-puluh fanzine tempatan dan luar negara.Lagu mereka juga dimuatkan pada dua buah kompilasi tape pada masa itu iaitu PURI SILUMAN PEJAJARAN (PSP) COMP TAPE dan PSORIASIS PRIGG volume II.Demo tersebut telah berjaya dijual /trade melebihi 200 copy di dalam dan luar negara.Ia adalah satu kepuasan yang tidak terhingga bagi mereka.
2 Disember 1995,mereka dijemput untuk bermain gig di Sri Aman atas undangan Menjrex Nerto productions,ini adalah pendedahan pertama bagi UNITHEISM Bermain gig diluar bandaraya Kuching.
Penghujung 1996,sekali lagi timbul masalah apabila vokalis dan mainman mereka,Azam Aryanism melanjutkan pelajaran di semenanjung selama 3 tahun.perjuangan dan aktiviti mereka terhenti seketika.
Akhir tahun 1998,mereka mula merakamkan single trax promo untuk demo kedua mereka yang akan keluar,sayang sekali kerana tidak dapat dikeluarkan kerana masalah sound yang tidak menepati nilai sebuah demo.
Ogos 1999,bermula lagi kebangkitan dan perjuangan UNITHEISM setelah lama dilanda badai yang tidak pernah berhenti menggugat perjuangan,mereka dijemput bermain gig sempena Hari Kemerdekaan di Kuching Waterfront.Disamping itu,Azam Aryanism juga menubuhkan SARAWAK METAL FORCE newsletter/productions, untuk membantu memperkenalkan band-band tempatan sebagai sokongan kepada local scene.Selepas itu ,tawaran gig yang diterima semakin banyak,”EXTREME EXPOSE” gig di Kota Sentosa,”SARAWAK METAL FORCE “ Part 1 di Jupiter Discoteque,”SARAWAK METAL FORCE” Part III “ Hail Miri Hail” di bandar Miri,dan ” SARAWAK METAL FORCE “ Part IV di Kuching membuktikan mereka masih lagi meneruskan lagi iltizam hitam mereka..
Pelaksanaan hasrat mereka sekali lagi tergugat apabila salah seorang tunggak utama,Amin Mizt-bass menarik diri atas alasan peribadi beberapa bulan sebelum merakamkan EP pertama.Serentak dengan itu,mereka menarik seorang lagi muka baru,Miji untuk bermain di posisi bass.Akhirnya, lengkaplah ahli baru UNITHEISM dengan Azam Aryanism-vokal,Andy-gitar,Cortal –gitar ,Miji bass ,Ejam –drums dan seorang sessionist keyboard,Juan.
Disember 2000,setelah hampir 2 tahun tertangguh,akhirnya mereka berjaya merakamkan EP pertama “BEHIND THE CRACKED IDOLS” di ZANZIBAR studio Kuching dengan 4 buah lagu.EP ini dirancang dikeluarkan oleh label dari semenanjung tapt tertangguh. Ia berkonsepkan Black Death Metal serta sedikit elemen teknikal dan progresif.
Sementara menunggu EP keluar,mereka mempromosikan lagu-lagu baru di beberapa buah gig seperti “Kuching Youth Music Festival’2002,”Kembalikan Nostalgia” 2002,”SARAWAK METAL FORCE “Part 5 di Miri bersama Mantak,Kherow,Seven Signs dan beberapa buah band lagi.Selepas itu,line up saling bertukar ganti,yang kekal bersama Unitheism adalah Azam Aryanism/vox,Cortal/gitar dan Miji(R.I.P) di posisi bass..
Penghujung 2003,tanda-tanda perpecahan sudah timbul apabila mereka tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya..Gig terakhir di Waterworld,Kuching pada Disember 2003 adalah gig terakhir dan sempat memainkan kesemua lagu baru tetapi tidak sempat dirakamkan..
UNITHEISM dibubarkan pada awal tahun 2004,dengan meninggalkan 2 buah hasil karya rasmi mereka..”LORD OF EVERY NATION’ 1994,dan “BEHIND THE CRACKED IDOLS” khusus untuk generasi metal akan datang..
Pada Disember2008,DARK LEGEND DISTRO and STUDIO,kenalan lama Azam Aryanism bersetuju mengedarkan EP yang tertangguh,sebagai menunaikan ‘janji’kepada peminat mereka yang telah lama menunggu....This is UNITHEISM ultimate promise...FINALLY DONE...



#PETIKAN DI PETIK 100% DARIPADA BIO MEREKA!

UNITHEISM
Azam Aryanism - Vox
Miji(RIP) - Bass
Cortal - Guitar
Faisal - Drums

DISCOGRAPHY
LORD OF EVERY NATION Demo (1994)
THE BLACK ART OF ILMU JAHAT Demo (1999)
BEHIND THE CRACKED IDOL MCD (2008)-RDL Distro

HEADQUARTERS-Kuching

LARRONZ


LARRONZ ditubuhkan oleh saudara Tajudin @ Supreme Vayoh dengan menggunakan nama LARRONG pada tahun 1992 dengan memainkan irama Death Metal di awal penubuhan mereka.Band ini juga adalah pengasas kepada scene atapun organisasi Metal di tengah Sarawak yang dikenali sebagai UNHOLY TRIANGLE!
Di zaman LARRONG mereka mengeluarkan demo pertama mereka pada tahun 1993 bertajuk CURSE OF DEVASTATION dengan memainkan irama Death Metal.Dari telinga Aku demo ini banyak dipengaruhi oleh muzik SILENT DEATH dan Selepas senyap untuk beberapa tahun mereka kembali dengan mengeluarkan sebuah demo yang bagus bertajuk THE EASTERN SHAMAN pada tahun 1996!Dimana kalai ini rentak muzik LARRONG mengalami perubahan kearah Eastern Black Metal ala AS SAHAR/LANGSYUIR!!Demo ini mendapat sambutan yang begitu baik sekali didalam scene Metal seluruh Malaysia.
Walaupun belum pernah bermain di luar Sarawak namun LARRONZ begitu aktif sekali menghancurkan pentas2 di seluruh Sarawak!Pengasas mereka iaitu Tajudin @ Supreme Vayoh juga adalah bos kepada sebuah label yang begitu giat menganjurkan gigs2 Metal di sekitar Sarawak iaitu MENJREX NERTO PRODS.

Tidak silap Aku,Mereka sepatutnya mengeluarkan sebuah kaset EP bersama Nebiula Productions pada tahun 2000 yang lalu namun projek itu terus senyap selepas itu.Aku rasa tak jadi la tu…Sebabnya tidak pula diketahui kenapa?Kecoh juga berita pasal EP mereka tu di dalam fanzine2 Sarawak masa tu!Sayang betul..
Mereka menukar nama mereka kepada LARRONG pada tahun 2002 dan mengeluarkan rilisan terakhir mereka iaitu sebuah MCD yang bertajuk DAKAN PERANA TANA pada tahun 2003 lalu keluaran Knight Records.
Mereka masih lagi aktif dipersada Metal bawah tanah tempatan walaupun sudah lama tidak mengeluarkan apa2 material.LARRONZ adalah sebuah band yang begitu disegani di seluruh Sarawak dan merupakan sebuah band yang mempunyai nama yang besar dari Kawasan UNHOLY TRIANGLE selain daripada KREMATION.




LARRONZ
Supreme Vayoh - Guitar
Alaiz - Vox
Akraz - Bass

DISCOGRAPHY
CURSE OF DEVASTATION Demo ( 1993 )
THE EASTERN SHAMAN Demo ( 1996 )
DAKAN PERANA TANA MCD ( 2003) – Knight Records

INFO
http://www.myspace.com/larrong
http://www.angelfire.com/theforce/larronz/

HEADQUATERS – Matu

Sunday, October 25, 2009

VORMIT


VORMIT ditubuhkan pada tahun 1991 oleh Adrian,Leo dan Simon juga dikenali sebagai original line up VORMIT.Anggota mereka sering berganti sejak itu sehinggalah sekarang.Meninggalkan Cuma Austin dan Simon sebagai Anggota asal didalam band ni.
VORMIT seperti yang diketahui membawakan genre Grindcore dengan sedikit sentuhan Death Metal dan masih mengekalkan musik sebegitu sehinggalah sekarang.
Nama VORMIT adalah cukup besar di persada musik keras Sarawak hari ini.Dan tidak keterlaluan jika Aku nyatakan bahawa VORMIT adalah band terbesar sekali dari Sarawak di masa ini!
Mereka begitu aktif sekali menghuru hara kan pentas pentas diseluruh Malaysia termasuklah di Rock The World pada tahun 2006 dulu!
VORMIT sudah cukup lama di persada muzik keras Sarawak sezaman dengan SENSELESS dan lain2 namun Cuma baru sekarang mereka berjaya membawa nama VORMIT sebagai salah sebuah band Keras yang begitu dikenali dan disegani di Malaysia.VORMIT ADALAH RAJA GRINDCORE SARAWAK DI ZAMAN INI!!

VORMIT
Norisk - Vocals
Khirman Kiprawi - Guitar
Austin Wen @ Bar - Guitar
SHY8 - Bass
Simon Cartridge – Drums

DISCOGRAPHY
1. BLOSSOM IN PUTRID Demo (1991)
2. THE GOD PROJECT Demo (1992)
3. CALENDER SADNESS EP (2002)
4. DAS CAPITAL
5. SUICIDE MOTIVES EP (2004)
6. LIFE IS YOUR ENEMY Full Length (2007) – Eastern Voice Productions

INFO
http://www.myspace.com/vormit

HEADQUATERS – Kuching

UNGODLY DEATH


UNGODLY DEATH!!Sebuah lagi band yang mempunyai pengaruh yang besar di Sarawak selepas SENSELESS di awal 90an dulu.Walaupun pencapaian mereka tidaklah sejauh SENSELESS namun nama UNGODLY DEATH amatlah disegani oleh kebanyakkan pengikut2 Metal disana!
Band yang terkenal dengan konsep Anti Christian Death Metal yang begitu kuat ini diasaskan oleh Saudara Manny pada tahun 1988 dan merupakan band yang amat digilai oleh kebanyakkan pengikut Death Metal di Kuching pada awal 90an dulu!
Walaupun mempunyai nama yang cukup besar di persada Death Metal kuching/Sarawak namun mereka hanya sempat mengeluarkan seketul demo iaitu LOST NATION pada tahun 1990.Walaupun hanya sempat mengeluarkan satu demo namun demo ini memberikan impak yang besar kepada scene Death Metal di Sarawak pada awal 90an dulu!!
Tidak banyak yang dapat diperkatakan mengenai UNGODLY DEATH ini kerana mereka tidak mempunyai rilisan yang banyak.Namun biarpun begitu musik Death Metal yang disumpah oleh UNGODLY DEATH ini cukup memberikan impak yang kuat kepada scene Ekstrim Metal di Kuching ataupun Sarawak khususnya!

UNGODLY DEATH
Manny – Vocals/Guitar
Wisma - Bass
Martino - Guitar
Murphy - Bass
Ojai – Drums

DISCOGRAPHY
LOST NATION Demo (1990)
1. Beginning of the Ancient Antichrist
2. Jesus the Scummy God
3. Rotting Christ
4. Lost Nation
5. Morbid Truism

HEADQUATERS - Kuching

SENSELESS



Sebuah nama yang cukup besar di persada Death Metal Borneo (Malahan seluruh Malaysia!).Ditubuhkan pada tahun 1989 dengan menggunakan nama SENSELESS DEATH dan sempat mengeluarkan seketul demo dengan nama SENSELESS DEATH yang bertajuk TERMINAL OF DEATH pada tahun 1990 sebelum menukar nama mereka daripada SENSELESS DEATH kepada SENSELESS sahaja pada tahun 1991 dan mengeluarkan 2 ketul demo yang ‘Berhantu’ iaitu PROFANATION OF HORROR demo pada tahun 1991 dan REPULSION INTO REPUGNANT demo pada tahun 1993.
SENSELESS kemudiannya dilamar oleh VSP pada tahun berikutnya (1994) dan terus terbang ke Kuala Lumpur untuk merakamkan debut album mereka di King Studio.
Album yang Aku anggap KLASIK iaitu EPIDEMIC METALLITY EQUILIBRIUM (EME) menyerang scene Bawah tanah tempatan pada tahun 1994!!! Sayangnya semasa album ini keluar trend Black Metal sudahpun menguasai scene Metal tempatan mengakibatkan fokus yang sepatutnya diberikan terhadap album ini tidak seperti apa yang mereka ‘deserve’.Namun secara peribadi Aku berpendapat EPIDEMIC METALLITY EQUILIBRIUM adalah album Death Metal tempatan yang terbaik pernah dihasilkan pada masa itu selain SUFFERCATION-Day Of Darkness dan SIL KHANNAZ – Conception Of Madness!!
SENSELESS mengeluarkan album kedua mereka 2 tahun selepas EME iaitu pada tahun 1996 dibawah naungan Psychic Scream Entertainment yang bertajuk FANTASY OF MY OWN.Musik mereka amatlah berlainan didalam album ni berbanding dengan keluaran2 mereka sebelum ni dimana pengaruh Carcass era Heartwork dan Swansong amatlah kuat!
Selepas itu mereka sempat Mengeluarkan Sebuah split album bersama sebuah lagi band dari Kuching iaitu SPUTUM yang bertajuk METAL BLAST PROJECT keluaran EMI Malaysia.Itu adalah keluaran terakhir mereka sebelum senyap dipersada Metal tempatan.
Front Man ataupun orang kuat mereka Zul@The Abyss telahpun meninggalkan kita buat selama lamanya pada tahun 2007 yang lalu dan ini adalah satu kehilangan besar buat persada ekstrim Metal tempatan (Sarawak terutamanya).Tidak dapat dipastikan samada anggota2 SENSELESS yang lain akan terus menyambung pergerakkan band ini di masa hadapan ataupun membiarkan nama SENSELESS terus berkubur.Aku difahamkan juga para Metaller2 Kuching ada membuat satu show sebagai Tribute kepada Arwah Zul yang bertajuk TRIBUTE TO THE ABYSS.
Apapun,SENSELESS tetap akan menjadi sebuah band Death Metal Lagenda daripada kepulauan Borneo dan keseluruhan Malaysia!











SENSELESS
Zul - Guitar (R.I.P. 2007)
Pyann - Drums
Andy - Vocals/Guitar
Brian – Bass

DISCOGRAPHY
TERMINAL OF DEATH Demo (1990)
PROFANATION OF HORROR Demo (1991)
REPULSION INTO REPUGNANT Demo (1993)
EPIDEMIC METALLITY EQUILIBRIUM Full length (1994)-VSP
FANTASY OF MY OWN Full length (1996) – Psychic Scream Entertainment
METAL BLAST PROJECT Split Album with SPUTUM (2000) – EMI Malaysia

HEADQUATERS - Kuching

MENTALLY MURDERED


Band Death Metal yang berasal daripada Kuching ini bukanlah baru dipersada scene Metal bawah tanah tempatan.
Ditubuhkan oleh Churchill pada tahun 1989 dengan menggunakan nama IMMORTAL(Bukan Immortal Norway tu!)dengan membawakan konsep Black / Thrash Metal ala zaman awal Sepultura,Sarcofago dan yang sewaktu dengannya.
Mereka sempat mengeluarkan seketul demo tape semasa zaman IMMORTAL yang berjudul THE DWELL pada tahun 1991.
Setelah menyedari bahawa sebuah band Black Metal Norway menggunakan nama yang sama (IMMORTAL) mereka kemudiannya menukar nama band ni kepada PHD yang bermaksud PARMANENT HEAD DAMAGE pada tahun 1992 lantas menukar konsep mereka daripada Black / Thrash kepada Grind/Death Metal..sempat mengeluarkan beberapa buah demo diantaranya berjudul NEW WORLD SICKNESS pada tahun 1995!(Seingat Aku lah)..
Mereka kembali pada tahun 2004 sekali lagi menggunakan nama yang lain dan kali ni mereka menggelar diri mereka sebagai MENTALLY MURDERED!!Dan nama ini kekal sehingga ke hari ini.
MENTALLY MURDERED bagitu aktif sekali bermain di show2 Metal sekitar Sarawak,Sabah dan juga Kuala Lumpur!
MENTALLY MURDERED adalah sebuah band Death Metal Kuching yang harus diperhatikan sekarang ini selain daripada VORMIT!



MENTALLY MURDERED
Bryan 'The Dwarf' - Guitar/Vocals
Churchill - Guitar
Victor - Bass
Richie Woy – Drums


DISCOGRAPHY
THE DWELL Demo(1991)
NEW WORLD SICKNESS(Demo)1995
MENTALLY MURDERED (Single) 2004
LOST INFIDEL (Single) 2007

INFO
http://www.myspace.com/mentally-murdered

HEADQUARTERS-Kuching

A SHORT HISTORY OF SARAWAK'S METAL SCENE


Scene Metal di Sarawak sememangnya amat terkenal sejak era awal 90an lagi terutamanya di Kuching dimana lahirnya ramai band2 Death Metal yang bagus dari sana.Nama2 seperti SENSELESS,UNGODLY DEATH,IMMORTAL(Sekarang MENTALLY MURDERED),LOST INFEDEL,BLOCKHEAD,UNITISHEIM,VORMIT,SPUTUM dan banyak lagi sememangnya tidak asing lagi buat pengikut scene bawah tanah tempatan pada tahun 90an dulu.
SENSELESS sememangnya adalah nama yang paling kuat bertakhta di keseluruhan scene Death Metal Kuching pada tahun 90an dulu selain UNGODLY DEATH.
Selepas Kuching Scene Metal bawah tanah di Sarawak menular ke daerah2 utama Sarawak seperti Sibu,Miri dan Bintulu.Dan scene Metal yang paling terkenal daripada area pedalaman Sarawak sudah tentu lah Scene yang mereka gelar sebagai UNHOLY TRIANGLE yang merangkumi kawasan Matu Daro dan Sibu.Band2 seperti LARRONG(Juga dipercai sebagai pengasas scene extreme Metal kawasan UNHOLY TRIANGLE),KREMATION,WORSHIP,BUTCHERER,(sekadar menyebut beberapa nama)adalah nama2 band yang lahir dari sana.Di kawasan bintulu pula lahir sebuah band yang menggelar diri mereka CURSE OF GODS.
Pada masa ini sungguhpun tidak dapat menyaingi era kegemilangan scene Death Metal mereka pada awal 90an dahulu namun scene ekstrim Metal di Sarawak tidak pupus begitu sahaja.Malahan semakin ramai band2 baru yang bertindak sebagai pelapis timbul untuk menggantikan tempat senior2 mereka dahulu.Band2 baru seperti SHAMANIC RITES,KURASAKUASA,JELMAAN dan beberapa nama yang baru Aku dengar seperti DEATH MILITIA dan INSACRED bangkit untuk mengembalikan era zaman kegemilangan scene Metal Sarawak disamping beberapa nama lama yang masih lagi aktif seperti VORMIT,MENTALITY MURDERED(Dulunya IMMORTAL),LARRONG,KREMATION yang masih lagi aktif mengganas di persada Metal Sarawak!!
Bah..Aku terpaksa berhenti disini,Mungkin banyak lagi yang Aku tidak nyatakan mengenai scene metal di Sarawak kerana pengetahuan yang amat sedikit namun harapnya article ringkas ini sedikit sebanyak dapat menarik minat pengikut2 Metal tempatan untuk memandang semula ke Sarawak sebagai salah satu tempat yang juga melahirkan ramai band2 Metal hebat!!

BARBALANS


BARBALANS!!Satu nama yang sangat tidak asing buat pengikut2 aliran Black Metal di Utara Borneo ini(Atau mungkin juga seluruh Malaysia!).Band yang ditubuhkan bersama oleh 3 bersaudara Iaitu MaXXXul,Maharaja Namruth dan juga Waadath Natas ini sememangnya layak dinobat sebagai band Black Metal yang terbaik di kepulauan Borneo ini!
BARBALANS ditubuhkan pada tahun 1993 di Sandakan adalah juga antara band Sandakan yang terawal bermain di Kota Kinabalu (Bersama PERPETUAL).
Demo pertama mereka yang dikeluarkan pada tahun 1996 telah mendapat respon yang amat baik daripada Metallers2 di Sabah.
Long time drummer mereka Waadath Natas terpaksa mengundurkan diri daripada band ini pada tahun 2005 atas sebab kesibukan kerja dan tempatnya digantikan oleh Dark Eired yang juga bermain bass bersama KILATUS.
Demo kedua mereka yang berjudul THY SHYTAN hanya dirakamkan dan diedarkan 6 tahun kemudian iaitu pada tahun 2001.Mereka juga ada mereleasekan 4 way split bersama CLAW, LEBATUT dan WISDOM keluaran Eastern Myth Productions pada tahun 2008 dan dalam tahun yang sama juga split mereka bersama A.B.M.S 696 diedarkan melalui RDL Distro.
Sehingga kini mereka belum lagi merakamkan sebarang lagu baru mereka,mungkin diatas faktor kesibukan masing2 yang berkerja berjauhan.Cuma menurut front man mereka iaitu MaXXXul BARBALANS akan merakamkan beberapa buah lagu2 baru mereka dan akan mengeluarkan sesuatu diantara akhir tahun ini (2009) ataupun awal tahun depan (2010).Secara peribadi Aku memang menunggu keluaran terbaru BARBALANS!!!


BARBALANS
Maxxul (aka Lord Satan) - Guitar
Maharaja Narmuth - Bass
Dark Eiried - Guitar
Khaal - Vox

DISCOGRAPHY
CINDAKU (Demo) - 1996
THY SHYTAN (Demo) - 2001
MISANTROPHIC CONGEGRASION..THE BEGINNING I (4 way Split) 2008
TRUE EASTERN SODOMY (split CD) with A.B.M.S 696 – RDL Distro – 2008

HEADQUARTERS- Sandakan / Ranau

INFO
http://www.myspace.com/barbalan

MANTAK


Walaupun band ni terdiri daripada budak2 KK namun ianya ditubuhkan di Labuan pada tahun 1995 dengan menggunakan nama WAFFAT sebelum menukarnya kepada MANTAK pada tahun 1996 kerana ‘perlanggaran’ nama dengan sebuah band yang berasal dari Utara Malaysia Perlis.
Demo pertama diedarkan pada tahun 1998 yang bertajuk THE BORNEO CHAOSMAKERS yang mengandungi 4 buah lagu.Setahun selepas itu(1999) MANTAK sekali lagi memasuki studio untuk merakamkan demo kedua mereka yang bertajuk SAKHTYANIC DOCTRINE yang diedarkan pada tahun yang sama.
Pada pertengahan 1999 Naz(Front man)telah kembali ke tempat asalnya iaitu di Kota Kinabalu Sabah dan diikuti oleh Lee dan Boy.MANTAK meneruskan pergerakkan mereka dengan berheadquaterskan di KK selepas itu.

Pada tahun 2000 kaset EP pertama mereka yang berjudul DARK BORNEO ART telah diedarkan oleh sebuah label dari selatan tanah air iaitu Muzik Box Productions.DARK BORNEO ART juga akan direleasekan semula oleh Evil Dead Productions dalam bentuk CD pada tahun hadapan.
Pada tahun 2001 mereka menandatangani kontrak album bersama Nebiula Productions dan mengeluarkan album pertama mereka EYE OF DEVIANT di bawah Nebiula productions pada tahun 2002.
Setelah giat menghancurkan beberapa stage MANTAK kembali ke studio untuk merakamkan album kedua mereka yang berjudul POLYMORPHOUS PERVERSION di Nebiula Sound Studio(Kuala Lumpur)pada tahun 2003 dan dikeluarkan pada tahun yang sama juga!POLYMORPHOUS PERVERSION juga di re-releasekan dalam bentuk CD oleh sebuah label yang berpengkalan di Amerika Syarikat iaitu Old Cemetery Records.
Pada tahun berikutnya iaitu 2004 Mereka kembali ke Nebiula sound Studio untuk merakamkan 4 buah lagu.Yang menampilkan rakaman semula lagu lama mereka sebuah lagu baru dan satu cover song.Lagu2 itu kemudiannya diriliskan pada tahun 2005 dalam bentuk 7”Vynil oleh sebuah label dari Peranchis iaitu Legion of Death Recs.Dengan ini juga MANTAK menjadi band extreme Metal pertama dari Malaysia yang mengeluarkan material dalam bentuk piring hitam.
Mereka mengeluarkan beberapa split release dengan beberapa label antarabangsa sebelum sebelum dilamar oleh sebuah label Extreme Metal yang terkenal dari France iaitu Drakkar productions pada tahun 2006.
Mereka kemudiannya merakamkan album ketiga mereka pada akhir 2006 di RAM studio(Kota Kinabalu).Album yang berjudul SABAHELL’S BLASPHEMER itu mula diedarkan kepada pasaran Ekstrim Metal antarabangsa pada tahun 2007!
Selepas itu Mereka juga aktif mengeluarkan split2 bersama beberapa band ekstrim metal yang dianggap sebagai allies.
Awal tahun 2009 mereka sempat mengeluarkan sebuah MCD yang berjudul 666 dengan sebuah label tempatan iaitu EvilDead Productions.MCD ini mengandungi 4 buah lagu baru termusuk 2 buah cover song daripada Tankard dan Black Sabbath.666 juga bakal dikeluarkan dalam bentuk 7” vynil EP oleh Gempita/Morbid Invasion Records akhir tahun ini(2009).
Tidak lama selepas itu MANTAK meninggalkan Drakkar Productions untuk bekerja sama dengan Old Cemetery records untuk album keempat mereka!Sejurus selepas itu MANTAK mula bekerja di studio untuk merakamkan lagu2 baru mereka untuk dimuatkan kedalam album keempat mereka.
Rakaman itu telahpun selesai dan mengandungi 12 buah lagu baru!Album keempat mereka kali ini bertajuk DIABOLICAL PSYCHOLUST!DIABOLICAL PSYCHOLUST bakal dikeluarkan pada November 2009.Selain OCR sebuah label dari France iaitu Chalice of Blood Angel productions juga akan mengeluarkannya didalam bentuk 12” vynil LP dalam kuantiti yang terhad(333 copies!)!Begitu juga dengan Evil Dead Productions yang akan mengeluarkannya dalam bentuk kaset juga didalam kuantiti yang terhad iaitu 111 keping!
Untuk info yang lebih lanjut tentang MANTAK sila layari laman web mereka di www.mantakhz.com ataupun di laman myspace mereka di myspace.com/mantakhz.


MANTAK
Naz – Guitar/Vox
Kevin Helvete – Bass
Shaun Yazeed – Drums

DISCOGRAPHY

FULL LENGTH
EYE OF DEVIANT (2002) – Nebiula Productions
POLYMORPHOUS PERVERSION (2003) – Nebiula Productions
POLYMORPHOUS PERVERSION Re-Release(2007) – Old Cemetery Records
SABAHELL’S BLASPHEMER (2007)- Drakkar Productions
DIABOLICAL PSYCHOLUST (2009) – Old Cemetery Records,Chalice Of Blood Angel Prods(Limited 12” LP version) & Evil Dead Productions (Limited Cassette Tape version)

EP & SINGLES
DARK BORNEO ART Cass EP( 2000 ) – Muzik Box Productions
THY SEXXXMAGEDDON Single (2005) – Self Released
EASTERN SEXXXRIGALUST 7”EP ( 2005 ) – Legion Of Death Records
666 MCD ( 2009 ) – Evil Dead Productions

SPLIT
BACK TO ATTACK Split tape with MORTUARY ANCESTOR ( 1999) – Dark Zone Unity Prods
RAPING GODS LAW Split 7” EP with AMPUTATOR (2006) – Old Cemetery Records
NEKROSIMON – THE ART OV BLASPHEMIES Split with ENSHADOWED ( 2007) – Deathrash Armageddon Records
BAPTIZED BY BEERS Split 7”EP with BARBATOS ( 2008 ) – Necromancer Records
THE EASTERN DESEKRATORZ Split CD with ABIGAIL ( 2008 ) – Old Cemetery Records

DEMO TAPE
THE BORNEO CHAOSMAKERS (Demo) 1998 – Self Released
SAKHTYANIC DOCTRINE ( Demo ) 1999 – Self Released

HEADQUARTERS – Kota Kinabalu

INFO
www.mantakhz.com
www.myspace.com/mantakhz

THY ONLY KNIGTH

THY ONLY KNIGTH sebuah band Black Metal yang ditubuhkan pada tahun 1996 yang dianggotai oleh Bob,As,Lan,Pink(Maaf,Aku tak tau nama samaran mereka di dalam band ni).
Band Black Metal yang berasal dari Kota Kinabalu ini aktif menghancurkan pentas2 bawah tanah yang dianjurkan di sekitar KK pada pertengahan tahun 90an.
THY ONLY ONLY KNIGTH tidak pernah menghasilkan sebarang material sendiri hinggalah mereka berkubur.
Walaupun Aku pernah dengar nama mereka ni dulu tetapi Aku sebenarnya kurang mengetahui tentang pergerakan band ini dan apa yang aku taip disini hanyalah bersandarkan sedikit fakta yang Aku tau.Kalau salah bah sorila bah

HEADQUATERS-Kota Kinabalu

MORTUARY ANCESTOR


MORTUARY ANCESTOR!Sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di persada metal scene Sabah mahupun Malaysia.Sebuah nama yang satu ketika dulu begitu gah sekali didalam scene Metal Sabah.
Wira Death Metal yang berasal daripada Sandakan ini ditubuhkan pada tahun 1994 oleh front man mereka sendiri iaitu saudara Dir(Vox).
Demo pertama mereka STORY OF HOLY INCENSE adalah sebuah rilisan yang lebih kearah Black/Death Metal sebelum berubah kearah Death Metal secara total melalui demo kedua MA DOGMA ORTHODOX pada tahun 1998.
Selain itu mereka juga pernah mengeluarkan MORTUARY ANCESTOR single pada tahun 2001,THE REINCARNATION Demo(2004),sebuah live album yang bertajuk LEGION OF DEATH dibawah Bad Creature Records dan yang terbaru iaitu debut full length mereka bertajuk THE REINCARNATION yang dikeluarkan oleh Evil Dead Productions pada tahun lalu(2008).
MORTUARY ANCESTOR juga begitu aktif membrutalized kan stage2 disekitar Sabah.Pada pandangan Aku MORTUARY ANCESTOR juga adalah sebuah band yang bertanggungjawap membuatkan scene Metal di Sandakan menjadi perhatian ramai satu ketika dulu.


MORTUARY ANCESTOR
Rommie - Guitars
Man Dewa - drums
Arifin-Bass
Mahathir – Vocals


DISCOGRAPHY
STORY OF HOLY INCENSE (Demo) 1996 (Dark Zone Productions)
1. Tales from Nowhere
2. Laugh Of Deathness
3. Emotional Mind By Khadam Sial
4. Anasir Betara Konsul Reja Putih
5. Berahi Revenge Of Si Puteri Bunian

DOGMA ORTHODOX (Demo) 1999 (Dark Zone productions)
1. Taksub In Friday Nights
2. The Arts Of Divination
3. Mortal Abyss Holy Zuqq
4. When Lord Of Knight Exorcise In Deeper Skies

MORTUARY ANCESTOR (Single) 2001 (FOD Records)
1. Conception Of Madness (Sil Khannaz cover)

THE REINCARNATION (Demo) 2004 (FOD Records)
1.The Art Of Divination
2. Taksub In Sakral Nights
3. Day Of Suffering (Morbid Angel cover)
4. The Reincarnation : Mist Of Darkness
5. Conception Of Madness

LEGION OF DEATH (Live album) 2008 (Bad Creature Records)
1.Doctrine of Hatred
2.Spawn Creations0
3.Days of Suffering
4.The Supper Unknown
5.Mortal Abyss Holy Zuqq
6.Taksub In Sakral Nights
7.Abominations
8.The Supper Unknown
9.Reincarnate (Mist of Darkness)

THE REINCARNATION (Full-length) 2008 (Evil Dead Productions)
1. The Reincarnate (Mist Of Darkness)
2. The Arts Of Divination
3. Days Of Suffering ( cover of Morbid Angel )
4. Taksub In Sakral Nights
5. Conception Of Madness ( cover of Silkhannaz )
6. Doctrine Of Hatred (Live)
7. The Supper Unknown (Live)

ETERNAL LEVITATION(THE BOOTLEG COLLECTION)
(DVD)-2008-(Derangement Project Entertainment)


HEADQUATERS-Sandakan

INFO
http://www.myspace.com/mortuaryancestor

Saturday, October 24, 2009

BESTIAL HORDES



BESTIAL HORDES adalah salah satu nama baru yang wujud disini.Band Black/Thrash yang berasal daripada Beaufort ini dianggotai oleh line up daripada band MEDIEVAL SLAVE dan juga BENEFECTION iaitu Fauzie(guitar)dan Firdaus(Vocals),Firdaus juga adalah Tauke kepada label Evil Dead Productions.Selain itu mereka juga menggunakan khidmat sessionist daripada band line up MEDIEVAL SLAVE yang lain dan juga Psycho Son(DEMONYU)selaku pemecah drum!
Setakat ni BESTIAL HORDES sudah memuntahkan dua rilisan iaitu promo demo 2008 dan juga Split cd-r bersama HEREAFTER yang bertajuk STREET METAL TERRORIST pada tahun ini.
Dengar khabarnya mereka akan memasuki studio di dalam masa terdekat ini untuk merakamkan material terbaru mereka Cuma tidak pasti dalam bentuk apa.Kita tunggu sajalah!



BESTIAL HORDES
Fauzie - Guitar
Firdaus Vocals

SESSION TERRORIST
Gharay - Bass (MEDIEVAL SLAVE)
Mawi - Guitar (MEDIEVAL SLAVE)
Iblys - Drums (DEMONYU)

DISCOGRAPHY
PROMO DEMO 2008(2008)
1. Born in Fire
2. Fight, Surrender or Die?

STREET METAL TERRORRIST split cd-r with HEREAFTER(2009)
BESTIAL HORDES
1. Street Metal Fukker!
2. In Hell We Thrash
3. Born in Fire (Taken from Promo 2008)
HEREAFTER (MYS)
4. Nuclear Battlefield
5. Sampah
6. This War Is Our War

HEADQUATERS-Beaufort

EVILYN INCARNATE

Band Grind/Death ni mula ditubuhkan pada tahun 1998 oleh dua orang kuat METAL BLITZ ENTERTAINMENT iaitu Mie dan Cozzen .Mereka juga adalah antara band yang begitu aktif di sekitar lewat 90an dan awal millennium.
Aku kurang pasti bagaimana mereka mendapat nama untuk band ni Cuma kalau tak silap Aku ianya dipetik daripada salah sebuah lagu Entombed daripada album Clandestine.
Mereka telah beberapa kali bertukar line up sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.Cuma Mie sahaja anggota asal yang tidak pernah meninggalkan band ni.
Sungguhpun mereka begitu aktif dan antara band yang ‘well-known’ di sekitar Sabah ni namun sehingga sekarang mereka masih lagi belum ada mengeluarkan sebarang material sendiri.Sebabnya kurang pasti..
EVILYN INCARNATE telah di ‘re-activated’ kan kembali pada tahun 2007 lalu dengan Cuma Mie dan Cozzen sahaja line up asal dan sekarang tengah mengumpul material2 sendiri untuk debut rilisan mereka nanti!!
EVILYN INCARNATE
Mie Evilyn – Drums
Cozzen – Vox

HEADQUATERS-Kota Kinabalu

MI SCUSI



Band Horror Punk yang diwakili oleh 4 orang 'pesakit Mental' ini sememangnya antara band yang paling ‘gila-gila’ sekali pernah wujud di Utara Borneo ni.Kenapa?cuba-cubalah berkenalan dengan mereka ni eh…hehehehe..
Dengan pengaruh The Misfits yang begitu kuat band ini ditubuhkan pada tahun 1997 dengan menggunakan nama HYSTERIA yang diwakili oleh Jairo,Stone dan Mawie tetapi kemudiannya ditukarkan nama band ini oleh JAIRO pada MI SCUSI pada tahun 2006 dengan menggunakan regimen baru!Iaitu Jai,Mie,Zul dan Pancho…Mereka juga pernah meminjam drummer FOETAL CARNAGE Mr Sodomz semasa Mie bekerja di semenanjung.Namun posisi itu diambil semula oleh Mie setelah sekembalinya dia daripada semenanjung.
Nama MI SCUSI dipetik daripada salah satu dialog dari sebuah movie lawak bodoh EUROTRIP(Dialog daripada seorang ‘Horny man’ Italy didalam Train!)ntah napa nama ni dipilih sebenarnya?hehe.
Aku sendiri pun tidak pasti samada band ni pernah mereleasekan sebarang material ataupun tidak?Kerana belum ada apa2 lagi berita rasmi mengenainya setakat yang Aku tau,Cuma mereka sememangnya sudah merakamkan beberapa buah lagu sendiri antaranya ialah SOMETIMES I FEEL LIKE A VAMPIRE dimana boleh didengar melalui laman myspace mereka.
Dan baru baru ini,Drummer mereka Mie mengundurkan diri daripada band ni atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan dan tempat Mie digantikan oleh satu lagi ‘Orang Gila’ yang bernama Raem.Raem juga adalah drummer kepada NEUROSIS dan MANGGAS.
Selain daripada aktif menghancurkan stage2 di KK ni MI SCUSI juga akan memasuki studio pada bila bila masa saja dari sekarang untuk merakamkan beberapa buah lagu baru untuk projek split mereka dengan sebuah band dari KK juga..band apa?Tunggu new daripada mereka!!!


MI SCUSI
Jairo - Vocal / Guitar
Zul - Vocal / Bass
Cho - Guitar
Raem – Drum

HEADQUATERS-Kota Kinabalu/Membakut

INFO
www.myspace.com/miscusi514

PLAYLIST 24/10/2009

1.NAGLFAR-DIABOLICAL CD
2.GOSPEL OF THE HORNS-EVE OF THE CONQUERORS MCD
3.BEHEMOTH-EVANGELION CD

Thursday, October 22, 2009

FOETAL CARNAGE


Band death metal yang wujud di akhir 90an..Aku pun tak pasti samada band ni adalah pecahan PSYCHO ataupun sekadar tukar nama dari PSYCHO ke FOETAL CARNAGE.Ada sepa2 yang tau sila bagitau aku.

Apapun musik yang dorang bawa memang best!Death Metal sekolah lama(oldschool!).FOETAL CARNAGE pernah melahirkan 2 ketul demo tape iaitu DARKNESS HOUR pada tahun 1999 dan SYMPHONY OF DEATH pada tahun 2000.
Masih samar2 lagi samada mereka masih aktif ataupun tidak sekarang ni tetapi bebaru tu Aku terjumpa Sodom(Drummer)dia cakap masih on Cuma masing2 sibuk dengan hal2 peribadi seperti kerja,rumahtangga etc.Apapun harapnya FOETAL CARNAGE masih lagi aktif dan merakamkan sesuatu di masa hadapan!DEATH METAL SEMPELANG!

FOETAL CARNAGE
Roy - Guitar
Sodom - Drums
Azmie Maggot – Vocals


DISCOGRAPHY
DARKNEST HOUR Demo(1999)
SYMPHONY OF DEATH Demo(2000)

HEADQUATERS-Kota Kinabalu

DEMIZER


Sebuah band Melodic Death Metal yang ditubuhkan pada tahun 1998 dengan nama ZERO namun menukar nama mereka ke DEMIZER setahun selepas itu setelah mengalami beberapa pertukaran line up.
DEMIZER (1999)

Nama DEMIZER adalah gabungan daripada nama lama mereka ZER dan juga Demise.Nama band ini diberikan oleh bekas gitar utama mereka Irwan.
DEMIZER boleh la dikatakan band yang sangat popular di Sabah pada awal tahun 2000 lalu.Band ini juga adalah antara band Sabah yang begitu menonjol dan berjaya beberapa tahun dulu.Muzik mereka begitu kuat sekali dipengaruhi oleh sound Gothenburg Death Metal terutamanya In Flames.
DEMIZER sempat melahirkan seketul Demo tape yang bertajuk EMOTION RUN DEEP pada tahun 2000 dan sebuah kaset EP di bawah Nebiula Production yang bertajuk HAND OF HATE pada tahun 2003.Mereka juga pernah tampil di dalam kompilasi Panggilan Pulau Puaka keluaran Psychic screams entertainment pada tahun 2000 dengan sebuah lagu khas bertajuk Insilence Ordeal di mana sedikit sebanyak melonjakkan nama mereka didalam persada Metal tempatan.
DEMIZER muncul buat pertama kalinya setelah 4 tahun menghilangkan diri pada tahun lalu tetapi menampilkan hampir kesemua line up yang baru kecuali Cozen dan Rezoy.



DEMIZER
COZZEN-VOCALS
REZOY-GUITAR
AZLAN-DRUM
BOBO-BASS
WAN SCARLET-GUITAR


DISCOGRAPHY
1. EMOTIONS RUN DEEP (Demo) 2000
2. HAND OF HATE (EP) 2003 (Nebiula Productions)

HEADQUATERS-Kota Kinabalu

MORBIUS


Pengasas Death Metal KK!!!MORBIUS!!!....Mereka menggunakan pelbagai nama sebelum melekat dengan nama MORBIUS pada tahun 1992. Oliver (Guitaris) dan Juan (Bass/Vox) juga masing2 dikenali dengan nama Death metal(Oliver) dan Trash(Juan) disebabkan dressing mereka yang memang kaw2 Death Metal pada akhir 80an dulu.
MORBIUS pernah memgundang kontroversi pada tahun 1995 apabila mereka membawa lagu The Beatles di salah sebuah Gig Metal Anjuran TWIN TOWERRING INFERNO PRODS pada waktu itu sehingga menyebabkan rasa ketidakpuasan oleh segelintir crowd pada waktu itu yang kecewa dengan perubahan mendadak MORBIUS.

MORBIUS masih lagi aktif sehingga kini dan apa yang menariknya masih lagi dengan line up yang sama dari awal penubuhan mereka.Mereka juga begitu giat bermain di kelab kelab malam sekitar bandaraya KK (dengan image yang lain) selain baraksi di gigs2 Metal sebagai MORBIUS yang sebenar!!!




MORBIUS
OLIVER- GUITAR
JUAN- BASS/VOX
IJAM-DRUMS

HEADQUATERS-Kota Kinabalu

NEUROSIS(EX-DEATHROBE)


Mereka menggunakan nama DEATHROBE sebelum menukarnya kepada NEUROSIS pada tahun 1995.Sebab apa tukar Aku pun tidak pasti tapi Aku lagi suka nama DEATHROBE tu!(Jangan marah eh Joad..hehe).
DEATHROBE juga adalah pengasas Death Metal di Membakut.Mereka tidak sempat mengeluarkan apa2 material sepanjang menggunakan nama DEATHROBE.Mereka hanya mengeluarkan demo pertama mereka setelah menukar nama mereka kepada NEUROSIS pada tahun 1995.Muzik mereka juga telah bertukar selepas menggunakan nama NEUROSIS cenderung kearah Death/Grind.
NEUROSIS masih lagi aktif sehingga ke hari ini walaupun corak musik mereka sudah tidak seperti dulu lagi.Separuh daripada anggota NEUROSIS juga telah menubuhkan sebuah lagi band Death Metal yang bernama MANGGAS.
NEUROSIS ada mengeluarkan EP pertama mereka pada tahun 2002 di bawah
Disembodied Corpse Production yang mengandungi 4 buah lagu dipetik daripada demo 95 mereka.



NEUROSIS
Azmi-Vocals
Hashim-guitar
Waimi-guitar
Joad-Bass
Raem-Drums


HEADQUATERS-Membakut

DISCOGRAPHY
PROMO REHEARSEL DEMO (1995)
1. Sight of Filth
2. Self Awareness
3. Mind Control
4. Global Imbalance

THERAIS EP (2002)
1. Sight of Filth
2. Self Awareness
3. Mind Control
4. Global Imbalance


#THANX TO JAIRO'THE TALAK DESECRATOR'FOR THE LINE UP CORRECTION!

MORBITUARY


MORBITUARY juga adalah antara band Death Metal terawal yang berasal dari Kota Kinabalu.Band ini diasaskan oleh saudara Hanip@Grind pada tahun 1991,Hanip juga adalah boss kepada label GRIND EMPIRE PRODUCTIONS dan juga editor SABAHAN NEWSLETTER.
Nama MORBITUARY adalah gabungan dua nama band Death Metal tersohor dunia iaitu Morbid Angel dan Obituary.
Mereka sempat merakamkan 2 buah lagu pada tahun 1996 iaitu Holocaust dan Blood and Tears namun malangnya kedua2 lagu ini tidak pernah diedarkan secara rasmi Cuma beberapa rakan terdekat sahaja yang sempat mendengarnya.Secara peribadi,Aku sangat berharap kedua2 lagu mereka ini dapat dijual kalau tidak pun mereka meramkannya kembali.
MORBITUARY sudah tidak lagi aktif dipersada underground tempatan sekarang..Harap2 mereka akan kembali untuk menggegarkan scene Metal Tempatan di masa hadapan.

HEADQUATERS-Kota Kinabalu

SIR YOU DIE


Band ni boleh la digelar otai dalam scene Metal Sabah/Borneo ni..ditubuhkan pada tahun 1990/91 di bandaraya Kota Kinabalu dengan nama MORBID SATAN yang kemudian menukarnya kepada SIR YOU DIE pada tahun 1993.Di awal penubuhan(Morbid Satan) muzik mereka lebih cenderung kearah Thrash/Black Metal ala Early Sepultura, Early Sarcofago etc dan berubah kepada lebih kearah Death/Grind setelah menukar nama mereka kepada SIR YOU DIE!
Pada tahun 1996 SIR YOU DIE melembutkan sedikit rentak musik mereka lebih kearah gothic rock berinfluencekan Sentenced dan Carcass(Era Swansong).
Mereka senyap seketika dan kembali beraksi pada tahun 2001 sehinggalah sekarang dan dikhabarkan SIR YOU DIE akan memasuki studio tidak lama lagi untuk merakamkan material pertama mereka setelah hampir 19 tahun bergelumang di dalam underground Metal scene! Cuma Toy dan Frank sahaja line up asal yang masih berperang bersama SIR YOU DIE manakala posisi yang lain diisi dengan menggunakan khidmat sessionist daripada AKARGRISH dan UNLIGHT DAWN. BEHOLD SIR!YOU WILL DIE!!!!


SIR YOU DIE
TOY- DRUMS
FRANK – BASS

HEADQUATERS-Kota Kinabalu

A SHORT HISTORY OF SABAH’S EXTREME METAL SCENE!

Apa yang kamu tau pasal musik scene di Sabah?Marsha AF?Felix AF?Nikki?Ataupun mat ‘pop rock’ yang masuk AF tu??Tak pun Ujie Rashid?(hehe)..Iskh boring ah nama2 tu(kecuali Auntie Ujie Rashid..hehe)Memang memualkan lebih2 lagi yang masuk reality tv tu atas alasan susah mau naik kalau tak join program2 bodoh tu.Tapi sekarang ni kita bukan hendak bercerita pasal tu suma..Palui la tu!!Buang karan jak!!Aku sebenarnya ingin bercerita mengenail scene musik yang lebih ‘bermakna’ lagi..iaitu musik ekstrim(Metal/underground) yang wujud di sekitar utara Borneo ini sejak dulu lagi!
Musik ekstrim di Sabah ni sebenarnya telah wujud sejak pertengahan 80an lagi(mungkin baru jika dibandingkan dengan lain2 tempat di M’sia).Apa yang Aku maksudkan musik ekstrim ni adalah sperti,Thrash,Death,Black Metal Bukan Rock kangkang!Band2 yang wujud pada masa itu kebanyakkannya berpengkalan di area Pantai barat Sabah terutamanya di KK.Begitu juga di area lain seperti Labuan,Sipitang dan Membakut. Dari apa yang aku tau antara band yang mula2 sekali memainkan musik sebegini di sini adalah DARK POWER yang memainkan musik berkiblatkan Thrash Metal.Masa tu mereka tidak mempunyai lagu sendiri(atau mungkin ada?)dan hanya banyak menghentam lagu2 cover dari Possessed,Slayer,Sodom etc.Namun sayangnya mereka terkubur sebelum sempat merakamkan material mereka sendiri.
Ada sebuah band lagi yang wujud pada sekitar itu,iaitu band death Metal daripada Pulau Labuan NECROHELL.Mereka sempat melahirkan 2 buah demo yang bertajuk Satanic Massacre dan satu tu aku lupa tajuk dia.maaf ye…Ada banyak lagi band ‘generasi pertama’ yang ditubuhkan pada waktu itu tetapi kebanyakkan mereka tidak sempat mengeluarkan material sendiri dan mati sebelum tiba waktunya.

Tahun 1989-94 adalah tahun dimana Death Metal begitu kuat menguasai scene musik keras di sini dimana banyak band2 yang ditubuhkan pada waktu itu!!Nama2 seperti MORBIUS, MORBID SATAN (Kemudiannya bertukar kepada SIR YOU DIE), MORBITUARY, BEGOTH, KALABANGAN, DEATHROBE(Yg kemudian menukar nama ke NEUROSIS),KERRASUK,dan banyak lagi yang Aku pun tak ingat.Cuma malangnya kebanyakkan mereka tidak ada mengeluarkan material sendiri kecuali KALABANGAN dan NEUROSIS.MORBITUARY juga sempat merakamkan dua buah lagu sendiri namun tidak pernah diedarkan sehingga sekarang.
1995-1997 menyaksikan lebih ramai band2 baru yang ditubuhkan seperti THY ONLY KNIGHT,BARBALANS,PERPETUAL,MANTAK,MORTUARY ANCESTOR,AROMATIC CORPSE,DIRE SILLHOUTTE,PRAKANS,DESPERATE CONTRACIVE,DIENATION,AZARIAL dan banyak lagi!!Di masa ini scene Metal Sabah lebih tertumpu di bahagian pantai timur terutamanya Sandakan!Mereka juga sempat mengeluarkan sebuah kompilasi khas untuk band2 Sandakan iaitu GLORIOUS NADKADNAS pada tahun 1996 atau 97 tidak silap Aku.
Walaupun scene Metal telah lama wujud disini namun tidak dinafikan bahawa tahun 1999-2001 adalah tahun kegemilangan buat scene Metal di Sabah (KK khususnya).Pada masa inilah wujudnya generasi baru yang begitu ramai dan setiap kali gigs2 diadakan Jumlah crowd yang datang paling kurang pun 700 orang!!Pada tahun ini jugalah tertubuhnya beberapa band yang kemudiannya dikenali ramai hampir ke seluruh pelosok Negara seperti DEMIZER, PSYCHO (Kemudiannya FOETAL CARNAGE),EVILYN INCARNATE,MAAR,VICIOUS ENTITY,NASRUHAK dan banyak lagi!
Selepas era ni,banyak juga band2 baru yang ditubuhkan.Tetapi tidak dapat Aku nyatakan disini kerana tidak ingat kebanyakkan nama2 band tu,namun begitu mereka juga bermain dengan bagus sekali!
Sebenarnya kalau nak diikutkan memang panjang lagi story ni tetapi memandangkan aku pun weak sudah ni..Jadi nantilah kalau aku rajin2 Aku sambung balik.Adios!


P/S- Kesemuanya cerita2 tentang zaman2 awal scene Metal sini(pada tahun 80an) adalah based daripada apa yang aku dengar daripada senior2 yang sudah ‘berperang’ pada waktu itu!Bukan main suka hati ja cerita.

SALUTES!!!!


TUJUAN UTAMA Aku untuk mencipta blog ni adalah untuk memperkenalkan serba sedikit tentang scene Ekstrim Metal di sekitar Sabah dan Sarawak.Disamping itu Aku juga menyelitkan info2/interview/review dari luar kepulauan Borneo ini!Kesemua text adalah datang dari kepala otak aku sendiri berdasarkan daripada apa yang aku dengar daripada orang2 yang lebih senior,Metaller dari tempat itu sendiri dan juga daripada Band members itu sendiri!Aku tidak akan tulis jika aku tidak tau dan kalau Aku tulis pun aku akan cakap KURANG PASTI ataupun TIDAK TAHU.
Kesemua pandangan2/Article yang Aku buat di dalam Blog ini hanyalah pandangan peribadi Aku dan AKU TIDAK PAKSA SESIAPA PUN UNTUK SEIYA SEKATA DENGAN AKU!!Kalau tak suka simple saja JANGAN BACA!
Ok,Jika ada tersalah silap maklumat didalam blog ini silalah hubungi Aku melalui Email yang tertera dibawah untuk memperbetulkannya.Aku bukannya PERFECT untuk mengetahui segala galanya.Kerjasama Kamu amatlah dihargai!Best Regard dan harapnya kamu akan dapat sesuatu melalui Blog ini.ARAMAITI!
MR KRUSHER 2009


Hubungi Aku melalui Email di bawah ini
crushingearstone@gmail.com
http://www.myspace.com/crushingearstone